Monday, July 19

MOST BEAUTIFUL ABOUT ME

kali ini aku nak kongsi sedikit benda-benda yang aku suka buat dalam hidup aku dan sifat diri aku, tak la pelik sangat, just extra ordinary saja, ngeeee

 1. aku sangat serious, susah nak berlawak , tetttt....muka sentiasa serious, sampai jalan pun ala2 tengah berfikir masalah dunia, hurm...

2. aku sangat suka dengan arnab, gosh, beliau sangat chomel, aku pernah bela arnab sebanyak 4 ekor dan anak beliau dalam 20-30 ekor, kenapa kau beranak banyak sangat huh????

3. makanan kegemaran aku adalah spaghetti dan juga pizza dan juga chocolate, aku boleh makan tanpa mengenal erti tamak, hhahahaha
4. aku adalah kaki game, sangat suka main game, dan boleh mengadap game tanpa makan dan tak kira waktu,dan tak kira ape jua jenis game semua aku bedal,sampai budak bilik aku jeles dengan aku sebab tak layan mereka..errr??

5. aku suka pakai kasut atau baju yang color nya sangat menyerlah, bukan nak gila glemer tapi dia menarik perhatian aku, hurm....i loike my shrek crocs,

6. aku adalah seorang kicap + KRU maniac, jangan tanya kenapa dan mengapa sebab aku tak boleh jawab soalan itu.

7. aku sukakan alam sekitar, sangat gemar dengan camping dan juga travel especially ke pulau,.dan aktiviti wajib aku adalah snorkeling, ( nasib tak ade lesen scuba kalau tak..aku bedal sekali)
8. aku suka bercerita tapi tatabahasa aku sangat teruk, dan aku mengaku yang SPM aku untuk bahasa melayu adalah 5C, yeah!!!! ops alhamdulillah dapat sijil SPM

9. aku suka membaca, tak kira apa jua bahan bacaan sekali pun, bila terasa sangat bosan tahap cipan,,aku akan mengeja apa saja depan mata walaupun hanya iklan sahaja,...erm....

10. aku akui yang dunia ini sangat kecil sebab kemana sahaja aku pergi sure jumpa orang yang aku kenal,tapi merka tak kenal aku, okeyh!!! aku benci kau..

ok, ini saja yang aku boleh list, tak boleh lebih2 nati senang pula orang nak ngorat aku....hi hi hi hi

************************

FULL STOP
missblurry

Saturday, July 17

hye, saya entiti..awk?



seminggu sudah aku kat campus, memang best sebab nya lecturer semua masuk kelas untuk 5-15 minit saja, fuhyooo....bestnya student life,a'ah yer lah kan, hujung sem semua lect fikir kita ambil 1 subject je, bagi semua assignment+kuiz+exam+lab report dalam masa yang sama . gonjeng betul!!!!

dan seminggu juga sudah aku duduk kat bilik baru, sekarang ini tengah kecoh2 pasal kene buang kolej. full stop. aku malas nak cerita pasal benda budu ni, baik aku cerita hal aku yang membuat semua budak bilik aku tak tidur 1 malam, sorry guys, ahahahhah


ok, kitorg entah macamana tercerita pasal entiti, ahaks, macam2 version seyh keluar, tapi berkaitan, dan tanda tanya aku sebelum ini semua agak terjawab dah la, then entah macam mana aku di sapa oleh entiti sebab cerita pasal dia. yeah!!!

masa ini berlaku hari rabu kalau tak silap aku, tengah dok syok cerita2 then terus tidur, siap aku pakai earphone sebab nak dengar radio, macam biasa la before tidur aku bantai lepas gian layan game, dengar2 lagu then aku perasan yang aku tertidur pukul 2 pagi,

entiti datang lepas itu, aku rasa badan kiri aku mcm tak boleh bergerak, macam lumpuh...memula aku buat biasa je lagi, entah macamane aku menjerit mintak tolong, tapi suara aku tak keluar,, klua " emppp...emppp.. jer" tapi kuat la, sampai petisyen hujung yang dengar,tapi pelik nya petisyen sebalah and depan aku sedap je layan mimpi basah diorg tue, hik hik hik...


si kak ila ni mula dah takut2, siap kelubung dengan selimut, and buat2 tak dengar suara halus aku tue minta tolong cume tak terbunyi la pulak tolong tue,hi hi hi,lama juga suara aku macam gitu, dengan kuasa tora datang lagi, tetibe terkeluar " tolong..tolong" ahahhaha, cepat2 la kak ila bangun dengan farah nie,

tapi diorg tak  pergi pun kat aku, aku dengar suara diorg,aku senyap la,budget datang dekat aku,rupanya pergi sebelah petisyen aku,iera, orang tu punya la sedap tido, dia kejut iera ni," iera ke yag menjerit tadi?" masa aku dengar suara diorg, terus pandangan aku terang, dari tadi gelap saja, tak nampak apa2,walhal lampu luar terbukak so agak terang la,

bila aku nampak diorg, siap aku panggil "oi"...pastu sesi temubual berlangsung

blurry vs diorg

anis ke jerit tadi?

kenapa?kuat tak? (dengan muka selamber)

dengar lah, kuat...kene tindih ker?

entah...hihihi ( muka blur)

tak ape la, tidur la balik, mengiring tau jangan terlentang..

ok2 ( blur lagi)


esok tue terus post mortem, yang lawak nya aku yang tanye diorg kenapa, sepatut nya diorg yang interview aku...ahahahha...sumpah aku tak tahu ape berlaku, sebab aku tak pernah kene tindih dan aku tak tahu perasaan tue, aku malam tue steady lagi, siap leh dengar  lagu masa benda tue ade,aku ngigau ker? aku sendiri pun tak tahu....ahahahhahaha, owh lupa, aku tidur pukol 6 pagi selepas kejadian,kejadian berlaku pukul 3 pagi dan terus off radio sebab takut suara entah apa2 klua kat radio,,,ahahhaha


nota kaki dan tangan:

1) sila basuh kaki kalau dah keluar pergi mana2,

2) baca surah al-fatihah sebelum tidur

3) jangan cerita lucah sebelum tidur


*************************

FULL STOP

missblurry

Tuesday, July 13

dulu pun aku budak baru jugak!!!




sekarang aku bukan lagi freshie, aku sudah di upgrade kan menjadi junior. sila la, aku punya course 4 tahun, so paham sikit. kalau tak paham , lantak kau.

masa hari ahad. pendaftaran sangat la ok..cuma kawan baik aku sangat tak ok. kene halau ke kolej lain atas sebab2 bodoh yang aku sendiri tak dapat terima. wat eva is, jaga diri la eyh kawan baik ku. jangan rindu aku.hihihihi...
then kelas pertama di musim baru ni, biasa saja, tak ade ape yang menarik but aku ada story nak cerita pasal budak baru ni,bagi aku benda ni agak baru, agak pelik kat mata aku. antara aku sendiri yang tak perasaan or aku yang hiperbola yang sanagt extreme, mari aku ungkai kan satu persatu.

1. adab naik bus

masa aku and the geng nak balik pergi mentedarah dekat foodcourt, kitorg naik la bus kesayangan kitorg, suasana edaran tue,so bus tue pergi la ke KTP (kolej tun perak) di mana foodcourt tue sebelah dgn KTP ni apa yang bestnya, ade la budak baru nie sengal alam.

kitorg nak naik bus, yang dia nie dok tgh jalan, memang la penuh tempat duduk tue, tapi kau tahu tak adab naik bus???sila la ke belakang diri kat belakang, yang engkau pergi tercegat tengah jalan kenapa? orang lain kat bawah tu semua nak naik, cuba prihatin sikit.tak boleh ke?kau ni datang dari mana?sampai naik bus pon tak reti....

2. foodcourt full house

serious, nak makan pun susah, aku rasa junior yang masuk upm cuma la 4k orang saja. dan 4k orang tue bukan satu tempat tapi disepah-sepahkan, tapi yang pergi makan dekat foodcourt tue aku rasa macam 4k orang sekali gus makan, korang fikirlah, dari pukul 8 malam sampai 10.30 malam baru la lega sikit foodcourt. dulu aku rasa tak ada la mcam gitu sekali. hurm heran la aku....

macam mana la puasa nanti??? jadual kelas sudah la...erm malas nak cerita...

3. kerek

kerek okeyh bukan cerek, freshie sekarang macam cerek air, hamik ko.marah betul..bukan nak mintak disanjung, tapi kau tu baru 2 hari dekat fakulti, sila beradab sikit, memang aku pun still junior but aku tak la sekerek kau, 

kitaorg nak pergi tukar group kelas, so masuk dekat lab kopmputer dengan gaya sekawan gajah, memang ribut abis sebab nya kelas tue limit 60 orang sahaja, sebabkan nak kejar dapatkan kelas tue, ktorg pun bertukar la ala2 bidadari tapi gaya gajah. so masuk dan bukak pintu pun ibarat gajah, main langgar je,

sebelum nak masuk, macam biasa, gaya seorang junior bertamadun, kene la tengok dulu,kelas tu ade lecture ke tidak, sebabkan tak ade lecture ktorg terus lah masuk, lepas tue kecoh2 la kat belakang, maki2 pc on lambat, walhal ktorg yang tak reti nak sabar,,,,hihihi....

then ade la minah ni, bukan..bukan...nama dia bukan aminah...tapi dia minah,okeyh? aweks yang busuk, dia pergi sound ktorg? bapak jiran kau, slumber ayam kau je nak sound..boleh dia jeling2 sambil cakap " ade kelas ke? eh ade kelas ke?" ktorg ni buat tak tahu aje la, busy dengan kerja ktorg tue. lepas tue kawan dia yang lelaki tanya la dengan sopan ( bagus!! anak siapa la nie, berbudi bahasa sungguh) " ade kelas ke kat lab ni?" aku pun dengan pantas jawab " tak ade , bodoh, bising aje !!!"

peristiwa-peristiwa ini meMbuat kan aku tertanya sendiri, shittosh la freshie...aku dulu pun budak baru jugak, tau juga la nak berbudi tempat baru, tempat belum familiar, kau tue baru masuk jangan nak tunjuk kepala, sila amik subjek hubungan etnik dan juga kenegaraan secepat mungkin.bagi ajar kau sikit, tak guna ko belajar tinggi2 tapi budi bahasa kau tahap sampah.harap maklum ok.

nota kaki dan mulut:

1. aku disayangi oleh senior sebab langsung tak pernah tegur mereka. hi hi hi

2. kadang-kadang aku lupa kat mana kelas aku masa jadi budak baru dulu.

3. aku keliru antara staff atau lecturer dekat faculty aku, sebab faculty aku adalah faculty yang sangat sempoi sampai lecturer nya pun nampak macam staff dan staff pula kalah dekan.

***************

FULL STOP

 missblurry

Thursday, July 8

sakit balik







entri kali ini, aku cuba untuk serious, sebab nya memang serious, serious macam perang dunia kedua yang aku sendiri belum khatam lagi cerita sejarah itu, time sejarah aku pergi buat peta aku sendiri kat atas meja. aku harap peta jadian itu masih lagi di meja itu. hi hi hi.


ok serious, berbalik pada motif sebenar, aku sebenarnya sakit:


1.  penyakit yang aku tanggung ini sudah lama sangat. aku perasan since masa aku form berapa entah, maybe form 1 kot, tapi aku cuma ngadu2 manja saja dekat my mom, sebab bagi aku sakit itu kemungkinan aku naik bus sekolah selama sejam atau sejam setengah. yup sangat lama, sebab rumah aku dengan ahpek bus tu, dekat, so dia hantar aku yang terakhir sekali.


2. sakit aku makin teruk sampai form 3, aku mengadu lagi, mak aku risau, aku pulak buat bodo...ahahah...buat derk saja, sebab aku tak suka jumpa dokter,


3. tetiba penyakit aku hilang, aku happy, sampai form 5. masuk ipt, aku buat xray (medical checkup) nurse kata tulang aku bengkok. aku cuak!! tapi dia cakap tak ada ape2. ( atau kau sendiri tak tahu????)


4. aku masuk palapes, penyakit aku manja2 dengan aku 2 3 kali, aku assume dia buat salam perkenalan balik sebab sudah lama tak menyerang aku. aku tak tahan, jumpa dokter, lagi sekali dokter kata tak ade apa, cuma tekanan buat kerja berat. ( kerja berat la sangat, ke badan aku yang berat??)


5. penyakit aku hilang lagi, maybe dia merajuk, dia tak muncul2, aku rasa bahagia sangat, tapi kekadang jadi rindu dengan dia sampai aku tertanya-tanya mana perginya dia?aku buat salah ker??


6. masuk ipt lain, tukang xray tidak cakap apa2, tapi masa tu aku sakit, tanya dokte lagi, jawapan sama, hurm..dokte dokte..kenapa la susah sangat? bagi je la jawapan, aku bayar gaji kau lah.


7. sem lepas , sakit datang lagi, sebab? aku sendiri tak ingat, tapi dokte tue baik, dia suruh aku wat ultra ungu ( tak ingat pulak nama mesin itu, ala2 sinetron bunyi nya) yang penting benda itu nakma nya physiotherapy. sakit aku makin kurang, dua kali jugak aku pergi PKU ( pusat kesihatan universiti). than abg fisio.


8. finally, aku sekarang tengah menahan sakit, yer penyakit aku ada lah problem dekat tulang belakang. dokter2 yang kata aku tak sakit pape itu ada jugak mengatakan tekanan pada urat (sumpah aku tak paham ape dia explain) mungkin cuti sebulan setengah , aku asik mengadap laptop, maka duduk saja, tapi tidak juga.


9. sekarang aku kompius dengan penyakit aku, keputusan muktamad aku nak jumpa pakar, sila beri kebenaran itu, harap maaf. saya tak mampu untuk menahan sakit ini lagi...moga bukan penyakit osteoporosis.



kuatkan hati ku ini ya Allah


***************** 
FULL STOP




missblurry

Sunday, July 4

naik minyak

giant mall




semalam masa tengah jalan2 kat giant mall, aku ternampak kedai handphone, phone semua cantik2, ada apek datang senyum2, aku buat tak tahu aje, tapi dia senyum lagi. aku tak tahan di goda, last2 aku blah dari kedai tu,


aku ronda2 dalam giant pulak, menarik!! banyak perubahan, dan aku paling suka masuk giant bila weekand sebab nya aku boleh makan sample2 yang diorg masak, thanx !! kenyang aku malam tadi, save duit dinner, ahahahah


errkkkkk alhamdulillah




then aku singgah balik kedai handphone tadi sebabnya aku ada tertarik dengan satu handphone nie,aku tgk wallet, hurm banyak gila duit 1 sen, aku flashback account bank plak, hurm banyak nya angka 0 dalam tue, puas la jugak aku fikir macam nak buat, alih2 ada makcik nie golojoh tolak troli, langgar aku, minyak masak tumpah dekat aku,


dengan sengaja nya aku terkena kenan minyak cap buruh tue, aku bertukar menjadi panda bear, gila ganas !! aku tunjuk taring aku kat tokey kedai HP tue, aku marah2 kat dia sebab tadi aku cuba menperdaya dia dengan buat muka chomel supaya dapat HP free, tapi dia buat bodo, aku maki2, dia lawan balik, fuh sungguh drama melayu time tue, orang sekeliling tak berani nak tahan aku dengan apek tue, diorg mampu tengok saja, dah lawan2 mulut dengan apek, dia still tak nak bagi HP tue, last2 aku campak calculator buruk dia kat kedai sebelah, padan muka!!!


