Monday, July 30

selebet tapi nikmat!

selain dapat minum dan makan selepas berbuka,perkara penting yang sangat nikmat adalah....

korek hidung

dengan penuh kekusyukkan, feeling, gaya bebas, pasti mengasyikan.
selain daripada itu, keseluruhan jari diperlukan untik aksi ini.
atlet yang tengah berjuang di sukan olympic pun boleh kalah.





setuju?

*selebet, tapi nikmat!

**********************
missblurry

hello mista Orange

Mr. Orange

hari pertama jadi penganggur,seriously aku bosan, baru pukul 11.25 am aku mula tak tahu nak buat apa dah, bangun-bangun pagi terus on lappy, sebab aku menanti email yang penting walaupun tahu mesti tak ada lagi..arg, wahai email,wujudlah dikau, aku menanti kedatangan kau!

sebab tak ada menda nak buat,so aku decide nak belajar serba sedikit dunia motor,bukan nak merempit atau nak join motoGP, cuma ye lah, aku nak tahu benda-benda penting berkaitan motor, aku ada motor tapi tak tahu segala function motor tu,sekadar bawak je.

almaklumla, dalam rumah aku cuma ayah aku je seorang lelaki,dan dia pun tak ada lesen motor,selama aku hidup "21" tahun ni, baru setahun motor wujud dalam family aku. so aku mula lah cari kawan yang hebat pasal motor,bila aku minta pertolongan boleh pula bagi jawapan menggelabah, kalau tak nak tolong cakap je la kan, then full stop...pppffttt

motor aku,so aku nak lah tahu hati budi motor aku tu,atleast terjadi pape di tengah jalan, tak lah aku tercongok macam tunggul je,bagi aku agak penting dan wajib sekiranya ada kenderaan sendiri dan kita harus tahu keadaan dan macamana nak tengok if something happend kan?

so wanita di sana,aku menyeru untuk berkenalan lah dengan kenderaan anda,supaya anda tahu dan tak perlu untuk bergantung sepenuhnya kat orang lain bila terjadi apa-apa di tengah jalan,yang penting bila bawak pergi bengkel anda tak diklepet sesukati hati oleh mekanik di bengkel tu!



*tapi aku yakin,gerenti tak ramai yang nak tahu hal ini,tak minat alasan paling besar,walhal kau juga yang guna kan?he he he =.='

**************************************
missblurry

Saturday, July 28

warna kehidupan



walau dalam gelap,
 kita masih punya cahaya yang boleh menerangi jalan.
cuma bergantung pada kita, untuk memilih simpang mana.
walau bagaimana sekali pun,seharusnya kita terus melangkah,
dan jangan sesekali untuk menyesali atau berpaling tadah,
dengan apa jua yang berlaku, 
teruskan langkah sehingga ketemu kembali,
jalan utama dalam hidup kita,
sesekali jangan lupa pada yang esa.
sinarilah perjalanan anda,
dengan pelbagai warna cahaya, 
kerna itu bisa mengajar kamu erti hidup.


missblurry

Wednesday, July 25

final year of college life #23 - practical oh practical

minggu ini sudah masuk minggu kedua aku bekerja, macam2 chemical aku hidu, dulu lecturer aku selalu cakap, buat kerja berkaitan dengan coating boleh mandul and banyak reaction yang bahaya. well aku tak rasa macam tu sebabnya kerja coating dalam kawasan yang terbuka, memang betul coating itu sendiri sudah ada chemical yang bahaya, but dalam kedaan kerja yang sesuai mungkin boleh hindari kan.

berbanding kerja dalam lab, yang dalam bangunan tak ada sistem perudaraan yang sempurna mampu lebih teruk kesan reaction chemical itu sendiri. oh sudah lah , membebel pasal ni pun tak guna, relax lah namapun researcher kan? ppffttt

alhamdulillah, ada lagi berita baik menyusul di bulan mulia ini, permohonan berkaitan dengan practical aku sudah ada sinarnya, hanya tinggal surat sahaja lagi, kemudian baru boleh proceed, dan kerja nya sangat sikit tapi agak leceh juga. tapi tak apa, itu boleh settle dalam masa 2-3 hari sahaja, hope so.

