Wednesday, May 19

mr. misteri part I

hari ini aku dapat msg dari dia, dia kata opah dia meninggal hari ini, aku musykil, kenapa dia bagi tahu kat aku pasal ini, mungkin dia stilll anggap aku sebagai salah seorang kawan dia. mungkin dan mungkin..




alhamdulillah, aku sudah mula lupakan sejarah aku dengan dia, memang aku mnegaku yang aku susah sangat nak lupakan dia dari hidup aku, ye, memang sayang kan dia, walaupun ada keburukkan tentang diri dia yang kalau korang tahu mesti korang kata aku sangat bodoh untuk menyayangi dan menyintai dia, tapi bagi aku itu semua boleh saja untuk berubah jika dia sendiri yang nak, berubah demi diri sendiri bukan kerana orang lain kan.


meh aku story mory sikit pasal dia.


profile: nama beliau mr.misteri, tinggal di klang, tua setahun dari aku, aku kenal dia di rumah makcik aku di pantai dalam kira-kira 8 tahun lalu, dan pernah menjadi sebahagian dari hidup aku selama 3 tahun.


cerita aku dengan dia sangat tragis bagi diri aku sendiri, kita orang couple selama 3 tahun tapi jarak jauh, tak la jauh mana pun, masa itu dia boarding school dan aku sekolah biasa, memang la zaman sekolah aku handphone tak wujud lagi kan, so aku hanya menanti dia telefon aku jer, pakai public time tue, paling best balas surat, ahaks..cinta monyet..


suatu hari aku dengan dia tetiba amik keputusan untuk buat haluan sendiri, masa itu aku form 5 dan dia tunggu result spm, masa itu jugak dia tengah obses dengan dunia rempit dia, aku tak kisah pun sebab itu jalan yang dia hendak, aku memang tak halang sebab nya aku bukan jenis mengongkong orang tapi aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh call dia dan cakap yang kita buat hal masing-masing, yang aku tak sangka dia boleh pujuk aku, aku ingatkan kitorg ini hanya sandaran je couple itu, tapi rupa-rupanya dia memang betul-betul dengan hubungan itu,


sumpah aku cakap, memang aku tak boleh lagi lupakan dia masa itu tapi aku kuatkan semangat sebab nya aku sendiri yang pilih jalan ini, setahun lepas itu tetibe aku dapat pangilan dari dia, menitis air mata aku dowh, sedey gila sial, dia boleh datang cari aku, dia cari aku dengan call telefon rumah aku, cuba korang cakap dengan aku, siapa je yang simpan no rumah ex korang?aku leh potong jari tiada siapa yang akan simpan kan??itu lah sifat dia yang aku kagum sampai sekarang.




korang paham kan kenapa aku masih tidak boleh lupakan dia masa itu?sifat dalam diri dia, jauh di sudut hati dia seorang yang baik, aku tak nak cerita tetang kejahatan yang dia buat sebab aku tak nak mengaibkan diri dia, cukup sekadar yang aku seorang sahaja tahu..


continue....



0 ,000 yang sedang blur: