Friday, September 30

final year of college life #1 - kelas oh kelas

hye semua, ehehhe lama menyepi, ni baru betul-betul aku boleh update entry, tue pun selingan sebelum aku start kerja-kerja yang wajib aku siapkan every week, phewww sungguh memeningkan eventho aku belum start..

well, permulaan semester aku sangat best yes!! admit,best sampai sekarang aku still kurang faham untuk certain thing yang betul-betul aku lembab lagi, mungkin kene buat banyak pembacaan kot, entah lah...bayang-bayang pun tak nampak lagi..

pasal projek tahun akhir aku pulak, so far boleh lah, dah mula kene buat writting untuk proposal and thesis, that means aku memang kena banyak luangkan masa-masa aku depan laptop dan juga library, or maybe aku sendiri kene pergi ke company-company yang berkaitan dengan thesis aku tue..

apa aku kene buat?erm aku punya tajuk pasal ramin recovery of sawmill in peninsular malaysia. spesis ramin nie memang dah terhad pengeluaran nya, kira nye kalau ramin nie binatang dia adalah kategori dalam WWF punya binatang...malangnya ramin nie adalah pokok...eheheh

sedar tak sedar lagi 2 minggu aku punya test 1, tak macam ngok ngek pulak kan, apa pun aku tak pickup untuk setiap subject, aduhai..macam gini kah life untuk final year student??

bersabar lah wahai missblurry, you can do it..!!!

*************************************
FULL STOP





missblurry

Thursday, September 22

si kecil bernama missblurry

seperti yang aku janjikan dulu, aku akan post gambar kanak-kanak aku kan, hahahaha seriously sangat lawak, maka saksikan lah budak yang bernama misSbLurRy


umur 1 thn ...mungkin


umur 3 tahun..;)

aku dan akak aku si tora

this is my sibling, tora dan taro


masa kahwin sedara aku


klcc baru bukak

well muka aku memang tak berubah dari dulu sampai sekarang, sesiapa yang kenal aku sure boleh cam juga, mungkin lah kot, yang beza nya, dulu macam lidi now macam tiang klcc, eheheheh, 

begitu juga rambut aku, kalau dulu botak, hanya ada rambut kat belakang macam zaibo je, now lebat kemain lagi, kalau pergi gunting rambut tue, rambut aku sorang je da serabut salon tue,,eheheheh

gambar-gambar nie aku ambil kat rumah arwah wan aku masa balik kampung last week, picture dekat rumah aku tak dapat cari lagi, pix yang tue lagi lawak posing-posing aku, sangat pelik..kalau korang tengok pun memang kelakar tapi tak ade rezeki, eheheheh

***********************
FULL STOP

missblurry

takziah

mohammad fashriq emir

26 ogos 1992 - 22 septeber 2011

al-fatihah 


takziah buat keluarga uncle naseem, semoga arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman,

actually dah lama aku nak update pasal kawan aku sorang nie, tapi tangguh sebab tak ada masa, dan pagi tadi adik aku sms mengatakan acik dah tak ada,...

achik, serious aku terkejut masa adik aku sms, dia kata, akak kau farina yang call, aku sedih chik, even kita jarang lepak tapi kau membesar depan mata aku, masa aku datang tengok kau chik, aku sedih, kau terlantar atas katil, nafas kau kuat cik,aku nak nangis tapi aku kuatkan hati aku...

semua nie dah ketentuan ilahi, aku nak kau tahu, geng2 kelana jaya tetap ingat kau sampai bila-bila,dua hari lepas aku mimpi kau chik, kau sihat, aku datang rumah kau, time tue muka kau ceria,kau senyum je...tak sangka kau datang dalam mimpi aku untuk mengatakan kau akan pergi,....