dulu aku ada janji nak cerita pasal practical aku kan?tunggu dah confirm baru aku boleh bukak cerita, tujuan nya nak kongsi, dan bagi mereka diluar sana bukak mata, dan lapangkan hati,dengan pengalaman aku hadap ni,

tak la pengalaman mana, but mana lah tahu for those yang punyai niat yang sama, boleh jadikan panduan kan,hihihi pasal apa?tunggu... now dengan ada sinarnya hal practical, aku mula rasa malas nak ke johor yang aku tengah kerja sekarang ni, bukan sebab excited dengan practical aku, tapi nya dengan banyak pula masalah timbul yang sepatutnya bukan jadi masalah aku.

aku dengan kawan aku dah decide memang akan berhenti bulan ini, means cukup sebulan aku kerja, then tumpu preparation untuk practical aku pula...hurm aku rasa dah kena mula list kan benda yang patut aku buat supaya tak kelam kabut...wish me luck..;D

*hari ini aku buat kerja gila, memang semua orang boleh sewel and reaction tu memang poison. acid acetid 10% + sodium chloride = mati, err chill je, benda dah nak terjadi, huhuh next time campur dengan air suling dulu ok blurry!

******************************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, July 21

nikmat tidur dalam train

kalau dulu, bila naik bus atau naik train, bila nampak orang tertidur di dalam train, jauh dalam otak aku akan berfikir dan tertanye-tanya, " hurmm, penat sangat ke dia ni?sampai tertidur, sedar ke dia temat dia nak berhenti?kalau terlepas station kan penat nak patah balik?", sudahnya aku pula yang fikir masalah dia bila dia tidur dalam train/bus, ahahahhaha

bukan apa, pernah masa aku ambil kelas canting batik,budak junior aku tertidur dalam bus dari kolej,sampai lah pakcik bus patah balik ke kolej,dia terbangun,last2 pakcik bus tegur " dah bangun dik?sudah puas tidur?" bongek tak soalan ni?sambil-sambil senyum pula itu, kesian junior aku tu,terpaksa patah balik untuk ke kelas koko tu. hadoi lah..

but now, mula terkena dekat aku, baru aku faham kenapa, dengan keadaan otak yang penat,badan letih dah lagi travel yang jauh,duduk dalam aircond tanpa diganggu, confirm mata berat beribu tan je rasanya, confirm terlelap, dah tak fikir orang sebelah, mujur tak berdengkur jer.opss setakat ini boleh bertahan lagi mata ni..;D

mana lah aku tak penat dan meroyan, kalau terpaksa berjaga 12 jam,dan perjalanan yang jauh, fuh, aku salute sesiapa yang buat macam ni, serious isnin selasa, cergas, masuk rabu, lembik yang amat sangat, well ni aku tunjuk route aku lalui sepanjang 2 minggu  bekerja di fakulti.

12.45 am: tidur, krooohhhhzzz zzz 
6.15 am : bangun tidur,mandi, solat subuh
6.45 am : keluar rumah tunggu bus
6.50 am : bus rapid kl sampai,kadang-kadang lambat...
7.20 am : sampai di stesen LRT taman bahagia
7.40 am: sampai LRT stesen bangsar
7.45 am: kawan datang jemput di bus stop
8.35 am: sampai di fakulti dan terus buat kerja lab
12.30pm : pergi rehat makan
1.00 pm: sambung buat lab lagi
5.00 pm: cabut lari balik rumah
6.00 pm: sampai kl central
6.25 pm: sampai LRT taman bahagia
6.35 pm: naik bus
6.50 pm: sampai rumah

perggggg, kemain lagi detail hah jadual aku, baru perasan, macam ni perjalanan hidup aku seminggu ni?ermmmm no wonder aku rasa letih sangat, mungkin kene minum horlick kot, baru bertenaga ye tak? ke minum ribena?ahahahah

well selamat menyambut bulan ramadhan, semoga ramadhan ini diberkati, amin.

