Saturday, December 31

short and simple


wish list :

grad as well and smooth 

get a job

*******************
FULL STOP

missblurry

Monday, December 26

#2011memories


nampaknya tahun 2011 dah semakin ke penghujungnya,sedar tak sedar,setahun dah kita lalui kan, sekejap nya masa itu berlalu,pantas tanpa menunggu kita walau sesaat, tapi kita?hurm fikirkanlah sendiri dimana tahap kedudukan anda sekarang ni

well kat dunia twitter pun trend sekarang adalah #2011memories, so aku nak list kan seberapa benda yang aku masih ingat peristiwa pelik-pelik,lawak dan sedih sepanjang 2011, walaupun masih awal, tapi penduli lah..hehehe

#2011memories

januari 
  • aku terpaksa repeat paper kuantitatif yang 4 jam kredit,dan dpt c+ sahaja..errr
  • 1st time in my life, aku bawak 24 jam kredit.
  • 1st time juga,aku rasa diri ni sangat hina,thanx backstabber 
  • aku baru sedar,mata aku sepet sebelah, ini serious!
  • 1st time aku jumpa kopi brand adabi.

february
  • kembali nostalgia,aku buat milo iron setelah beberapa tahun aku tak buat,korang?
  • filem terbaik sepanjang hayat aku untuk tahun 2011, merong mahawangsa, good job my bro ;D
  • melepak roof top setelah bergelar remaja,hurm...
  • kali kedua aku mengundi untuk pilihanraya kampus, jujurnya aku pilih rupa...jiahhhhhahhahah
  • 1st time aku berniaga di ipta, still remember?bread corner ;D

march 
  • 1st time dalam hidup aku juga, aku pergi kelas guna beg plastic selama seminggu,gara2 tali beg putus dan tak ada beg lain, sob sob ;(
  • 1st time jejak kaki di ampang look out, sangat cantik view dia ;D
  • 1st time hidup aku huru hara sepanjang aku berada di alam IPTA

april
  • 1st time aku kena buat suart sebab attendance tak cukup 80%,macam bangang je reason aku dalam surat tue, argg!
  • 1st time budak kantoi depan mata aku,bawak jantan masuk kolej!kau loser !
  • sergah pekerja kebun di UPM,dan dapat durian free, hee thanx pakcik !
  • dihalau darfi kolej 13,arg! part paling tak boleh blah, bongok lah 

may
  • aku baru mula belajar minum fresh milk,ok tak lawak,memang aku baru belajar minum, teeheeee
  • aku berpisah dengan roomate yang almost 2 tahun aku 1 bilik dengan dia,dan yes, admit aku sangat sedih!
  • finally,am touched down "the land under the wind", memori tak akan dilupakan,;D

jun
  • cerita kungfu panda II, buat aku menangis dalam panggung,ok over, i mean buat aku touching,yes, aku belum menangis lagi, errrr ;D
  • 1st time kerja sebagai promoter novel,eventho aku peminat novel,tapi tak semua aku baca,dan aku terpaksa kelentong customer untuk naikkan sale..err tak jahat kan,lumrah lah jadi promoter, mulut kene manis bai!

julai
  • kerja giler!aku makan maggie kari cicah biskut kering, errr oh reason nya biskut itu aku jadikan sebagai lauk, logik kan..hihihihi
  • kasut kesayangan aku hilang lagi, jilaka punya pencopek!

august
  • 1st time aku sambut dan berpuasa dengan family cukup sebulan since aku bergelar seorang pelajar IPTA,
  • sambut raya dengan penuh girang, errr kot
  • berakhirnya cuti aku yang sangat lama dan tak buat pape,errr otak aku sangat tepu masa ni

september
  • bermula semester baru sebagai final year student,;D
  • bermula nya kehidupan di kolej baru dan suasana baru, not bad!
  • pergi nya seorang sahabat, semoga kau ditempatkan dengan orang yang beriman,amin.
  • 1st time aku publish muka aku di blog, ;D

October
  • pesta konvo UPM paling best sepanjang aku di UPM, terbaik !
  • 1st time tengok kuda kepang depan mata, err macam tipu pun ada macam betul pun ade diorang kene rasuk tue, no comment!
  • diganggu entiti dengan penuh dasyat, main kuku la pulak dia...

