Thursday, July 28

mari sarapan #2


yeaaahaaa aku kembali lagi,,wooppss, morning all, bangun lah beb, hirup udara segar di pagi hari memang lapang dada, teringat pulak pagi-pagi buta pergi lawat ladang lembu kat sabah dulu...tenang betul dengan suasana dia..tak percaya cuba bangun pagi-pagi then lepak kat tengah padang, confirm tenang..

well malas nak bebel panjang, seperti yang aku janjikan, aku punya menu sarapan hari nie, fuh western siot, hahahha tapi puas walaupun tak sepuas makan maggie 2 hari lepas...owh semalam den makan nasi lemak je, tue pun makan tengah hari dah...

hari ni menu den scramble egg, baked bean,dan sosej..bunyi macam simple tapi memang menyelerakan..ehehhe scramble egg tue aku dah habis masak, then letak sikit madu, bagi rasa manis2..sosej tue cuma rebus macam biasa je..baked bean pulak sah-sah beli kat giant, muahahah 


dekat sosej tue sebenar nya aku nak letak thousand island, tapi dah habis pulak, so aku godek peti ais nampak lah sos mayonis untuk salad, tanpa fikir panjang aku ambil and tuang..memang layan kan je lah...kalau dah makan pun western so minum pun kene western juga, air kali nie tak pernah aku buat seumur hidup aku, aku rembat air fresh oren bapak aku, 

rembat tak jadi masalah, masalahnya, aku minum air buah di pagi hari, yeah...aku memang manusia tak reti minum air buah, kodial boleh kalau buah, sorry, tekak den memang tak mampu nak telan tapi pagi tadi boleh pulak, maybe sebab lapar kot,maklum lah semalam makan nasi lemak je, then langsung tak sentuh pape makanan dah..eheheh

so kawan-kawan, lets sarapan pagi,nikmati rezeki pagi anda dengan penuh kesyukuran, ;) untuk esok lusa, aku tak fikir lagi makan apa, tunggu lah dua tiga jam kot terfikir makan benda pelik-pelik, nanti aku kongsi lagi ok...charlow

*sos mayonis salad sangat tak sedap untuk dimakan dengan sosej, harap maklum

*****************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, July 26

mari sarapan #1

dah lama tak makan biskut kering nie

well, mesti ada yang leh teka kenapa aku boleh update entry time macam gini, eheheh biasa lah tue kan, tapi sebelum tue,sorry guys, dah lama aku tak update blog and tak singgah blog korang...bukan tak nak tapi aku tak ada mood..masalah aku belum selesai lagi...

bolayan dulu masalah aku tue, aku nak kongsi cerita agak sedih di pagi hari selasa nie, ahahha nak tau kenapa?sebabnya pagi-pagi pukul 5 pagi aku dah menderita kelaparan,tapi boleh lagi menahan lapar dengan tengok tv, thanx astro even rancangan kau ulang-ulang tapi kau wat aku leka untuk fikir pasal makan...


tapi pukul 6.30 pagi tadi, aku tak boleh tahan lagi dah,almaklum lah, perut aku ditemani makanan pukul 12.00 tgh hari semalam  je, dengan beberapa suap nasi goreng, then langsung aku tak sentuh makanan...punya lah lapar..terus aku tengok dalam fridge, nampak pula sosej..apa lagi terus lah aku ambil dan potong,ambil pulak bawang and telur dan juga megi

nah kau, pagi2 buta aku hadap maggie, memang mat salleh pun tak buat macam gini, tapi sodap jugak beb, cuba korang buat, layan wookk, sejuk-sejuk then makan megi, rasa macam makan spaghetti pizza hut wei...dan aku rasa maggie nie mampu bertahan sampai tengah hari, dan dalam pukul 4 petang sah-sah aku akan tidur and bangun malam, dan seterusnya perjalanan hidup aku sepanjang cuti nie akan terjadi...errr

aku dah terfikir sarapan utk esok, petang nanti before aku mengantuk,aku nak pau duit mak aku nak beli baked bean, rebus sosej then goreng telur campur madu sikit, argg sodap nye...esok aku akan tunjuk makanan aku masa sarapan ok...choww

nota gaji tak dapat lagi

1. dah sebulan tapi belum dapat lagi
2. adakah aku terlalu bagi muka sampai dia anggap aku tak beria pasal nie?
3. boss aku anak taukeh tapi apa reason dia susah sangat nak bagi gaji kat orang?
4. kalau macam gini anak melayu running bisness no wonder tak lama bisness tue??
5. kejam tak kalau aku tak dapat gaji, dan aku doa kan bisness dia bungkus dan aku tak halalkan duit tue...;)