************************************
FULL STOP

missblurry

Friday, July 20

jumaat yang indah


masa bergelar siswazah, eceh blurry kemain bahasa yer, ahahhaha dulu zaman belajar, aku rasa hari jumaat adalah hari yang membosankan,sebabnya hari jumaat kalau ada kelas petang aku terpaksa berebut bus untuk ke kelas, dan hari jumaat adalah masa berehat di bilik, dont know why and what the best reason i can give about this statement.

itu untuk aku lah, selalunya orang memang suka bila berjumpa hari jumaat ni sebabnya boleh balik rumah, boleh berjimba, boleh itu dan boleh ini,mostly student mesti otak fikir nak balik rumah, rindu katil busuk kaedahnya kan.

manusia jenis macam aku yang jarang balik rumah disebabkan perasaan malas dan sebagai nya, memang akan kata bosan bila weekend menjelma,sumpah bosan! sebab ianya membosankan, err...sampaikan aku terfikir, why lah orang yang bekerjaya ni akan update status macam ini

" yahoooo, esok cuti, leh tido sampai lebam" - mak jemah

" jyeah, esok boleh dating, layan movie sepam dua " - pak dollah janggut

" weekend ni nak picnic lah,penat kerja harus layan jiwa pula " - dol kepong

" akhirnya,jumaat kembali lagi, nak balik buat spa! " - enot si donut

lebih kurang macam ni lah status yang selalu aku baca, aku hairan,kenapa dan ada apa lah dengan weekend, its just a long day to face with stupidos drama at tv, nothing special unless lepak kat rumah dengan macam-macam show boleh tengok kan. ni setakat tengok melodi, nona then ali setan yang entah berjuta kali dok tayang. so bosan!

but now, aku terpaksa tarik balik pemikiran tahap anak lembu ni, walaupun baru seminggu aku kerja, tapi bila berjumpa hari jumaat sememangnya sangat heaven!, di sini aku mengatakan aku pernah je kerja non stop dan cuti sehari seminggu sahaja, tapi bila berjumpa cuti,aku tak ada perasaan.

sekarang perasaan itu membuak-buak,dan sangat buak, mungkin sebab kerja yang aku buat ni memerlukan otak dan tenaga untuk dikerah buatkan aku rasa cuti itu heaven, atau pun mungkin sebab aku berjaga 12 jam dan travel yang agak sikit jauh,maka memerlukan tidur yang panjang.mungkin!



dan yang pasti kemungkinan itu semua akan aku hargai untuk sekian kali ni, mari merehatkan diri, yeahhhh!!

*tapi malang masa entry ni tengah di karang,aku masih lagi di lab dan menunggu experiment lignin untuk disiapkan,cepat lah masak oi!

****************************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, July 19

science bukan jiwa aku!

hari ini aku cuma nak menceritakan,kekaguman aku terhadap mereka di golongan bidang sains ini.well, sejujurnya aku memang susah nak adapt dunia sains, otak aku masih lagi di tahap kanan-kanak yang penuh dengan tanda soal. bagi pendapat aku lah,sains memerlukan imaginasi yang tinggi untuk meng'relate'kan dengan apa yang diorang kaji.ye lah, mana tidak nya, mengkaji sehingga titisan terakhir, nano micro entah apa lagi jenis yg sekecil alam pun nak di kaji.

bagi aku yang otak hanya di berfikiran secara logikal sememangnya tak akan dapat terima kenyataan kenapa perlu mengkaji sampai tahap macam itu sekali. perlu ker, orang nak tahu se"complicated" itu?mungkin iya untuk kalangan industri supaya dapat memantapkan lagi produk yang dikeluarkan.ermmm...(still tak boleh terima akal aku,ahahha)


well, hampir seminggu aku mula bekerja dengan lecturer aku, memang kerja lab yang menunggu almost 4-5 hours untuk settlekan 1 experiment sahaja,yup!kerja lab memang memenatkan kerana penat tunggu!dan aku masih ditahap tadika untuk menyesuaikan diri dalam bidang research ni,aku manusia yang impikan dan angankan kerja site,keluar sana sini dan bukan terikat dengan suatu benda,tapi dengan bidang aku sekarang ini, memang itulah kerja aku, =.='.

aku rasa aku macam terlambat je nak setting otak aku ke dunia research,tapi aku cuba sedaya upaya sebabnya, memang ini ditakdirkan dunia aku, tinggal diri aku je nak usaha untuk dapatkan tune tue, aduhai, tak terbayang aku apa akan jadi untuk masa akan datang, mampukah diri ini?