aku blah, tanpa disuruh pun, orang2 yang tengok aku bergado dengan apek tadi semua ketepi, sebab takutkan aku, aku ganas gila time tue, tetiba aku nampak pulak ATM dekat dengan kedai tadi, aku terus saje rompak, dengan muka gaya ala2 shah rukh khan aku buat kerja dengan terhegeh2 nya rompak ATM tu, sorang pun tak berani buat pape kat aku, sebab aku dah tunjuk gigi taring aku kat diorg, diorg takut, ade sampai terkencing2.
ahahahah....hebat tak?


"tolong jangan apa-apa kan aku"


da habis aku rompak ATM, aku pergi balik kedai HP tue, aku tunjuk duit not kaler biru sebanyak 500 keping, nah amik, dengan aku pun tak leh nego, macam ni la ko apek,,,,apek tue dengan muka ala2 jamban, bagi la handphone yang aku berkenan tue,


aku terus je balik, mengadu kat emak aku, mak aku marah2...sebab rompak ATM, aku senyap lagi,, mak aku marah lagi sebab aku keluarkan ilmu batin depan orang ramai, aku senyum bangga, sudah penat mak aku bebel, alih2 dia cakap


" kenapa rompak 1 saja?lenkali rompak 2...."


aku pelik, aku tgk lagi mak aku sambey cakap


" hah?"


"besok pergi rompak lagi , amik lagi satu untuk mama, jangan lupa sim kad sekali dan topup"


aku dengan terpinga2 pun jawab la


"ok"




nota kaki dan tangan :


1. esok jangan lupa tengok berita utama, ada muka panda bear rompak ATM dengan slumbernya


2. jangan kencing di merata-rata tempat


3. bila jalan2 sila bawak duit dengan secukupnya.




*************
FULL STOP






missblurry

Friday, July 2

hobi baru mak aku

sejak aku start alam maya aku, kerja aku hanya duduk rumah, tengok tv, makan minum dan juga melayan tetamu VIP aku iaitu lappy kesayangan aku. yes!! aku anak emas. kau penduli apa.


oleh kerana aku terlalu busy duduk di rumah, buat kerja itu ini, tetiba macam aku perasan yang mak aku mula balik hobi2 peliknya. kali nie dia mengasah bakat dia dengan membuat pelbagai jenis kuih. satu hari 1 kuih. syok gila bro,!! setiap hari makan kuih. tapi yang aku tak tahan nya, aku jadi tukang rasa. beb, aku failed la bab merasa2 ni. bagi aku sama aja,asalkan ada rasa kuih tue, da perfect la bagi aku.


bila aku bangun saja dari tidur, mak aku bersilat kat dapur buat kuih, then bila tanya




" wat apa lagi lah tue,ma?"

" kau senyap!!! suka hati i lah nak buat apa,nati kau juga yang makan"

"ok!!"




apa aku nak cakapkan?mak ku da cakap macam gitu, lagi pun dia puasa bulan ni(bulan islam), so dia buat kuih untuk buka puasa dia, even aku tak puasa sekali pun, aku puasa juga sebab mak aku tak masak tengah hari. yeah!!
masuk hari nie aku nampak lagi dia bukak peralatan masak. maka buat kuih lagi.


mom !! naik cuti lagi sekali belajar masak benda lain pulak ok...hihihi,dan aku tukang rasa macam biasa yang merasanya sampai abis sekuali..ahahahah


maaf entri kali ni tak ada gambar sebab semuanya da masuk dalam perut, ada juga dah proses bertukar menjadi otromen daia...



************

FULL STOP





missblurry