************************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, July 20

merapu meraban #1

masuk hari nie dah genap 20 hari aku duduk rumah, eh seronok gila lah, serious owh,kalau korang tak percaya kata-kata azimat aku ni, cuba try test, tengok sendiri bertapa heaven duduk kat rumah tanpa buat apa2 sekali pun,fuh heaven!!


heaven nya rasa macam nak menangis je, sebab aku rasa bakal kot wayar-wayar dalam otak nie tercabut,lagi-lagi wayar jenama bosan, bakal wat demokrasi jalanan, ahahahah,...gilak boring dowh, tapi tak apa lah, duit aku pun tak abis, kalau merayap kang beribu pulak aku abis...eheheh..

well issue gaji aku belum selesai, tapi tak apa, aku malas nak berbicara lagi, family aku pun dah tak tanya, malas dah kot nak tanya,...hal kerja?belum nampak diorang nak hire tapi tak apa aku round lagi kot diorang nak pakai untuk promosi sebulan sempena nak raya kan...

sedar tak sedar kita kembali bertemu bulan ramadhan yang mulia, yeah!! aku tak sabar nak puasa, nak menikmati bulan yang cukup indah bagi aku, tenang je rasanya...dan kali nie aku puasa dengan family, ngeee, syok nya dapat makan ramai2 except adik aku si taro, dia balik weekend je...harap harap this year aku puasa penuh, almost 4 tahun dah aku puasa penuh, kalau tinggal pun sehari dua, hihihi jangan jeles...

hah, ada tak makcik-makcik, pakcik pakcik nak pakai orang untuk meniaga kat bazar?kalau ada hire lah saya pakcik...;),bazar belakang rumah saya je pakcik, so saya akan jadi pekerja cemerlang punya, tepat pukul 3 saya dah pacak khemah, eheheh,damn!! aku rindu laksam....ahahha ok tak de motif..

aku baru lepas buat mini proposal untuk geng aku pergi melancong, yup kami akan pergi ke gunung fuji genting,cost nya pun tak banyak, dan tentatif pun ok lah, ahahah hope jadi and boleh berjimba lagi...aku rasa aku salah course lah, patutnya amik course tourism, sebabnya bab travel nie serah je kat aku, confirm gerak punya,benda aku minatkan, so boleh lah arrange, eheheh

well aku stop sini,sebabnya nie entri merapu meraban dikala kesunyian,bye ;)
*********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, July 15

selamat datang ke dunia ipt

haaaa tengok tajuk pun dah tahu apa dia kan....yeah hari nie keluarlah keputusan UPU untuk lepasan STPM/diploma/ matrikulasi dan setaraf..memang cuak memasing kalau cerita pasal nie

sampaikan kawan aku termimpi-mimpi, punya lah besar impact dia..kalau ditanyakan kepada aku, memang aku tak merasa pun time dulu, time nak keluar result,almaklumlah, masa SPM aku sibuk dengan kerja, sedangkan masa keluar result UPU pun aku tengah kerja,bila balik baru check

itu pun tak ada perasaan sebab aku tak target UPU, aku target politeknik, aku sendiri tak tahu kenapa nak sangat masuk poli, time poli agak lah cuak tapi leh steady lagi, aku check guna SMS je, ahahaha macam tak ada effect pun kat dalam diri aku masa dapat SMS tu, sengal nieh!!

then masa tunggu result degree pun sama juga, tengah dalam mood honeymoon katakan, baru lepas balik dari berpesta ria kat pangkor, konon-kononnya celebrate coz abis study, ahahaha...balik-balik dari pangkor, hitam legam pun tak abis lagi dah keluar result UPU,steady je aku gelak-gelak dengan kawan aku kata tak dapat mana-mana...aiya, blur betul sampai langsung tak ada perasaan...

terus aku ajak kawan aku buat rayuan, dia kata mula-mula tak nak, then aku pujuk lah, buat rayuan bukan kena bayar pun, last-last dia buat juga, 3 minggu lepas tue, keluar result alhamdulillah aku dapat masuk ipt, masa tunggu dan tengok result pun tak ada perasaan..

tapi akan datng mungkin aku berperasaan, sebab aku akan mula cari kerja, yeah yang ini penting dalam hidup aku, maka kene alert sikit, weeee...by the way, congratulation siapa yang dapat ipt, mana yang tak dapat, buat lagi rayuan kay, jangan putus asa..;)

welcome to the club my junior !!