kerja aku tak banyak tapi aku tak boleh berfikir secara waras, kenapa dia kaji benda ini, yang ini untuk apa, kenapa dan mengapa, ada relate ke? so dah dapat result, nak buat apa dengan result ni, kenapa kena guna bahan kimia nie, kalau tak menjadi, macamana nak adjust, semua itu menjadi tanda tanya untuk diri aku,sedangkan aku tengok orang lain, ada je idea macamana nak handle.



yup, memang ada guide,ada buku, tapi hapa pun aku tak faham, sedangkan mereka yang lain mampu berfikir. dunia sains bunyi macam best, memang best untuk mereka yang betul-betul minat sains, orang yang macam aku,boleh belajar tapi untuk berminat memang tidak, memang kelaut lah jawabnya, ppffttt, maafkan aku wahai missblurry, aku akan paksa diri kau untuk menyesuaikan diri dengan bidang ini!harap maaf,tiada lagi kompromi!

dan aku sangat kagum mereka yang boleh berfikir secara waras di dunia sains yang penuh dengan istilah pelik2,machine yang pelik, segala campuran kimia yang aku sendiri susah nak menyebut dan hafal term2 nya, but sorry to say, korang memang wierd untuk aku,ahhahaaahh, daya pemikiran kamu kurang normal untuk orang jenis macam aku...opsssss ;D

*semoga aku dapat menyesuaikan diri,dan belajar mengenai dunia sains,oh,kesiannya diri ini,minat terhadap benda lain terpaksa dipendamkan!terseksa batin dan zahir ku!setengah orang bila belajar tak jadi masalah,tapi untuk meminati belum tentu lagi berjaya, it can make ur heart explode!

*********************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, July 17

final year of college life #22 - akhirnya!




perjalanan ini tak semudah yang kita jangka, tak sesusah yang dikatakan,yang penting kita hargai setiap masa dan mencuba sebaik yang mungkin untuk diri ini ;D

*****************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, July 11

lecturer perangai pelik

hai all,
hari ini hari selasa, yes aku bangun terlalu awal gara-gara tidur terlampau nyenyak, susah juga kan jadi manusia ni, terlalu nyenyak pun tak boleh terlalu tak tidur pun tak boleh,hurm aku cakap macam ini,macam lah aku boleh berubah wajah,redha je la.

well,bukan itu yang aku nak cerita hari ini, tapi nya aku dapat 2 berita sahih, okeyh sahih bukan palsu lagi, 1 berita kecewa yang tahap memang wajib memaki orang, lagi 1 berita gembira, ;D

mana satu nak dengar dulu?ok aku bagi berita gembira dulu yang aku rasa dah boleh jangka,yes, tepat tekaan, alhamdulillah,akhirnya thesis aku dah di sign oleh datin a.k.a dekan fakulti aku, tapi nya aku datang ambil minggu depan sebab aku buat part time kerja dengan lecturer aku, so alang-alang ke fakulti terus ambil dan dijilid, harus aku snap pic theses berkenaan, ;D

ok berita kecewa pula, oleh kerana aku bangun pukul 4 pagi,dan main game di handphone sampai pukul 6 pagi, maka sebab tak tahan sangat dan azan subuh pun sudah bergema maka dengan yakin nya aku keluar bilik on lappy, mandi dan solat.

mampu tak korang?
kalau dia ni teman korang main lappy?

kenapa perlu tunggu azan?sebab masa aku bangun,otak aku asyik terfikir aku akan terjumpa cik pocong, dan cik pocong tu tenung aku yang dok kusyuk main lappy,nampak tak?kemain imaginasi aku yang tinggi tu,bukan apa kawasan perumahan aku dah ramai yang kena,ahahah so alang-alang aku dah tetiba takut maka batal niat dan tunggu azan, the best choice aku boleh buat that time..

oh man,dah melalut,ok straight to the point, berita lagi 1, subject international timber trade yang macam bodoh tue punya markah macam haram, aku nak tunjuk bukti tapi esmp dah reset markah,sistem esmp campus aku sekarang ni admin yang handle,once dah update markah maka dah tak boleh edit atau tarik balik,keputusan muktamad, kenapa aku marah?