: '(

****************************

FULL STOP

missblurry

Monday, September 19

M.I.A

sorry guys, aku tak dapat nak update blog lagi, banyak benda nak kene settle and aku still tak boleh nak sesuaikan diri dengan keadaan baru....wakakak,

budget good good je aku nie, actually aku biol biol lagi, disebabkan sudah final year, and kene settle kan segala benda yang melibatkan syarat graduat, maka aku hold dulu blog ini,

blog ini akan bersawang sehingga aku betul-betul free, agak banyak benda nak di ceritakan, maybe....so see you all next entry, wokeyh??
**************************

FULL STOP

missblurry

Friday, September 9

bilik 546


haaa, macam? dah try buat coconut shake?eheheh ahrap2 menjadi lah, siapa yang tak pernah rasa air tue, memang dia rasa ala-ala macam minum santan, berlemak,,,ahahah,,tapi sodap!!

nak jadikan cerita, semalam aku pergi kolej, nak hantar barang lah konon nya, al-maklum lah, aku baru pindah kolej baru, so mana tau procedure diorang macamana memandangkan diorang tue kolej swasta so sisyem dia berlainan dengan kolej lain.

aku budget boleh dapat kunci awal, tapi memang kawan aku dah sound kata 10 hb baru boleh dapat kunci, tapi if datang awal kena sewa bilik, alright, aku tak kisah, bila sampai je kat kolej sekali akak tue kata kunci tak boleh ambil, nak sewa bilik pun tak boleh...grrrrrr


nak tak nak kene tunggu kawan lagi sorang, sebabnya dia ade kunci duplicate,kecewa je rasa nya, sebab aku malas nak basuh or bersih-bersih bilik tue ari ahad, ahad nie quite busy sikit, adeyh..kalau korang perasan kat pintu bilik aku ada something, dan korang faham tak dengan something tue?yes!! banyak kerja aku kena buat kene cuci betul-betul bilik ni...arggg
kenapa lah diorang pergi campur je bilik tue, tetapkan lah bumiputra dengan non bumi, susah lah, kita tak tahu apa yang dia buat dalam bilik tue,tak pasal-pasal kerja jadi makin banyak, gosh, nasib lah barang aku dua tiga ketul je...



tengah banyak-banyak fikir tu, tetiba aku pandang atas dan aku nampak benda yang leh gembirakan aku selama ni, aku takut je level aku bermasalah dengan wifi coz kawan aku ada masalah dengan wifi kat bilik dia..dan aku bernasib baik sebab nya modem wifi betul-betul depan bilik, muahahah, korang jangan pelik if aku sentiasa online yer?? hihi, gumbira hati den, fuh alhamdulillah...

nampak nya, hari ahad nie banyak lah benda aku kena buat, fuh hari yang memenatkan ni...arggg malas nya!!

*********************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, September 7

coconut shake - nyumm!!

oh yeah, macam dijanjikan, kalau jadi buat coconut shake aku share kan, so aku share resepi macamana nak buat coconut shake ni, sonang bai tue


coconut shake


sebiji air kelapa tulen
susu pekat / fresh milk

aiskrim vanila
ice
*ice cream soda

cara-cara nya,

1. air kelapa ni kena beli yang biji punya, yang ori, so letak air nie dalam suku jangan lupa letakkan juga isi dia.

2. letak aiskrim sesedap rasa,lagi banyak lagi rasa bercream lemak manis..

3. fresh milk/ susu pekat ni option je, sebab nya aiskrim tadi dah manis, kalau letak aiskrim banyak2 tak payah letak susu ni..kang potong kaki pulak

4. then letak ice pulak kalau nak rasa macam ice blended tu, ikut ukuran cawan yang digunakan, kalau nak shake just letak sikit sahaja

5. blend semua sekali and make sure blender korang tue bukan blender cili, kang rasa coconut chilli shake la pulak kan..

6. minum dengan selera nya 

7. aku letak star kat ice cream soda tue coz tak pernah lagi cuba, sekarang nie pun dah rasa sodap dah bagi den

8. air kelapa + ice + aiskrim vanila kene pandai2 budget ikut cita rasa sendiri

9. selamat mencuba

* aku letak air kelapa 1/4 dari blender, ice pulak agak-agak sama rata dengan air dan ice cream pulak dalam 5@6 sudu dan cedukan itu agak banyak, susu sikit je, dan hasil nya sebanyak kole macam di atas tue..