*************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, July 13

kisah seram, syok woo

sudah lama aku tak kongsi kisah seram aku kan,well kenapa aku tetiba bercerita pasal nie, coz dah dua hari aku tibai baca kisah seram orang lain dekat forum,hurm kisah dia tak hardcore tapi sedikit sebanyak memperingatkan kat diri aku..

aku yakin ramai yang tak percaya kisah-kisah hantu selagi tak alami sendiri kan?cewah lagak macam cerita karak pulak...oh yeah BTW pekan karak sekarang tak lah se horror macam gitu eh, steady je..ehheheh

well sudah seminggu aku duduk rumah, hal gaji macam gitu lagi, tapi semalam boss message kata paling lewat hujung minggu ni, tak kisahlah, atleast dia tak diam macam gitu je, jangan terus tak dapat sudah lah..dalam seminggu nie juga aku dahlanggar hukum alam, tidur siang malam berjaga..

dan yang paling penting, si entiti tue tak muncul lagi, alhamdulillah, tapi nye 2 hari lepas aku macam ternampak dia, duk beridiri dekat dengan kerusi depan aku, sekali imbas je dan aku anggap aku salah tengok...dan semalam aku macam terasa-terasa yang dia nak keluar bermain-main, errr enchik entiti, tolong yer, saya cuma layan internet je, nak main g main jauh-jauh eh!!

cuma sekarang aku nak kongsi sikit pengalaman jiran aku, tengah kawan mak aku nie layan tv dengan husband dia, tetiba je dia nampak anak dia keluar dari bilik dan terus keluar rumah, yes!! pintu tu terbukak, dia pun tak lah syak apa-apa sebab nampak anak dia bukan nya gorilla kan...then tak lama lepas tue, anak dia keluar dari bilik...masa kejadian petang kalau tak silap...terus lah mak dia tanye,

mak : aik, ang bukan dah keluaq ke tadi?

budak: tak de lah, ada je dalam bilik tadi...awat?

bapak: abis tue tadi siapa yang keluar rumah?

budak: mana dok tau..cheq ada je dalam bilik tadi..

mak + bapak +budak :.........

nah kau, terdiam masing-masing, terus wat tak tahu...nie kalau jadi dekat aku, memang aku tergamam lah, sepanjang aku kene dengan enchik entiti dia cuma main cak-caK je, belum tahap nak menyerupai sesiapa, cuma pernah sekali lepas arwah wan aku meninggal, aku ternampak dia masuk dalam bilik mak aku, tapi dalam rumah aku memang sentiasa gelap, so aku anggap aku salah tengok, yang sebenarnya aku blur!! ahahahha

yang penting sekarang, lepas aku bacakisah seram nie, moral of the story, jangan pergi toilet asrama pagi-pagi dan sorang-sorang,masalahnya lah aku memang jenis kencing pagi-pagi buta, lamak macamane nie?dah la kene pindah kolej dan kolej tue betul-betul dekat dengan hutan..arg!!!!

* tak salah kalau nak baca experience seseorang mengenai alam mistik ni, cuma jangan terlalu obses sudahlah, lagi pun buat kita beringat supaya sentiasa sedar diri...

******************************
FULL STOP

missblurry


Sunday, July 10

gaji oh gaji

sekarang semua sibuk cerita kisah bersih yang tak lah seberapa bersih pun...ah media pun memainkan peranan yang kurang menepati citarasa aku, auta semuanya, dunia ini punya dengan auta manusia yang tidak kenal erti penat dalam dunia lakonannya

alrite, aku dah mulah berfalsafah, jangan sampai aku join A.samad said, untuk mempuisi apa yang tersirat dalam hati aku sekarang, sudah lah ,menyampah dengan keadaan KL, lagi menyirap bila hak seorang pekerja tak tercapai kaedahnya...

kenapa?sebab, " woiiiii mana gaji aku woiiii???", yes itu sebabnya, sudah lewat 2 hari..."hek eleh, baru 2 hari beb, belum sebulan lagi!!", ok fine, aku tak kisah bila gaji keluar, yang aku kisah janji tetap janji, apa jua keadaan dan masalah yang kau hadapi, aku tak heran itu masalah kau, tapi janji-janji kau sila kouta kan...

