Thursday, March 31

gaya pelik bila presentation

aku baru je lepas presentation berkaitan dengan bisnes yang aku buat selama 8kali saja, ahahahh...walaupun hanya 8 kali, tapi berbaloi bagi aku..seronok berniaga ni, macam-macam kerenah manusia kita jumpa...

dan keuntungan yang aku dapat pun hanya sekali ganda, lepas lah kalau nak bawak pergi makan kat Seoul garden kan, by the way bukan itu sebenarnya aku nak cerita tapi pasal presentation...

korang pernah terfikir tak nak tengok macamana rupa sebenar korang bila present? aku banyak kali juga terfikir, dan pernah sekali aku tengok rupa aku balik, memang tak boleh blar...sebabnya nak hilang nervous tue macam-macam benda yang kita buat..

aku tak nak cerita pasal aku, tapi nak cerita yang aku nampak presenter buat gaya pelik-pelik bila present..

********************************

 gaya pelik bila presentation

1. main pen atau pensil...bising!! ketuk ketak ketuk ketak..sebab main picit-picit

2. tangan tak reti duduk diam, buat gaya melampau-lampau macam opera dah

3. muka pucat lesi !!!

4. main gulung hujung tudung atau baju..

5. terkeluar bahasa ibunda ( jawa, jepun, korea, bugis )

6. gelak secara tetiba...

7. tergaru-garu walaupun tak gatal

8. main picit-picit hidung dan kening

****************************

buat setakt ini tue saja yang aku boleh listkan, lawak memang lawak tapi bila kita berada kat depan dan semua mata mengadap kita nak cool pun tak jadi nak cool dah...

tapi benda-benda macam gini kadangkala boleh hiburkan kita, ye la kan, present?? mesti bosan punya lah, unless orang tue memang pandai gebang, putar belit, baru yer...

so korang macamana?apa pe'el korang bila present??

************************

FULL STOP

missblurry

Sunday, March 27

NOTHING TO SAY

hari ahad yang sungguh damai sekali, cuaca pun best kalau nak basuh baju yang dah penuh sebaldi nie, hurm hari ni aku nak rest secukup dan sepuas hati aku...

dah tiga minggu aku tukung lumus dengan assignmanet + test dan minggu depan pulak, minggu presentation, fuh!!! begini kot rasanya bila amik 24 jam kredit...tapi aku rasa nie tak la penat sangat berbanding amik 18 jam kredit and full of lab, damn!! tak apaitu cerita next sem..ahhaha tak payah fikir...

sampaikan blog nie pun dah berswang-sawang, ahahah, seriously, sem nie memang aku berubah, keje aku study je...ahahah ye ke? ada lah perubahan aku tue sikit, and aku akan kekalkan perubahan nie sampai bila-bila, aku dah mula tak buat kerja last minute, siapkan awal konon nak rest tapi tetap juga penat nya...

arg!! aku tak sabar nak cuti tapi before tue hadapi final dulu, boleh tahan juga jadual aku, harap2 boleh tempuh and dapat pointer yang sama macam sem lepas...hihihi...CGPA tue penting untuk dikekalkan ...

by the way aku akan hilang lagi untuk seminggu, settle down apa yang patut dan aku akan muncul lagi, 

GOOD LUCK untuk semua !!!

****************************

final exam semester 4 

25/4 2030-2230 = hasil bukan kayu hutan
26/4 0830-1030= kitaran kayu 
26/4 1400-1600 = perekat kayu
30/4 masa tak tahu lagi = kemahiran berfikir
3/5 1100-1300 = BI
4/5 1400-1600 = akaun
8/5 1400-1600 = kuantitative 

9/5/2011 - 11/9/2011 = cuti semester

**********************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, March 22

jangan putus asa !!!


hai semua, wallawei....sudah lama aku tak merapu diri kat sini, sowie lah kawan-kawan, aku terlalu bz untuk 2 3 minggu lepas, dan aku still bz untuk seminggu dua akan datang ni, maklum lah kan, dah nak masuk bulan 4, so segala benda pun nak kene submit before final menjelma...