************************************
FULL STOP

missblurry

barang oh barang

budak-budak baru dah start mendaftar, tue maknanya dah bagi hint untuk aku cari barang-barang aku balik, phewww dekat 4 bulan, confirm kena cari semua or senang cerita kena beli baru...aduh, duit lagi!!

must buy 

stationary:
pen
liquid

test pad

toiletries:
sabun
shampoo
ubat gigi
berus gigi
pencuci muka
sabun baju

hui banyak nya, ni sah-sah habis rm 100++, adoi adoi, sabar je la, nak gembirakan hati punya pasal, hari ni aku nak test wat coconut shake, harap-harap menjadi, if menjadi aku tepek kat sini yoo...eheheh..

aku rasa macam nak datang awal je kolej, nak bersih2kan ape yang patut dalam bilik tue, almaklum lah kalau da 4 bulan tak jejak, confirm bilik tue berabuk setebal mekap rozita che wan,nak buat time daftar hari ahad sure tension, dengan ramai2 orang nya lagi...phewww, ku mengeluh lagi..adeyh..

arg malas fikir, focus coconut shake jep....oh coconut shake...eheheheh...

******************************
FULL STOP

missblurry

Monday, September 5

bukan santan terselit

cerita raya kita stop dulu, sebabnya kemungkinan besar memang tak ada cerita pasal raya dah, eheheheh, mungkin, repeat mungkin...kali ni aku nak menceritakan habit aku yang agak menimbulkan kesenangan dikala ku kesempitan...


ceritanye, mak aku kata aku nie adik beradik dengan johnny Depp tapi sebabkan mak aku minat sangat dengan tom cruise, tue sebabnya rupa aku ada iras2 dia...kata nenek moyang, terkena kenan tom cruise..tapi aku susah nak percaya, macamana pun aku iyakan juga....( cerita dengan muka serious ala-ala harun salim bachik)

ok, motif sebenarnya entry ini, aku ada habit iaitu suka korek hidung, gentel-gentel jadi bulat dengan mneggunakan jari telunjuk dan ibu jari, then aku akan makan dengan enaknya dan selebihnya akan sental kat mana-mana tempat ikut dan aku je.

ok,sangat nice jijik !!.

sebenarnya aku cuma suka sorok duit aku tak kisah warna ape sekali pun janji duit kertas, aku selit menyelit sampai aku lupa kat mana aku selit, tujuan dia kononya aku nak saving, kalau depan mata aku akan habiskan duit tue, tapi if duit selit ni, leh control sikit..


yang bagus nya, bila tengah terdesak sikit, dok korek sana sini then terjumpa duit,memang gembira tak terkata, rasa macam duit jatuh dari langit, ahhaha tapi yang tak best nya aku asyik terlupa mana aku selit duit-duit ni..

sampai bertahun-tahun baru terjumpa itu pun sebab mengemas,kan best kalau peram duit tu lama-lama boleh beranak, sedap sikit tengok...ehehhe dan lagi satu kebaikan duit selit ni, bila kita terkena apa2 jenis rompakan, ugutan, cabulan atau rabaan sekali pun, kita tak terkontang kanting...


confirm bila berlaku pape macam gitu, diorang akan pau duit kita kan, wallet dirembat, then dengan adanye duit selit ni, atleast kita boleh buat tambang atau calling orang-orang penting..so tak ada la terkontang kanting sangat kan, terpinga-pinga, muka macam nak nangis tapi tak mampu nak nangis kat tepi jalan tue...


so nampak tak kegunaan duit selit tue, mungkin korang pun boleh amalkan, setiap kali nak keluar ke mana-mana, sila lah selit rm 10 or rm 20 kat mana-mana kawasan diri anda,kalau orang zaman dulu, dok selit bahagian kopek je..eheheheh tapi yang laki tu erm, pandai-pandai la korang nak menyelit tang mana kan, aku nak sebut pun macam tak berkeyakinan je...eheheheh

well mari menyelit, terselit, diselit, untuk masa depan anda,

* wat setakat ni, aku rasa ade lah dalam 300-400 duit selit aku, masalah nye sikit-sikit dan kat mana aku selit???argggg

***************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, September 3

rayaku dimelaka


well macam biasa, lepas sesuatu benda sure kita post mortem kan? so aku pun macam gitu lah, memandangkan lama sangat aku biarkan blog aku nie tanpa kata2 giler dari aku, keh keh keh...

alhamdulillah, raya tahun ni sempurna bagi aku, sempurna di kampung tapi belum tentu lagi di kelana jaya ataupun kat kampus, weee...sebenarnya bunyi macam lama je aku kat kampung, padahal sekejap sesangatnya,sempat 3 hari buka puasa kat rumah sana dan 4 hari beraya kat sana...
family pak usop + brahim bersama-sama nenek

raya pertama memang jadi azali tradisi family aku dan pakcik aku, duduk rumah layan tetamu, aku akan balik rumah nenek aku lepas sembahyang raya then terus ke durian tunggal, memang penat lah kan, orang datang dari pagi sampai ke malam, nasib lah orang-orang kampung nie faham kol 12 rumah dah tutup, aku rasa kalau kl 3, 4 pagi pun still beraya lagi....