aku nie memang pantang bila berjanji tak reti kouta kan, kalau yer sekali pun, cuba bagi tau?tak boleh message katakan je lah pape, kau nak tipu pun ikut lah, jangan senyap aje, ikut adat memang aku yang patut tanye, tapi tak nak lah aku hegeh2 sangat, paham2 sendiri je la...

jangan sampai aku menyumpah benda bukan2, aiya...aku ingat lagi kata-kata lecturer aku, berurusan dengan manusia, kita perlu tepati apa yang kita buat, jangan sampai hati pelanggan terluka itu namanya kita akan buat bisness kita makin hancur, kata2 azimat pelanggan sangat bermakna....

aku harap masalah gaji aku sampai esok je, agak-agak tak ada, hah...maaf jikalau sumpah seranah saya termakbul!!!

**************************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, July 6

si pencopek kaki busuk !!


kisah nie masih panas, memang berapi betul mak aku walaupun selipar aku yang hilang....aku agak angin juga lah sebabnya tue satu-satu nya selipar yang aku ada, sengal !!!

nak suruh aku pakai plastik ke?yang jadi pelik nya, selipar aku tue memang buruk dah,dah pulak tue dah kembang dek tekanan bebanan aku sendiri, aiya...dua selipar sekali pula tue, selipar aku and akak aku si tora..

jenama pun tak ada kat kasut tue, oh ada, mungkin trend sekarang selipar jenama fippers, rm 14.90. before ni kasut croc aku kena rembat tapi time tu pun tengah glamour dengan croc pon ko rembat.....ko nie berkenan sangat ke dengan aku?kot kalau berkenan cuba hantar surat layang daripada ko rembat selipar aku dan aku maki hamun ko, apa pun tak dapat kan?

lagi menghairankan aku, jiran sebelah nie kasut punya mantap, selipar buruk aku juga idaman kau, depan umah aku nie, siapa artis lagi..kenapa ko tak rembat kasut artis?kan boleh belagak kat kawan-kawan ko nie kasut artis?tapi selipar buruk aku juga kau sayang kan...

entah lah, aku pun tak tahu nak kata apa, serious rumah artis ni kasut cantik, jiran sebelah pulak ada boot phua chu kang lagi, kenapa kau tak teringin eh wahai pencopek budus lagi sengal?adakah selipar fippers kaler biru tue boleh buat ko hebat bila berjalan di pavillion? boleh di tayang-tayang bila kau lepak tepi jalan kat bukit bintang??hanya kau je yang tau wahai pencopek bangang,...

arggg.....lepas nie beli selipar jamban je la yang berbintik-bintik tue, kalau kalau kau curik juga selipar yang tue, sah memang kau jenis kaki kurap ....semoga kau bangga dan bahagia bila pakai fippers aku tue yer!!!!

*kalau selipar artis glamour dia tak nak angkut dan dia angkut juga selipar buruk aku..maka aku lagi artis lah kan??muahahahah


***************************
FULL STOP


missblurry

Sunday, July 3

buat keputusan dengan bijak

sebelum aku mulakan cerita yang aku janjikan tue, aku nak cakap yang aku tak jadi kerja kat kedai kasut tue, aku dapat bayangkan apa akan terjadi kalau aku teruskan kerja selama 2 bulan kat situ...kenapa?nati aku huraikan satu persatu..buat masa nie aku menganggur tunggu gaji masuk...weee

well cerita pasal benda bengong yang tak seberapa bengong adalah, eheheh aku termasuk tandas yang orang sedang tengah kencing...ok fine!! mungkin salah aku mungkin aku tak bersalah, ceritanya begini...

aku naik tandas tingkat atas sebab bersih sikit banding aras aku, tandas tue cuma ada 3 bilik jer, bilik tengah memang berkunci and bilik no 3 pulak hos tue masuk dalam mangkuk jamban, memang tidak lah aku nak guna tandas tue kan??so nak jadi cerita ada minah indon nie guna tandas no 1, yang kawan dia pula tengah layan diri kat depan cermin...



so aku memula tengok juga kat pintu tue kot lah kunci ke ape ke kan, tapi aku tengok tanda dia colour putih so confirm2 pintu tak kunci, aku dah memang tak boleh tahan nak kencing dah, aku pun memula tolak sikit, cam ragu-ragu jugak coz pintu tue tertutup rapat...