well, apa-apa pun aku nak wish good luck untuk esok, yeah for those SPM candidate last year kayh, apa jua result yang korang dapat terima seadanya, tak perlu nak menyesal dan tak perlu untuk menyalahkan sesiapa,



ini bukan masa nya, tapi dengan apa yang korang dapat, yang tak memuaskan boleh tebus balik kat alam IPT, its ok dude, tak ada apa sangat kan...dan yang cemerlang pula congrats, teruskan perjuangan anda untuk peringkat seterusnya.

entri kali ni aku buat khas untuk mereka yang dapat result tak berapa nak best macam aku, dont worry babe, aku dulu pun hancur jugak result, segan nak bagi tahu tapi dengan apa yang aku berada sekarang, aku tak segan nak bagi tahu result aku dulu, bukan nak riak atau bongkak, tapi aku bangga dan aku puas hati atas hasil usaha aku untuk teruskan hidup + tebus balik apa yang aku telah sia-siakan...

yup, result aku sangat hampeh, aku ada E untuk akaun, dan D untuk perdagangan, sungguh aku tak sangka untuk dua subject nie, walhal masa sekolah aku sentiasa je dapat kredit, dan aku ada 2 B dan selebihnya adalah C, teruk kan?pada adik-adik yang dapat result lebih kurangmacam gini jangan lah cepat putus asa, apply je semua IPT, jangan pandang rendah pada institut kemahiran..jujur aku cakap, institut kemahiran nie sangat bagus dan aku salute dengan mereka nie...

so pada adik-adik kat luar sana, jangan ingat result yang korang tak berapa cemerlang, life korang mati kat situ, nope, tanggapan korang salah, selagi ada peluang, selagi ada kudrat, usahakanlah, sekurang-kurang dapat puaskan hati sendiri dan juga untuk family, pasal orang lain? jangan pendulikan...apa pun tak dapat kalau korang dengar cakap orang lain..


cukup lah dengan korang sia-siakan masa selama 13 tahun kat sekolah, cukup-cukuplah untuk bermain-main, sekarang masa untuk korang tempuh alam lain, alam yang korang sendiri je boleh decide nak pergi mana, jalan mana yang korang ambil, ingat tue...setiap keputusan yang korang buat akan effect pada masa akan datang, dan masa itu anda hanya perlu tersenyum dengan kejayaan atas usaha korang atau anda meratapi dengan apa yang telah korang buat...

fikir-fikirkan, belum terlambat untuk mengubahkan segalanya, ubah kehidupan anda....selamat menempuh kehidupan yang sebenar !!


****************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, March 20

siapa pak pandir yang sebenar?

mesti korang tertanya-tanya kan, 
macamana lah muka pak pandir sebenannye...
aku rasa aku boleh bagi jawapan
tapi sebelum tue, 
cuba baca benda nie dulu...
so korang akan tahu macaman rupa pak pandir yang sebenar



hhiihihihih
gotcha, once again
anda terkena lagi

********************************

FULL STOP

missblurry

Tuesday, March 15

lift ajaib

cuba korang test, try buat kat rumah korang yang mana duduk kat apartment, kondominium, flat and so on...

aku nak try kat rumah aku memang tak boleh lah sebabnya rumah aku cuma ada 5 tingkat dan sememangnya tak ada lift...kalau menjadi benda nie, bagi tahu kat aku eh...

boleh pula aku practise, senang sikit tak payah nak tunggu lama-lama, benti setiap tingkat..macam haram...kalau time tue aku nak terkencing or ter cirbir? tak ke naya? setiap tingkat dia benti...lembab pula tue nak tutup pintu....

aish.....marahnya!!!!



***********************
FULL STOP

missblurry

Friday, March 11

twitter

ok admit, aku memang ketinggalan, tapi atleast aku wujudkan juga account tweet nie....aku sendiri tak tahu apa tjuan aku buat....

siap aku hasut geng-geng aku melayan tweet, maybe dah bosan dengan facebook kot...tapi bosan macamane pun aku tetap akan melayan sebabnya aku suka layan game kat facebook...

what eva is, sesiapa nak add, sila-sila lah add...eh silap...follow...and aku akan follow juga....muahahha.....


* tolong ajar aku, apa kejadah retweet, simbol # and bagai-bagai nie, aku dah baca info tapi aku still bengong-bengong lagi

**************************
FULL STOP

missblurry

tersekema



pagi tadi last lab perekat, fuh !! alhamdulillah...tak sanggup dah aku nak buat lab report every week tue...and dapat markah pun not bad...aku cuma kene usahakan lagi kat exam saja....

dan pagi tadi juga ada insiden yang memalukan..macamana lah aku nak hadapi semua nie...petang karang jumpa dia pulak tue...arg!!! bersalahnya aku...macam nak pakai topeng shin chan je setiap kali jumpa dia dekat fakulti....

dammit....arg!!! sengal nya aku rasa hari nie....!!!dan aku speechless....

*************************
FULL STOP






missblurry

Tuesday, March 8

hasil titik peluh ku



syukur alhamdulillah,.....

kenapa? sebabnya perniagaan aku dah balik modal....baru 5 kali berniaga dah dapat modal dan untung separuh modal, kira ok lah memberangsangkan juga perniagaan nie...

cuma yang aku terkilan, kerugian yang aku alami around rm30...aku bukan terkilan sebab rugi...tak....tapi aku terkilan 90% rugi yang aku tanggung nie disebabkan orang makan tak bayar...

itu yang buat aku terkilan, beb..makanan pun nak rembat ker?buat jadi darah daging kot nie, langsung tak bersalah jer kan....ikutkan rugi yang aku tanggung tak sehebat yang kawan aku tanggung...


diorang lagi lah, makanan yang dijual habis tapi duit cuma dapat suku jer, fuh!!! lelaki atau perempuan sama je perangai...entah lah...moga mereka menginsafi perangai beruk diorang nie....

papehal pun, aku halalkan apa yang mereka makan dan tak bayar tue, aku meniaga sebab subject MGM aku, dan aku memang ikhlas berniaga, so sesiapa yang ambil tak bayar tue tak apa lah..rezeki korang dapat makan dan bukan rezeki group aku untuk mendapat balik modal tue...it's ok...antara kau dengan aku settle, tapi antara kau dengan tuhan, sendiri fikir...peace ~~

for those yang terlibat dalam perniagaan, memang aku salute habis, sebab bukan senang nak naikkan perniagaan, manage employee, bisnes, client, hurm..memang susah...nasib aku kurang minat sangat, tapi tak pelik if andai kata suatu hari nanti aku bukak perniagaan sendiri...hihihihi

siapa nak sausage roll? hihiih

* sesiapa yang berniaga, jangan mudah putus asa kalau kerugian, cari peluang sehabis boleh dan jangan cepat lupa diri bila keuntungan melampau-lampau, ingat..ini semua ujian dari-Nya

******************************
FULL STOP

missblurry

Monday, March 7

mimpi yang pelik

minggu lepas adalah minggu pelik bagi aku, sebab apa? sebab aku tidur tengah hari...hurmmm...eheheh ok ok..memang bertambah pelik lah kalau blurry tak tidur tengah hari kan....tapi yang memelikkan lagi adalah aku mimpi yang entah hapa-hapa....

meh duduk rapat-rapat, aku nak bercerita...

***************************************

cerita pertama: pakcik bus sedang mengamput

maaf, tak ada picture untuk aksi mengamput

untuk hari pertama, entah hari apa lah kan...aku tidur dengan lena nya siap angkat tilam letak bawah kipas...lately ni sangat panas cuaca kan?ehehe then dah sedap tidur boleh pulak aku mimpi pasal pakcik bus...

yang nie memang mimpi basah, tapi bukan aku yang basah, pakcik bus tue yang basah...aku tengah tunggu bus dan aku memang lambat nak ke kelas, last-last driver bus nie pergi ngintai kawan dia yang tengah mengamput kat pondok guard dekat dengan faculty ekologi manusia,...

agak tak boleh blah kan, memang clear muka pakcik tue dan in real memang muka dia agak macam gatal lah...arggg..aku dah mula terbayang.....baik punyer diorang membasahkan diri, that girl macam bohsia je aku tengok..ok aku dah mula geli sebab terbayang muka pakcik bus nie...kita stop sini lagi pun sampai situ je cerita nya...aku terbangun sebab room mate aku bukak pintu...

story 2 : pegang tangan putera rome



yang ini memang tak mengagak kan...tempat kejadian masih sama...dan timing pun lebih kurang...dalam pukul 1.30 tengah hari...aku mimpi aku pergi tengok wayang cerita hikayat merong mahawangsa...tapi muzikal...aku rasa bukan wayang tapi teater...

sebabnya, putera rome nie siap pegang tangan aku...apa motif? aku pun tak tahu....yang sangat tak boleh blah lagi...aku siap cakap " OMG, tangan ko sangat lembut "...dan dia sangat ensem...masa nie aku dengan kawan baik aku...

aku terbangun sebab...hurm aku dah tak ingat pulak..tapi benda remeh juga lah....

story 3 : sosej daripada lobak putih



yang ini langsung tak masuk akal...kejadian berlaku tempat yang sama dan masa pun lebih kurang...baru jer terjadi...semalam....ahahah...

korang semua pun tahu yang aku meniaga sausage roll kan? so order sausage dari kawan aku suruh beli stok seminggu punya....then dia datang-datang bilik aku terus lah aku nak masak...

sekali aku tengok sausage tue color putih, memang pelik gila, bila aku tengok kat plastik dia...dia tulis sausage lobak putih...damn!! aku terdiam...apa jadah pula nie..mana pulak dia dapat sausage macam gini? then kawan aku lagi sorang cakap...tak pe try je rebus...

then bila aku rebus, dia bertukar menjadi lut sinar, memang cantik but really weird..aku siap call kawan aku lagi sorang suh beli sausage lain..dan jenama yang aku order tue kebetulan sama pula dengan yang real kawan aku hantar petang tadi.....

mimpi nie habis sebab aku terbangun ada bunyi message masuk phone..nasib baik..kalau tak entah apa lagi nak dingarutkan dalam mimpi tue.....

***********************************

nota mimpi yang pelik:

1. first time aku mimpi yang pelik time yang sama dalam minggu yang sama..

2. aku rasa macam mengarut jer, tapi orang yang aku mimpikan tue semua yang aku kenal....

3. macam kartun pun ada, kalau mimpi best tak apa juga, nie mimpi pasal orang lain....

4. siapa yang nak masuk mimpi aku? sila angkat tangan ...ehehehe

**************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, March 6

subject paling physco



tadi aku saja-saja usha esmp (student portal ) untuk tengok assessment, check punya check tak ada yang menarik, sebab subject yang aku tunggu-tunggu tak lagi update, perg lambat sungguh buat kerja kot yer teliti sangat pun agak-agak ler kan...

then aku usha pula subject lain, aku bukak lah killer subject aku, mula-mula biasa saja, sekali aku tengok betul-betul, rasa nak nangis pun ada...nak tahu kenapa? ni aku tepak gambar, korang tengok sendiri mana yang korang rasa yang boleh buat korang rasa nak memaki...

click untuk menggemokkan 

korang dah fahamkan maksud aku? ahahah assignment dia punya lah susah nak mampus, sampai ada soalan aku skip-skip je sebab memang aku tak dapat jawab langsung, sekali dia upload untuk satu assignment markah penuh adalah 2% saja? fuh yooo.....

macam langsung tak ada effect pun, kalau aku fikir negative, mau saja aku buat cincai-cincai assignment dia, tapi sebabkan nie subject yang pernah wat aku nyer cgpa drop, so aku buat betul-betul..

sebabnya assignment dia lah membantu untuk jawab test dia yang 2x ganda lagi physco dari assignment dia...argg...oh kejap, korang nak tengok contoh soalan dia macamana?? wait aku paste kat sini...

click untuk menggemokkan

secara jujuriah nya aku cakap, kalau tak pay attention dalam kelas dia, confirm tak akan dapat jawab semua soalan dia, dan kalau time dia mengajar SPSS, dan tak salin step, memang korang terdiam,...

so amacam? physco tak? hihihiihi

**********************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, March 5

contest jangan pandang camera

tengah aku view dashboard aku, tengok apa yang terbaru dari mereka yang aku follow, tetiba aku nampak ada 1 contest nie, macam best, ehehhe, lately nie suka pulak aku layan contest, seronok jugak kan....eheheh



so aku tandingkan gambar aku yang ini...


ni aku dan kawan aku, tengah jalan-jalan menikmati sunset dekat bukit ekspo UPM,tapi hampa awan melindungi matahari,actually nie gambar candid, aku tengah baca message ker tengok mp3 list kat handphone kawan aku..tak ada special pun pic nie,biasa je cuma aku suka view dia.....dan mangsa tag aku adalah




******************************
FULL STOP

missblurry

Friday, March 4

imaginasi seorang remaja



korang semua mesti dah biasa dengan lukisan kanak-kanak tadika....errr skemanya lar bahasa aku....wait, aku harus tukar identiti sat, maklum lah tengah baru balik kelas, so angel kat atas kepala berlegar lagi, tapi entry yang aku nak buat nie berbaur kelucahan, seriously..siapa yang rasa diri tue suci, jangan baca...ahahah 

masa korang zaman budak tadika dulu kan, mesti main lukis-lukiskan, sumpah!! aku sampai sekarang aku tak tahu apa yang aku dapat masuk tadika, tujuan mak aku hantar, nak suh aku pandai membaca + mengira + kenal huruf dan nombor, tapi masuk darjah 1, tak juga aku reti membaca...

maksud aku kat sini, masa sekolah tadika, keje aku cuma main, makan, main, makan dan balik.....silap-silap aku wat tadika sendiri sebab mak aku cerita lagi 5 minute nak habis tadika aku datang..err ok aku dah tau punca kenapa aku tak reti membaca...muahahah

untuk bebudak aku paham lah sangat apa dorang nye fikiran, lagi-lagi yang baru pandai cakap, lain sebut lain maksudnya...tapi kalau untuk budak..err budak kot yang berumur 23 tahun???korang rasa imaginasi diorang dah sharp atau terlebih sharp...

sekarang nie aku nak buktikan kat korang, ada makhluk bumi nie, dia wat keje sewel di kala aku dalam kelas...interprestasi dia terhadap seni lukisan sangat lah, hurm....korang tengok sendiri lah eh....


************************
mangsa 1: adah magika


muka budak nie punya la paragas, ada ke patut dia lukis kartun jadi macam gitu...tadika mana lah dia pergi kan....ish sadis..

mangsa 2 : blurry yang kachak


korang tengok lah, muka aku sikit punya ensem persis david beckham ( wajah sebenar adalah tom cruise + brad pitt ) dia boleh kasi kartunkan aku muka bunga ros....ayu gila..dengan rambut ikat dua...aish... 

tak pe, aku interprestasikan seni lukisan aku pulak untuk dia yang jahanamkan muka aku yang macho nie jadi ayu ubi keledek...wait yeah...


ahahah, kenapa macam gini, ok cerita sebalik gambar ni, hari semalam aku masak-masak sebab nak meniaga sausage rolll aku tue, then dah sejam setengah ktorg masak, dia boleh bantai masuk bilik aku ....dan berkata-kata..

nek limah : kenapa tak kejut aku ?? ( sambil garu kepala, muka tak boleh belah, rambut compang camping)

blurry : .... (speechless kejap) ala tak pe, tak banyak pon...( muka blur lagi )

nek limah : ...( senyap kejap amik mood dan terus duduk letak sausage roll dalam plastic )

blurry : kau kenapa nie? tetiba masuk tak bagi salam, muka selebet?pehal kau...

nek limah : aku bangun nak kencing, keluar bilik ada bau, terus aku datang sini...

blurry : errr ok....


korang leh bayangkan tak? muka baru bangun tidur, tetiba masuk senyap-senyap lepas tue bersuara...tak ke macam orang gila...nak kata mengigau tak juga....aish..pelik betul budak nie....muka gila slumber pulak tue....aiyooo...

amaran keras !!!...sila jangan tidur petang, nanti mengigau macam budak nie....

*****************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, March 3

ampang look out

siapa pernah pergi look out kat ampang nie?alrite, aku first time jejak kaki kat atas tue, seriously, dah lama aku cari jalan nak naik atas tue, punya lah semangat sampai usha kat google map, tapi entah pape jer dia bagi direction..

kebetulan kawan aku ada bawak kereta, and diorang ajak midnite kat kl, muahahah silap besar lah ajak aku yang jenis kaki jalan nie kan, confirm aku follow, fikir punya fikir, aku ajak naik atas tue..

dengan selumber badak, ktorg redah je, memula nak ikut jalan dari hulu langat, last-last terlepas simpang, terus je lah ikut jalan ampang, ikut directin yang kawan aku bagi...

tak lah susah sangat nak cari jalan rupanya, cuma ye lar..kalau kita tak biasa dengan kawasan tue memang susah nak bayangkan...once dah naik atas, aku ngintai dari sisi jalan...memang superb...ati aku excited yang amat jerp...

ktorg decide lepak terus kat atas, kat restaurant panorama, seriously macam cucu genting dah, sejuk lah juga masa tue, maklum lah dah pukul 12 malam ktorg sampai..cuaca pun penuh dengan salji...eh kabus, so tak berapa nak nampak klcc and kl tower..nampak sayup-sayup je lampu dia berkelip...

duduk kat atas tue, memang tak terkata, sangat cantik...tenang je otak even banyak masalah, cuma yang tak best kat bawah sikit dari kawasan atas nie, port orang beromen, so kalau niat kita nak lepak-lepak terganggu lah...

mana tak nye, buatnya jais datang, kita-kita sekali kene ceramah, padahal niat kita naik atas tue nak tenang kan fikiran..langsung tak buat kacau, orang lain nye pasal, kita sekali yang kene..damn, get a room lar bro..!!

next time aku nak pergi lagi....muahahha !!! OH YEAH, korang ada tak port yang macam gini, yang leh wat otak tenang kat area kl or selangor, asal aku overnite..aku tak tahu nak pergi mana, nak ke PD jauh pula...

any suggestion? 

**********************



* maaf la yer, camera digital biasa jer, kalau dslr baru mantap pix...eheheh

****************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, March 1

terima kasih plastik!!!

 

semalam berakhirnya riwayat beg laptop yang aku rasa agak sayang juga lah kat beliau nie...sebab beg tue sangat murah +  simple + besar...

memang bagi aku agak besar sebab memacam benda aku boleh taruk, beg tue lah aku rembat masuk hutan,balik kampung dan kehulur kehilir kemana saja aku pergi...usia dia adalah dekat setahun..erm kejap sangat kan....

punca kematian beliau adalah tali dia dah putus, dalam bus pula tue, nasib baik lah sebab masa tue tengah angkut laptop, fuh!!..sebenarnya dah lama dah dia nazak, adalah dalam seminggu juga,

nasib juga lah aku dah survey dan kering hati beli beg baru, kalau tak.mau terseksa aku nak ke kelas kan....tapi buat masa nie super hero aku adalah..hurmm...

beg plactic jenama bintang...ahahah naseb cantik sikit kaler hitam walaupun tak nampak exclusive tapi boleh lagi diterima akal...daripada aku hurung plastic beg giant? lagi haru kan.....

aku bukan tak nak pinjam kat orang beg buat sementara waktu, tapi malas nak keluarkan barang and transfer, aku jenis kalau nampak banyak kosong memang sume menda nak sumbat...lagi pun beg yang aku order lagi 2 3 hari sampai...so bawak je lah plastic beg...bukan pergi mana pun...kelas je...

owh my hero plastic beg, bertahan lah dikau yer sayangku...hihiihi

my hero


* roomate aku cik rama rami baru balik kelas dan terus maki aku, katanya jangan bawak plastic beg lagi, sian tengok kat faculty..hihihi

* aku memang ada 1 je beg, beg lain semua kat rumah, macam cakap tadi, bukan tak nak pinjam kat orang tapi malas, memandangkan aku bukan jenis bawak buku...weeee

* papepun terima kasih cik rama rami, sebab paksa saya pinjam beg awak..hihihi

*******************************
FULL STOP

missblurry