bayangkan eh, markah dia update /60, pecahan pula 20-40, yang /20 aku dapat 4/20, yang ini sah2 markah assignment, ape ke bangang nya, setiap minggu aku buat assignment dia yang susah nak mati tu, dia bagi 4 je?bodoh tak? then yang 40 pula markah exam, yang ini aku agak puas hati usaha sendiri kan, so total aku dapat 32/60, separuh je beb markah carry mark aku?sangat tak logik,lagi2 assignment tu?aku ponteng kelas dia sekali je sebab pergi buat passport.


nak dijadikan cerita,semalam ktorang check result thru iphone, ismp. memang upm special sikit dan menggalakkan student pakai apple gadget, cibaok gila! so dengan tepat tekaan aku,dia memang tak update markah,bila kami message dia, boleh pula dia sentap,then maki ktorg, pergg, cuma tanya pun salah ker?dialog dia lebih kurang macam ni

kami : encik, result exam memang tak masuk lagi eh?
encik: belum masuk.
kami: oh,kami tengok result thru iphone,semua markah dah update,kami takut  nanti bermasalah dengan admin.
encik: tiada masalah....

3 minit kemudian..teet teet (message masuk)

encik: ketua jabatan sudah tahu,pihak admin pun dah tahu,mereka tengah bincang untuk menyelesaikan masalah ini, they know better than you, so dont spaculate.

ktorg baca message tue terus tergamam?what the hell is that? tanya je pun,perlu ke cakap macam ni,kau sendiri kata tiada masalah kan,full stop lah,maksudnya kau akan uruskan, memang masa ni masing2 memaki habis.lagi hangin bila pagi tadi tengok markah dah update,aku tengok pukul 6 pagi,sah2 dia update lepas ktorg tanye, btol x?memang aku tahu,tak baik maki pengajar yang beri ilmu pada kita nanti tak berkat, tapi perangai dia ni memang wajib kene maki masalahnya,tahap nak memaki dia macam korang tengok iklan KLMU kat wayang tak pun iklan kosmopoint kk, tak pernah tengok?tak ingat meh aku ingatkan,tengok ni...

entry aku kali ini memang panjang,berbuih nak baca,hahahah maklum lah luahan seorang pelajar akhir jadi mangsa pengajar yang perangai pelik dan tidak boleh untuk ditegur, masalah sekarang ada antara kami yang dapat sikit markah,akan datang kami pergi practical,hope tak sangkut apa2, yuran 1 semester almost RM800, takkan hanya untuk 1 subject kan?nampak x masalahnya?adoiiii....

amacam?rasa macam nak memaki x?

apa pun semoga kehidupan encik ni aman,aman dengan perangai jerk dia tue, pelik sungguh, ego tak boleh untuk terima pendapat orang lain,atau terima pandangan atau soalan dari student, kalau aku tahu aku tak pergi kelas dia,macam kawan aku lagi sorang buat,argggggg....tension, jom makan chocolate!hilangkan tekanan.

*Untuk korang disana,setiap semester cari lah lecturer yang berhati perut,semua ini akan effect markah,kalau perangai pelik tapi dia proffesional tak jadi masalah,ok?pengajaran untuk aku,dan yang membaca.btw dia ni baru di transfer dari fakulti ekonomi,maka kami baru kenal mamat ni!

*****************************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, July 8

malam masih muda


holla beb!



well tak ada apa yang aku nak kongsikan, theses still tak boleh dijilid lagi,harap esok berakhir lah penantian itu, amin...


disebabkan tak ada benda nak kongsi, aku just nak kongsi makanan yang aku makan baru je tadi, memang tak sesuai langsung menu aku tadi, pendulik, asalkan boboyot aku ni tak meragam ahahahahahah

yang paling penting,my mom beli nugget rupa ABC, so nice and interesting untuk makan, bukan jakun tapi sudah lama aku tak makan nugget ABC ni, zaman kecik-kecik selalu lah,or maybe aku beli nugget jenama lain kot, eheheh..well malas cerita banyak...

ini dia menu makanan "dinner" aku untuk hari ini, kalau anda pun rasa macam malas masak mungkin boleh dipraktik kan..;D