november
  • bermulanya kepeningan otak untuk settlekan proposal FYP.damn!penat  la giler..
  • 1st time aku sangat penat dan sampai tahap fed up layan assignment,seriously!
  • mencari marine borer sampai demam yang melampau.demi assigment !
  • settle presentation FYP, alhamdulillah,tak banyak komen...;D

december
  • mula minat untuk mencuba makanan korea, ada reason kenapa,nanti aku cerita bila tiba masanya, tunggu!;D
  • kawan aku merangkap housemate zaman diploma aku kahwin,tahniah joe, ;D
  • 1st time buat lawatan kilang perabot dan kilang kertas,yang pasti kilang perabot itu, banyak auta dari fakta,jangan ingat kami student tak pernah kerja boleh tipu bodoh2 gitu, kami masih ;agi boleh fikir dengan waras, peace!
  • dan semesti ni ini bulan terakhir untuk tahun ini,;D
  • last but not least, pengakhiran aku untuk tahun ini kurang best,kena study sebabnya ada exam 4 hari lepas tue, dammit,aku benci perasaan ini!!!


maka dengan list yang aku buat ini adalah yang berlaku pada diri aku sepanjang tahun ini, ada benda yang aku lupa dan tak ingat,tak tahu baik atau tidak peristiwa itu yang pasti aku sudah pun laluinya.aku mengharap tahun akan datang adalah tahun yang lagi baik untuk diri aku yang hina ini,;D

korang pula?ape cerita?ok ke life korang untuk tahun ini??

*******************************
FULL STOP
missblurry

Friday, December 23

the street cafe


hari ini aku temankan adik aku si taro pergi beli belah, sekali dah sampai ke sunway pyramid langsung tak shopping, window shopping je, ceh!wat penat je, tapi tak kisah lah,atleast tak la boring sangat duduk rumah.

memandangkan tujuan aku balik rumah pun nak rest otak,so sesekali jejak pyramid pun syok jugak, aku boleh kira berapa kali je aku jejak situ, makin lama makin malas nak keluar jenjalan tempat macam gini if tak ada bende nak dibeli, aku sendiri tak tahu kenapa, tapi bagus juga,jimat duit aku..ehehhe

ok back to the topic, aku nak cerita hal restaurant nie the street cafe,aku pasti dan yakin ramai dah tau kan restaurant ni, lagi-lagi peminat hardcore korea, for sure sudah jejak,well street cafe ni,since aku diploma kot,kawan aku promote,tapi seriously aku tak pernah jumpa.

entah macamane aku search internet pasal korea, keluar lah pasal cafe ni,kebetulan aku memang nak ke sunway pyramid,so dengan semangat aku cari juga kedai ni,dan jumpa,agak tersorok ke belakang juga la,that why aku tak pernah nampak sebab aku tak lalu kawasan tue, dia dekat area asian avenue,dan kena menghala ke tepi yang boleh tengok sunway lagoon,dia dekat area2 situ, kecik je kedai nya.


disebabkan firasat aku pasal makanan agak tinggi kuasa nya, so aku pun mencuba benda yang ringan2 je,sebab dah kenyang tibai suguti kat rumah, aku beli chicken stick spicy BBQ,dan adik aku pula chicken stick korean bbq, tengok dari gambar and display memang nampak sedap.


bila sampai, dan rasa, erm rasa agak pelik sos dia tapi memang sedap dan sos tue buat perasaan nak tambah lagi, ke dia jampi?ahahah,ni akak aku baru balik dan dia kata cafe tue memang sedap makan, so aku pun syor korang untuk pergi mencuba makanan korea disitu, dan di jamin halal sebab ada tanda halal, harga not bad, 


selamat mecuba....

************************************
FULL STOP
missblurry

Thursday, December 22

chef blurry #4 - suguti bolognese

heee dah lama aku tak main masak-masak kan,cuti semester baru-baru nie pun aku tak masak-masak sangat..now aku mulakan balik even menu aku biasa je hari ini.




yes suguti bolognese, err actually suguti tue spaghetti,makcik aku nie advance sangat, bantai panggil suguti masa ktorg masak kat kampung dulu,langsung melekat dengan aku dan adik beradik aku.

well macam aku cakap tadi sangat simple,dan semua orang boleh buat,tapi saja je aku bagi korang tergeliur,hihihihi,nikmatilah suguti ini yeah..


*kalau nak mee dia tak nak melekat bila sejuk, lepas je rebus mee tue,terus je basuh sampai hilang panas mee tue,nescaya tidak akan melekat lagi,:D 


*************************
FULL STOP
missblurry

PTPTN lagi



entry sebelum ni, aku pernah bagi tahu yang penyata kewangan aku jadi kosong untuk baki hutang aku dengan ptptn, well bila aku bukak balik website E-FES, dia mention suruh aku bukak web lagi satu, CLICK HERE.

rupa-rupanya dia update penyata aku kat situ untuk sesiapa mohon ujrah, hurm, bila aku tengok the latest loan aku, dan aku puas hati sebabnya memang buat masa ni aku kena bayar ape yang telah di janjikan, alhamdulillah, moga-moga tak ada yang musykil lagi, maklum lah kan, banyak benar kisah kurang senang kalau hal PTPTN ni, so aku bukan jenis yang simply2 nak percaya macam gitu,aku nak tengok bukti depan mata dan apa aku alami dulu, baru boleh akui atau tak kenyataan orang yang buat tue.

sebelum ni,ada kawan facebook aku update status pasal ujrah, katanya kene tipu,mungkin dia salah faham atau dia tak baca betul2 masa dapat surat perjanjian, memang before buat ujrah,akan dapat penyata untuk bayar berapa setiap bulan, dan kiraan itu boleh tengok kat website ni CLICK HERE.

rm 134.77 itu adalah kalau kadar sama
 rata dalam tempoh 60 bulan

aku jelaskan kat sini,contoh aku pinjam 7500 dan 3%,so bila aku kira aku kene bayar rm 75.66 sen pada tahun pertama,tahun berikutnya aku kena bayar rm 98.33, dan seterusnya, pada tahun kahir aku kena bayar rm 216.40. kenapa?sebabnya logiklah, dia nak habiskan pinjaman aku yang rm 7500 + 3% dalam masa 60 bulan atau 5 tahun, if dia tak naikkan kadar bayaran itu, macam nak habiskan dalam tempoh yang sepatutnya kan. kalau tak faham korang boleh pergi website tue, sila rajin kan diri anda, ok?

dan issue pada status budak itu, dia kata dia kene bayar almost rm 400/month,so dia kata dia kene tipu because kalau tak buat dia kene bayar rm 50 je. hello bro, cuba fikir logik sikit, kalau kau dah pinjam almost 40K, logik ke kau nak bayar rm 50/month dan boleh habiskan dalam masa 120 bulan?kata budak engineering sentiasa pegang calculator?takkan simple math pun tak boleh nak buat kan?aiya.

dan macam2 lagi lah aku dengar,well macam aku cakap pada entry sebelum ni, bila pinjam memang sedap,tang bayar banyak nya lah reason dia. sebelum berkata apa-apa, lenkali fikir masak2 nak pinjam ke tak nak, baca every single word dalam perjanjian sebelum main sign je surat tue kan?faham kan betul2,

mungkin hal ni,masing-masing boleh fikir,dah besarkan, ye la kalau kata kanak2 how come boleh pinjam loan sampai puluh-puluh ribu,so for those yang nak tahu penyata terkini,boleh pergi ke website yang aku bagi kat atas,dan untuk dapatkan no pin pun ada dia bagi tau situ, either kau sms atau buat aduan pelanggan,mudah dan simple,segala nya hujung jari.

kalau still malas untuk kebaikan diri sendiri, memang susah lah nak kata, dan aku bagitahu lagi sekali, kalau tak ada effort untuk ambil tahu hal macam gini untuk diri sendiri, so jangan lah bunyi2 macam orang tak ada otak, faham?
klik untuk membesarkan badan

sebenarnya aku nak cerita lain pasal ptptn ni,tapi terpula cerita hal ini, ahahah aku nak tunjuk macamane nak dapatkan surat perjanjian ujrah,aku rasa sempat lagi kalau siapa yang nak buat,benda pun tak banyak hal, just sign dan pergi matikan setem, atau beli terus setem hasil kat LDHN,so tak payah nak matikan sebabnya dia cop terus.


kat sini aku nak bagitahu lagi,selagi korang tangguh bayar loan, makin lama makin naik sebab penangguhan bayaran balik adalah err tak tahu berapa percent tapi aku kene tanggung rm 18.00++/month, kalau tak silap kawan aku hutang rm 15k,dan pengangguhan dia rm 30.00++/month,so jangan terkejut if kalau korang log in kat E-FES, tengok baki hutang lebih dari yang korang berhutang, ini adalah standard, thank, ;D

*sila click pada circle merah itu, kalau tak boleh sila guna mozila atau IE,selamat mencuba ;D

**********************************
FULL STOP 
missblurry

Wednesday, December 21

final year of college life #12-kelas terakhir sem 5

tepat jam 12 tengah hari,pada hari khamis bersamaan 22/12/11, berakhirlah sebuah episod yang bernama semester 5, erm mungkin secara tak officially lagi kot, sebabnya aku belum lagi final exam, tapi tak kisah, nak juga title tue, eheheh

well sepanjang semester ni, banyak perkara tejadi, ada alkali dan ada kala acid juga, kalau suam-suam bermaksud masa tue adalah natural.see ini lah jadi nya akibat terlalu banyak otak ni terdedah dengan bahan kimia yang kurang active,tapi dia boleh bertindak balas dengan otak aku secara active, damn!hate that!

tak ada ape yang aku nak kongsikan,semester ni memang memboringkan sepanjang hidup aku, seriously hambar, nothing much to share with you all guys,aku harap semester depan semester paling ceria hidup aku,memandangkan semester depan adalah yang terkahir untuk aku berada di UPM nie,insyAllah.

sekarang otak aku cuma nak rest je,rest dari fikir pasal lab report, pasal assignment and so on,esok petang habis kelas aku nak terus cabut balik kelana jaya,dan rehat sebelum otak aku ligat menghafal note untuk exam lagi 2 minggu, pheww! permulaan akhir dan awal tahun yang membosankan bagi aku!!

urm...(mengeluh lagi)......

***********************************
FULL STOP
missblurry

Friday, December 16

kalau depan mata


semalam aku pergi 1 day trip ke bentong, lawat kilang kertas untuk subject pulp and paper technology. yup, memang aku excited tapi nya tahap excited aku tue cuma 5 minit selepas bus bergerak, mueheheh...

lawatan ke kilang benda yang paling boring sekali, unless lawatan kilang yang produce benda yang tak dapat akal aku nak fikir macamane diorang buat barang tue, kalau kilang kertas yang serupa je macam aku buat time amali, so tak la excited beno kan.

well stop cerita lawatan yang membosankan ni, aku nak cerita lepas aku pergi kilang tue, on the way balik ktorg pakat dengan lecturer (actually dia yang pakat dengan ktorg) singgah ke bukit tinggi, aku mengaku aku orang pahang, belah raub lagi, dan aku mengaku yang aku belum pernah jejak lagi bukit tinggi ni, eheheheh

pun excited juga, tapi bila sampai kat atas, dan aku hanya mampu pandang macam gitu je, tak ada pape pun, biasa2 je aku rasa, entah lah, mungkin geng gila aku tak follow, so benda yang boring tetap jadi boring kalau kita sendiri tak create benda tu jadi happy kan?

so, apa aku nak sampaikan, bila sesuatu benda yang ada depan mata, kita memang susah nak pergi,(maybe aku je kot) i mean kita tak teringin nak pergi sebab mengadap benda tue, sejujurnya aku mengaku lagi, aku belum jejak menara kl,sekadar jejak bawah pernah tapi naik atas belum lagi, macam gitu juga KLCC,suria tak usah cakap tapi jambatan dia, belum lagi aku teringin nak jejak,

aku rasa banyak lagi tempat yang depan mata aku, aku tak jejak lagi, mungkin bila dah duduk jauh baru lah gedik2 nak pergi, biasa lah kan, typical person memang macam gitu, manusia!! asal depan mata langsung tak endah nya, bila dah tak ada depan mata, baru lah kata rindu, menyesal kan?dan kata2 ini, adalah 2 dalam 1,;D

badan aku pun dah gatal minta dimandikan so wa stop sini dulu, chauw

******************************************
missblurry

Sunday, December 11

hutang diploma

klik untuk gemukkan diri

cuba korang perhatikan penyata kira-kira aku kat atas nie dan sila fahamkan,ini hutang aku time aku buat diploma dulu, yeah aku dapat separuh je dan alhamdulillah juga kau dapat separuh, tak la banyak aku nak ganti balik.

dan separuh ni juga lah bantu aku dapatkan sekeping diploma yang masih terletak di bawah katil aku, miahahha,gaya macam tak hargai je kan,aku dah tak tahu nak letak mana dah sijil2 tue, so aku hentam je dalam box dan bawah katil,

well apa aku nak sampaikan, alangkah bagus dan tersenyum riang nya aku kalau baki hutang tue sentiasa kekal pada angka RM 0.00, miahahahah, PTPTN tetiba baik hati free kan pinjaman aku, phew syok nya kalau ini berlaku kan..

by the way, aku dengar cerita tahun 2013, PTPTn nak kurangkan pinjaman?sebab terlalu banyak hutang yang orang tak langsaikan,betul ker?kesian siapa nak sambung study tue,sudah la kos tinggi, phew, for those yang meminjam PTPTN nie,sila2 lah bayar..

jangan lah nak asyik blame kata PTPTN ni tipu la apa la, sedangkan bila tanya dah start bayar ke belum, jawapan belum, or jawapan yang dapat, aku bayar rm 50 je setiap bulan, then ko nak blame PTPTN tipu sebab tak pandai2 kurang pinjaman kau?wei bodoh!!! kalau kau pinjam 15k or 30k,then ko bayar rm 50 sebulan, logik ke pinjaman kau turn sampai 2-3k setahun?

banyak aku dengar cerita buruk dari yang baik bila cerita hal hutang, biasa lah kan, manusia, bila senang mana fikir segala helah itu ini, tapi bila susah nak membayar nya, macam2 keluar, sudah2 la, dah tahu pinjam,pandai2 la bayar ok, tindakan korang ni bagi kesan kat orang lain yang beria nak sambugn study.

sila jangan pentingkan diri sendiri, gaji rendah sekali pun berusaha la bayar hutang,kalau boleh pakai iphone,ipod,ipad,pad kotex, pakai kereta besar-besar, kenapa hutang pelajaran yang menolong korang dapat segala kemewahan itu dan korang tak mampu nak bayar balik kan?fikir2 kan lah.


*************************************

FULL STOP
missblurry

Friday, December 9

final year of college life #11- failed paper adalah makanan aku



ingat tak?zaman sekolah rendah, bila exam mesti markah tinggi-tinggi, kalau boleh sampai nak dapatkan lebih dari 100 %,tak ada sekali pun akan dapat rendah dari 70% tapi nya saat indah ini sampai tahap pertama sekolah rendah je lah.

masuk je tahap ke dua sekolah rendah,markah exam semakin jatuh, paling ngam bila kita masuk darjah 5, kan?time tue lah kita active sport, segala sukan kita masuk,segala acara sekolah memang ada je muka kita.memang result punya macam haram,lagi-lagi budak kelas belakang-belakang,yang tahu,fikir nak enjoy je..

dan saat masuk sekolah menengah bermula nya kisah dan tahu erti gagal peperiksaan,rasa macam bodoh sangat je bila tengok buku record pen color merah,subject paling wajib failed adalah matametik dan juga sejarah, ops tak lupa juga geografi,memang rakyat malaysia agak bodoh dalam 3 subject ni,termasuklah tukang membaca dan juga yang menulis ni,heeee anda terkena..

well bagi aku bukan student lah kalau langsung tak pernah failed paper, beb, gila bosan life kau kalau kau tak pernah langsung gagal dalam hidup?mungkin ada juga orang macam gini tapi macam tak mencabar jer, asyik2 kita bejaya,lulus dan sebagai nya..arggg dunia kau hanya ada 1 warna je,why not ko create warna baru, kan baru ceria...

aku cerita pasal failed ni sebab, a'ah tadi baru tahu aku failed paper chemistry,deng!!masa dia sebut no matrik aku, aku memang tak perasan,walaupun dalam hati aku pun mengatakan yang aku memang failed tapi mulut dan otak aku still physco kata aku lulus,ceh!!