then bila aku tolak pintu sikit..tak ade pun orang respond, aku anggap toilet tue memang tak ada orang, so aku pun melangkah lah setapak and bukak pintu tue, sekali aku terkujat kejap coz nampak muka orang, damn!!!! ada manusia, ok ada manusia..!!! terus muka aku kebas, nak kata malu tidak tapi aku tergamam, nasib aku tengok muka dia and toilet tue jenis toilet duduk, cuba korang bayangkan kalau jenis cangkung??? dang!! mimpi ngeri giler, confirm aku nampak ehem beliau...arggg!!!



terus aku keluar tutup balik pintu, pandang minah kat cermin gelak-gelak kata ada orang, rupa-rupanya kawan dia...konon nak jaga pintu tapi bantai berangan kat cermin, dah nampak aku nak masuk bukan nak ditegurnya, giler!! tapi aku wat derk je..ahahah aku tak ada perasaan coz aku memang tak tahan langsung nak terkencing..ahahha budak tue keluar toilet sengih-sengih nak tak pandang muka aku...malu lah tue....tue lah lenkali kunci pintu...ni tak...giler!!terus aku teringat masa kat PD aku nak mandi kat toilet and ternampak jugak minah indon dok bantai mandi bogel!!!

gilak jijik, walaupun aku tak rela nak tengok dengan segala hutan amazon nya, tapi ku jeling-jeling jugak beberapa saat...ahahah rezeki beb rezeki....sengal lah..please lah behave sikit kat public, jangan wat show sesuka hati...aiya....



alrite now kisah kerja kedai kasut, hurm aku malas nak berkejra dengan orang banyak cerewet, aku tahu suatu hari nanti macamane pun aku kene hadapi, but kalau cerewetnya aku dapat gaji 5 6 7 ribu aku tak jadi masalah, tapi aku takkan jadi sengal dengan rules yang entah ape-ape untuk gaji basic rm 600, kepala hotak dia...nak tau ape rules dia..kejap aku listkan mana ynag aku ingat ok...

the rules :

1. must serve customer and push them to buy something ( standard tapi tak perlu nak bodek sampai orang rimas..aku serve macam biasa but dia marah aku..aiya )

2.lewat masuk kerja tolak rm 5 untuk 1 minit 
3. lewat 10 minit 3 kali dalam sebulan terus tolak elaun rm 60 ( elaun rm 100)
4. you kerja sini, jangan fikir nak gaji jer, you kene fikir pasal sale juga, itu 
PENTING ( adalah juga dekat 10x dia ulang)
5. min personal sale untuk isnin-khamis adalah rm 500 (waklu)
6. untuk jumaat-ahad rm 800 (gila)
7. kalau ada terjumpa kawan, jangan bersembang, i cukup pantang ok??

ok, sebenarnya ada banyak lagi, aku dah tak ingat, 4 jam aku kat situ, banyak dia warning dari mengajar, aku bukan tak boleh nak kerja dengan rules, before nie pun aku pernah kerja dengan Chinese, ok je steady je, cakap pun polite even serious..bukan tak boleh terima cabaran tapi biar beragak sikit...

dengan kedai kasut tak ada jenama and baru bukak dah nak target tinggi-tinggi, aiya tolonglah...aku direct je cakap aku tak nak kerja, aku bagi alasan aku tak boleh nak promote customers beli wadges tue, aku pun tak tahu barang-barang perempuan nie sangat, bukan tak nak belajar tapi cara dia sampaikan tue tak betul yang menyebabkan aku dapat bayangkan aku tak akan selese kerja situ..

budak yang kerja situ sampai berhutang dengan kedai, aku tak tahu apa masalahnye, tapi aku dengar elaun bulan lepas langsung tak ada dan bulan nie pun kene tolak, baru 1 hari bulan dah kene tolak, means hutang dari bulan lepas, gila kau?? dah lah basic bagi rm 600 je, almost kedai kat gaint tue basic rm 700-900, paling standard rm 800...adoi, biarlah, rezeki aku tempat lain...

nak jadi kuli, biar berbaloi, biar hati nie memang ikhlas nak kerja, jangan sampai kena tindas, jangan sampai niat asal nak cari rezeki bertukar nawaitunya ok, peep out there, fikir-fikirkan lah, jangan biarkan diri tue ditindas dengan bangsa lain, cari harga diri dan jaga se-elok yang mungkin..

good luck !!!

*******************************
FULL STOP

missblurry