alahai cik som, masak pun pegang handbag ker?
sayang bebenor yer

masuk raya ke-2, ktorg pulak sakan beraya, kali nie tak sakan sangat lah, pergi beberapa rumah je, 2 rumah sedara pakcik aku, lagi 3 rumah geng mengaji mak aku, memang kalau raya melaka, aku memfollow family je la..tapi kalau raya kat kelana jaya, maap la cik som hui, eden losap la kan, turn aku pulak sakan beraya, tapi aku belum lagi raya rumah sesiapa, hihihi

opsss sorry entry kali nie aku cerita raya je dan gambar2 yang aku attach nie kaum kerabat aku je, gambar aku?haaaa siapa yang kenal rupa mungkin ade terselit dua dalam gambar nie..eehehhehe

sekarang aku nak cerita lawak-lawak di kala raya menjelma..bagi aku lawak lah juga bila fikirkan balik tapi kalau ikut kesensitifnya idok ler, tujuan aku cerita nie ade makna...

cerita perihal nenek aku nie, dia da kureng ingatan, asyik berulang je soalan dia,yang paling kesian bila kelua dialog2 macam gini ..


**************************
masih lagi tersenyum

peristiwa 1: open house para keluarga sahaja di rumah ku

si taro : makan lah nek, tunggu apa lagi?kang sejuk
nenek : nie makan-makan kenduri kahwin siapa?
si taro : kenduri kahwin tora la nek..( kahwin?raya lerrr..)
nenek : bagus lah, jadi macam nenek, kahwin umur 13 tahun dan bla bla bla ( cerita nie mau dekat sejuta kali dia ulang)
peristiwa 2 : beraya di rumah geng mengaji mama ku


aku : nenek nak bihun banyak ke sikit?
nenek: ni rumah kau yer ?
aku : errrr....hah??( sambil tenung muka nenek dengan berubah wajah menjadi shrek sebab tak tahu nak jawab ape)..
nah kau boleh dia tanye macam gitu,padahal dari pagi aku keluar jenjalan sesama dengan dia and nie rumah last ktorg pergi,last-last terus aku blah and nampak akak aku gelak2, cisss
peristiwa 3: di rumah nenek ku

nenek : ramai juga ye orang datang beraya, raya haji kan ni?
mamaku : laa mak, bukan raya haji, raya puasa
nenek : oh ye ke, aku tak perasan
mamaku:....


dan berulang kali dalam 100 kali untuk hari tue ajer..
*******************************
pembantu dayang, tuan puteri , ketua dayang

apa aku nak sampaikan lah kan, sesiapa ada kaum keluarga yang ade penyakit alzheimer atau dementia kena bersabar sesangat, sebabnya memang diorang ni lupa apa yang dia buat and kata, dan setahu aku penyakit nie berketurunan

aku bukan nak mengaibkan nenek aku, but nak mengingatkan korang semua, sebelum terlambat atau terkena, mental dan fizikal kene mantap untuk jaga orang macam gini, kesabaran kene tinggi, jangan lah bagi dia pegang duit bebanyak, kene kebas dek orang je if orang tau kalau ade penyakit nie.

dan lagi satu, sesiapa yang ada habit buat-buat lupa, blur tak kene tempat, berangan sampai tak focus keadaan sekeliling, berubah lah, sebabnya habit nie lama-lama akan makan diri kita balik sampai ke tua, habit buruk macam gini boleh menyusahkan orang lain juga, ingat tue...

back to topic, hal nenek aku ni, kalau duduk reramai memang boleh jadi lawak, macamana pun ktorg semua melayan je zaasss bak kata zizan, tapi layan-layan lama-lama terus sonyap sebab letih asyik menjawab soalan yang sama je...muehehheeh

yang nie paling special,
reban ayam rumah nenek aku siap ada jam
kau mampu?

makin panjang cerita, nanti aku sambung lagi perihal raya ok...adios dan selamat menikmati gambar-gambar awek cun dalam enty nie..muahahhaha,btw macamana dengan raya korang?best??


**************************************
FULL STOP

missblurry