Saturday, September 15

practical #3 - Chongco Dormitory

 
"welcome to female dormitory"
mungkin!

hari ini cuaca sangat cantik,panas dan bahang jika berada di luar kawasan berbumbung, bunyi agak gila tapi yeah,almost everyday hujan sini dan aku percaya seluruh asia tenggara pun macam gitu, musim tengkujuh katakan.

dengan cuaca yang kering ni aku pun ambil kesempatan untuk basuh baju, hik hik hik perkara wajib i guess. malas nak buang masa nak merapu meraban, now aku akan perkenalkan dorm aku. seperti yang dijanjikan sebelum ni.

masa mula datang kami disambut oleh student forestry dari kasetsart university dengan banner sepanduk lah kot nama nya yang tertulis welcome to thailand, UPM-KU kalau tidak silap aku lah. macam cute je dorang yang tercengang-cengang mencari ktorg kat airport. awkward. so aku nak hilangkan rasa itu, aku pun lambai2 tangan dulu dengan diorang sambil buat muka.sangat funny.

then diorang bawak terus ke dorm untuk check in foursquare memasing, ahahahah, secara jujur aku berharap sangat untuk tidak dapat dorm locak student sebab nya aku ada search image di google and it look sangat menyedihkan ,korang tengok gambar itu sendiri. seram dan tergamam.




after that, bila sampai je, dan yes! memang kene check in di dorm itu,aku hanya mampu diam sahaja, dari luar not bad, masuk dalam dan aku terpaksa tarik balik kata2 aku sebelum ni,sesungguhnya jangan judge sebelum nampak depan mata.

bilik sederhana dikongsi 4 orang, roomate aku hanya ada 2 orang,lagi1katil kosong dan dijadikan tempat letak barang,tilam dia tak setebaltilam kita,sangat nipis dan sangat terasa tidur atas papan lapis, sila bersyukur daripada terus kene tidur atas lantai.

the best part is,setiap bilik ada toilet memasing, so tak payah berebut nak guna toilet, fasiliti sangat superb. water cooler pun bukan jenis cikai,air sejuk and panas yang melampau suhu nya. kat sini mengamalkan 1 block 1 dorm,maka dorm aku bernama chongco dormitory. 

aku bukan nak membandingkan sangat fasiliti sini dan di malaysia,tapi aku cuma nak kata, walaupun bangunan dan fisiliti yang disediakan tak secanggih tempat kita, tapi student dia sangat menjaga apa yang diberikan. jangan nak nafikan sangat bagaimana fasiliti di kolej setiap universiti kat malaysia dijaga dengan "cermat" nya. aku tak nampak pun keselekehan nya, pad pun tak buang merata2,toilet bersih,sinki pun bersih dan tak ada pun tersumbat dengan makanan, tapi kita? aku nak mention lagi di sini, freshie disini berumur 18-19thn dan senior tahun 4 adalah 21-22 tahun,tapi mereka boleh berfikir secara matang berkaitan tanggungjawab dan kebersihan,jadi fikir2kan lah.

ini lah rupa bilik aku,
205

ini pula water cooler,
cermin ada dimana2 sahaja
kalau adam AF ni mesti suka

makcik ni jual benda dibakar
dia selalu bawak anjing
dan anjing tu sangat besar

**********************************
FULL STOP

missblurry

6 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

wahhh...saya rasa dorm kamu memang best. Toilet tak kongsi ramai2, ada water cooler, dan yang paling penting, bersih tempatnya. Kat Malaysia ni, toilet pun tak reti jaga kan. Nama je pelajar universiti hehe.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

pergh, giler old school tmpat dia.. :D

zacky786 said...

woo menarik seyh

misSbLurRy said...

edzlin,

kan, xreti nak jaga kebersihan,padahal sama2 guna

misSbLurRy said...

saiazuan,

memang old skol abis, dinding asbestos kot

misSbLurRy said...

zacky786,

menarik tu boleh lah