Tuesday, January 1

slumber trip south thailand #2 : phuket to krabi

Sunset aonang beach

aku sambung lagi cerita trip slumber mamber ktorg, kali ni dari phuket ke krabi.

bermula pada pagi khamis di phuket yang aman damai, masing-masing bangun lewat dan tidur yang sangat lena,al maklum lah setelah 12 jam dalam bus dan terus saja sightseeing patong beach langsung tiada rehat hingga tengah malam, memang pengsan memasing.cuma aku tak pasti, ktorg berdengkur atau tidak, ahahah nasib lah quest lagi dua orang tu kot kalau terganggu dengan dengkuran itu, maafkan kami :D 

yang penting!pagi tu someone dah jahanamkan kepala shower,mungkin jatuh dan pecah, nak mandi pun susah,nasib baik ktorg checkout tanpa disyaki apa-apa,ahahahah,then,kami terus jalan kaki keluar untu cari tuk tuk, hal ini tak perlu risau,berlambak-lambak tepi jalan,setelah sampai di phuket bus terminal.kami tunggu adalah dekat sejam sebelum bertolak,kisah dalam van sangat menarik for me.


ni contoh kesempitan van tersebut
(ni masa aku practical nak balik bangkok)

aku sound awal-awal,perkhidmatan phuket-krabi-phuket hanya ada mini van sahaja,bus tak ada, so kalau pergi secara grouping macam ktorg mohon beli extra 1 kerusi just untuk letak beg korang yang besar gabak tu,kalau tak,memang sengsara nak duduk dalam van yang gila sempit.muat2 untuk duduk dan tak boleh nak senget2 bontot pun kalau nak terkentut,boleh bayangkan?


Aonang beach

dalam van kami berlima,dua couple entah dari mana,sorang jejaka handsome,dan 3 orang rakyat thai,kerusi belakang duduk 10 orang,dan 2 didepan,yang kesian dan sadis, foreigner omputih ni bawak beg tarik bapak besar,dan letak di bawah kerusi duduk paling belakang,kawan aku sorang kene duduk belakang bersama sorang mat salleh handsome tadi,dan 1 couple yang lelaki nya size agak besar,mat salleh handsome tu tinggi orang nya, dia duduk,kaki dah sama tinggi dengan kepala dia,punya kesian, penyeksaan itu berakhir setelah sejam kemudian apabila 2 orang thai didepan sampai destinasi dia,masa turunkan diorang,semua yang kat belakang dah bising-bising kata kat driver orang yang duduk belakang nak tukar ke depan,dan bila si handsome tu yang kedepan,terus semua keluar kan bunyi " fuh lega, wuarggg lapangnya" something like that,and secara tak sengaja semua gelak sebabnya masing2 memahami,hahahhaha,oh lupa,beg kotrg sumbat kat mana2 ruang yang boleh diletak,senang cerita van tu dah macam ikan sardin dalam tin.sempit,padat,sendat dan mampat, pakej!

perjalanan ambil masa selama 2 jam lebih-lebih, seingatkan 2 jam 30 minit lebih kurang.sampai di krabi bus station,apa yang ada dalam otak aku tak sama dengan apa yang ada depan mata aku, bus station dia daun kering pun tak sudi nak bersantai2 atas jalan tu, sunyi dan sepi, sungguh sunyi.kami disambut dengan suara2 cengkerik di tengah hari yang panas.turun dari van,terus ada pakcik ni (hati-hati dengan pemandu tuk tuk,diorang suka terus ambil beg kita untuk naik tuk tuk mereka,bahaya!) macam biasa lah tanya nak kemana semua kan,so kami nak ke aonang beach (beach standard orang akan pergi)oh sebelum itu,kami ada booking tapi belum bayar hotel mana ntah,rupanya hotel tu tengah bandar dan sangat jauh dari pantai,so dia suggest ambil chalet berdekatan dengan pantai.aku rasa itu chalet dia,tapi tak kisah lah,bincang punya bincang kami setuju.

Cashew Nut Bungalow

cashew nut chalet namanya, not bad, agak mahal bagi aku,bilik dia selesa cumanya dia guna kipas,so agak mahal untuk harga dia,tetapi suasana sangat aman dan sejuk walaupun berdekatan dengan pantai, sebab belakang chalet ni ada ladang kelapa sawit dan dikelilingi pokok-pokok.rasa sangat tenang,sangat!

sampai sahaja,tukar baju dan terus jalan sebab masing-masing kelaparan,chalet ni tak ada cafe,maka terpaksa keluar ke area pantai,pantai ni bukan aonang tapi sebelah dengan aonang yang bernama nopphara thara beach,sunyi sebab private beach kedai makan pun boleh tahan lah juga, still ada tapi jangan risau sebab aonang cuma 5 minit sahaja kalau naik tuk tuk.cari kedai makan halal ada 2 3 kedai area sini, harga makanan standard dari 70 baht.selepas makan ktorg jalan2 lagi tapi disebabkan agak pelik bila dikatakan "aonang" pantai pelancong tapi tak ada pelancong maka ktorg decide ambil tuk tuk untuk ke aonang, macam biasa tuktuk yang kecik boleh dimuat seramai 5 orang gendang gendut,pergg aku rasa macam nak roboh je motor orang tu,..hek hek hek


pantai sunyi tak ada orang

rupanya kami tersalah pantai seperti yang aku katakan kat atas,bila dah sampai the real aonang baru lah rasa seperti sebahagian pelancong-pelancong sini,nak kata meriah tak la sangat,biasa je sebab nya kawasan dia kecik,sebabkan dah petang so ktorg tunggu untuk lihat sunset,subhanallah,memang cantik sunset di aonang beach,langit warna jingga untuk seketika waktu,time macam ni lah pelbagai aksi omputih sekalian buat aksi,konon romantik la kot kan?aku yang di atas hanya mampu scan sebanyak mungkin, ahahahha, free bro!
sebahagian night market

kedai barang untuk souvenir tak berapa banyak, so kena terima seadanya,then ktorg pergi ke night market di bandar krabi, 30 minit perjalanan, memang jauh dan sangat tak berbaloi dengan harga dan masa yang di luangkan, seriously,pasar malam kat kampung-kampung lagi besar kot!sangat mengecewa kan,so for me tak payah pergi pun tak apa, better bercanda tepi pantai nikmati angin bayu laut,lagi puas!

habis berjalan kami lepak tepi pantai, banyak nyamuk dan agas, mohon bawak ubat nyamuk, hehehe, then terus ke chalet untuk berehat, bagi aku pengalaman di krabi memang best, tenang dan menenangkan,sangat sesuai untuk melepaskan segala tekanan dan merehatkan otak dan minda,recommended !


nota kaki dan tangan

budget percutian phuket - krabi: 

ticket mini van - 140B
lunch (mkn di resturant) : 100B 
dinner (7 eleven) : 61B
tuk-tuk ke aonang beach: 20B
souvenir di night market : 350B
teksi krabi bus terminal - chalet - bus terminal : 200B
tuk-tuk dari aonang beach - night market - chalet :160 B (800B/5 0rg)
breakfast keesokkan hari: 57B
chalet : 220B (sebilik 550B,kami ambil 2 bilik/5 org)

TOTAL :1308 baht/ RM 130.80 untuk satu hari satu malam


*untuk di krabi,mohon cari chalet dan booking, nak aci redah boleh tapi hotelnya tak banyak,so antara langsung tak ada bilik atau kena charge mahal.terpulang semuanya di tangan anda, di aonang beach, makanan halal senang didapati juga,so tak perlu risau.

***********************
FULL STOP
missblurry