************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, July 3

dunia zombie kembali lagi



well, aku just wanna saying that aku sudah kembali perangai lama, apa dia? dunia zombie aku kembali lagi...arggg pagi tadi aku tidur lepas subuh, azan je aku relax dulu jap, then baru solat kemudian hilang di awanan...

satu lebih tadi baru bangun, bunyi memang tak senonoh aku bangun tengah hari, but kalau kira jam, normal lah kot kan aku bangun that time dengan masa yang aku baru nak tidur,is it? ker aku yang salah?ahahha tak kisah lah.


but now aku yang baru nak menikmati cuti aku rasa dah perit hidup aku, boring nya tak terkata, kenapa tak cari kerja?aku sudah jadi malas memandangkan tak lama lagi nak puasa dan raya, actually my mom macam kureng restu kalau tak balik raya sebab kerja, bukan apa, setakat kerja part time biasa2 then tak balik raya, unless lah kalau kerja betul, mean kerja tetap aku kan, itu belakang kira.

so kalau dah my mom tak restu, maka duduk rumah jadi pak guard not bibik, wahahah coz aku pun tidur siang malam berjaga, maka pak guard lah jawatan paling layak untuk aku.



sekarang ini aku menunggu masa untuk theses aku dijilid, then tunggu result semester 6 aku keluar, maybe lagi seminggu dua, tak sabar nak tengok markah untuk subject international trade yang macam bangang tue...miahahahha.

wat setakat ini, itu sahaja kerja aku, see how boring my day?suck! hate it....argggg...what ever is, for those yang boleh jadi sebahagian dari dunia zombie aku, meh roger, boleh menyembang, so tak lah boring sangat..see yeah

**********************************
FULL STOP

missblurry

chef blurry #5- red velvet cake

hello all, hari ini chef nak kongsi resepi red velvet untuk korang, yer untuk kamu yang sedang baca ini. well sebenarnya,chef nak type entry ini tadi, tapi sebabkan kebengongan chef tahap gaban, chef entah tekan apa tetiba hilang dan tak save, oh sakit nya hati.

sebabkan sakit hati, chef straight to the point untuk bagi resepi yang chef rasa sangat puas hati, ini cubaan kali ke 3, campuran antara resepi A dan resepi B, maka wujud lah resepi C, sekian..heheheh



Resepi kek red velvet:


nampak tak?berapa tebal nyer topping chef..
makin berlemak la perut chef ni


Bahan acuan Kek

Bahan A: 

240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
2 sudu teh serbuk merah (chef gunakan serbuk,kalau guna pewarna,warna merah tak berapa cantik,sangat tak glem ok)

Bahan B:

250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:

2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:

150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Bahan Cream Cheese Frosting:

2 ketul kecil cream cheese,chef guna brand tatura (dilembutkan)
1/2 cup butter (dilembutkan)
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gula icing, diayak



Cara-cara:



1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A (setelah dikacau). pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 180C menggunakan api atas bawah dalam 40 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.(chef galakkan guna kertas sebelum masukkan acuan ke dalam bekas untuk bakar kerana memudahkan mengeluarkan kek selepas dibakar, ini sebab kek lembut dan mudah pecah)

8. pukul butter dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila diikuti cream cheese, pukul sehingga sebati.


nampak tak colour merah dia?
menawan kan?



*jangan terlalu ghairah semasa letak serbuk merah,kerana jika terlalu banyak nanti kek akan jadi pahit,awas.

*kek ini sedikit tawar jika dimakan begitu sahaja,tapi jika digandingkan sekali dengan cream cheese,dia sangat perfect.for those yang suka kan manis, boleh tambah gula di bahagian acuan kek.

tatura cream cheese

*untuk topping pula, resepi tersebut adalah sesuai untuk 2x acuan kek,jika lihat gambar chef,itu adalah 1x acuan kek,maka dia terlalu tebal,tapi sesiapa sukakan cheese,tak jadi masalah cuma bila belah tengah,letakkan topping tebal sedikit untuk sekata dengan topping atas, baru lah mantop!

*resepi untuk acuan kek chef ceduk DARI SINI

*resepi untuk acuan topping pula, chef ceduk DARI SINI



*sila guna sudu khas sukatan untuk kek 

****************************
FULL STOP

missblurry