" 15.....54....24...failed,dapat 24 %"

aku memula tak dapat tangkap, no matrik siapa ni?sekali aku baca balik..155424, mak ai, no matrik aku siot, ciss failed juga aku nampaknya, tapi aku tetap tenang, dalam hati dah mula memaki tenangkan diri sendiri ..bangkai!!failed la pula, bongok lar, siot..#^^**&*,damn, arggg...

aku ni memang bodoh kimia,aku ni ada lagi kecelaruan otak, aku rasa belajar kimia ni benda yang tak logik, entah la, merepek2 aku rasa, maaf ahli kimia, aku cuma tak boleh bayangkan kimia ni berfungsi macamane, i mean reaction korang yang entah apa2 di campur then jadi benda lain...

hurm, menyesal masa sekolah aku selalu tidur time lab science,sekarang dah susah, pastu nak cakap kimia ni tak logik, ceh!! poyo la kau blurry!!tapi memang serious,hal kimia tak usah lah cerita,kalau korang tipu aku pun aku tetap percaya sebab nya aku memang ngok kimia,..

celullose = 6c10H5o, boleh dijumpai di primary cell wall,celullose merupakan paling penting dalam pembuatan kertas dan juga cotton, celullose juga banyak crystaline di antara amorphous yang berada di dalam starch.ikatan celullose boleh diuraikan hanya menggunakan air panas dan acid acetone



failed?tak ada hal la bro,sekian terima kasih.

**********************************
FULL STOP

missblurry

tahan kencing?bagus..



korang pernah tak alami perasaan ini?perasaan yang korang nak terkuncil tapi korang gila malas nak bangun atau berjalan menuju tandas?well itu lah habit aku, habit yang aku baru cipta sejak aku duduk dekat kolej serumpun ni.

setiap malam gerenti aku akan ke tandas dulu sebabnya aku kuat minum air,dan air tue memang gedik nak nyah toksin dari badan aku di malam yang hening, kadang-kadang aku sampai terfikir nak letak takung je atau buat saluran terus menuju ke tingkap,senang tak payah ke tandas.

aku ada masalah otak untuk berfikir secara rasional. aku selalu fikir, kalau ke tandas nanti terjumpa orang tak ada kepala, atau terjumpa kakak cantik berdiri kat tengah-tengah lorong, so aku akan berfikir 800 untuk ketandas.

selain itu, untuk ke tandas aku kena ambil masa selama 2 minit dan 97 langkah untuk pergi sahaja,ah tak rasa macam buang masa ke?pagi-pagi buta nak menapak sekadar pergi tandas?ke aku je yang bengong sebab fikir macam gini?arg, aku dah bermasalah otak ke apa ni?

tapi apa yang aku cakap semua ni, korang mesti akui kan, sedap-sedap tengah tengok sinetron tetiba nak kencing,sure tahan sampai mengigil badan kan,sebab tak nak terlepas saat2 indah tengok sinetron,betul tak?atau tengok drama korea, ye la sekarang kan korean wave, so mana boleh miss even more 1 second, nanti ketinggalan zaman.dang!!

korea,sinetron, tidur punya pasal,sampai sanggup tahan kencing,choi!!kau tahu tak akibatnya tahan kencing?yes, pundi kencing akan lemah sebelum urine penuh tangki, dan kesan dari menahan kencing adalah sama dengan kesan keracunan alkohol, hah alkohol? dan juga tidak tidur selama 24 jam.

dang, tak pasal-pasal aku kene explain dan sepatah haram aku tak faham apa yang aku explain sebabnya aku tak tahu kesan keracunan alkohol tue macamane?kalau racun tikus tau juga la aku,...

arg ini semua karut!! tak payah nak percaya sains sangat,boleh gila sebabnya kekadang langgar hukum alam, kan??jadi mari kita tahan kencing untuk kebaikkan bersama....

*****************************************
FULL STOP

missblurry

Monday, December 5

final year of college life #10 - selamat mendaftar subject

aku sangat suka background ESMP yang sekarang ni,
 rasa tenang je

ahahahahhahah, sorry guys, aku rasa hidup aku bahagia buat seketika,bahagia sebabnya aku tak perlu mendaftar kursus, eh tak cuma aku tak perlu risau dan takut kalau daftar lambat ....

yeah, korang pun tahu kan kes aku yang sengal tue, so setakat daftar 1 subject fakulti yang sah2 junior aku tak akan ambil subject tue, so aku boleh mendaftar tahun depan terus, hihihihi

kepada junior juniorku, selamat mendaftar, sila bersabar dan jangan marah2 yer, sebelum itu sila pastikan PA anda bukak ESMP dulu untuk mendaftar, dan sila pastikan yang anda TIDAK BERHUTANG DENGAN PIHAK ADMIN.


dan aku tersenyum riang lagi, hahahahahah, gerenti jam punya la sistem sebab beribu pula pelajar UPM nak mendaftar subject dalam masa yang sama kan,dua kemungkinan akan berlaku, kalau sistem tak ralat mesti masa loading akan stuck sampai 33% je, selamat mencuba,hihiih


*You are not allowed to register any course due to the following reason(s) :
You have not meet your Academic Advisor (JEGATHESWARAN A/L RATNASINGAM)

tadi aku cuba sekali dia bagi warning daa, maaf PA saya di german sekarang..;)

***********************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, December 4

ahad

ahad,

kau kembali lagi seperti biasa
bersamaan 4 hari bulan desember 2011
kau muncul dengan keadaan yang sepi
dan sunyi tanpa kata-kata penghuni bumi


hey ahad,


dipermulaan hari sungguh indah
sehinggalah sang mentari munculkan diri
dan menerikkan keadaan,
meninggalkan sedikit keluhan sang penghuni bumi,
namun di petang hari kau dibasahi oleh si hujan
yang tidak jemu dimuntah oleh sang langit

oh ahad,

indahnya kau untuk si penghuni bumi
ada yang beriadah,ada yang bersukan
malah meluangkan masa untuk keluarga pun tidak ketinggalan
kau telah menyempurnakan tugas mu dengan sempurna sekali

wahai ahad,

semoga apa yang dilalui hari ini, 
akan menjadi ingatan untuk semua penghuni bumi
diri mu tiada ganti nya,kerana kau tetap yang satu.
ku redha pemergian mu kerna ku yakin kau tetap akan datang jua
dan ku terpaksa melepaskan mu kerna ku tak mampu melawan hukum alam
semoga kita ketemu lagi di waktu yang sama


***********************************
FULL STOP


missblurry

Saturday, December 3

selamat pengantin baru

sebelah tu, bukan aku, harap maklum

hey guys, sorry lambat tak update, aku tak busy pun cuma aku hold je dulu sebab malas nak update entry, tak ada mood dan bahan cerita yang dikongsikan pun kureng menarik.

well, actually aku baru balik dari kenduri kawan poli aku dulu, dia pecahkan zaman solo di antara house mate aku yang lain, hurm best, meriah juga lah, cuma nya aku tak sempat nak lepak lama-lama dan tunggu kawan-kawan yang lain, parents aku kena balik kampung sebab ade kenduri lagi kat sane,

pengatin hari ini memang serba merah, seronok bila dapat tengok kawan rapat kahwin ni,kalau lah boleh join malam sebelum ceremony ni mesti lagi meriah,tapi nya masing-masing ada komitmen kan,

aku rasa keluarga besar aku pun dah lama tak buat kenduri kahwin, semua senyap je masing-masing, nak tunggu aku memang sah-sah lambat, calon pun tak ada lagi, kerja pun belum lagi, ahahha, banyak nak kena fikir sebelum kahwin, bukan simply2 je benda ni, tanggungjawab tue besar, banyak nak kena pikul kan....

well apa-apa pun tahniah untuk kawan aku, johana binti jamal atas perkahwinan anda, semoga panjang umur dan murah rezeki,

*****************************
FULL STOP

missblurry