Thursday, September 27

practical #4 - restaurant ikan bakar

hai all, sorry lama sangat tak update, bukan apa, aku rasa tak ada benda nak diceritakan sebabkan aktiviti harian sama sahaja setiap hari,kelas pun memang dah tak ada sebab mereka sekrang musim exam, so kami tujuh orang ini pula musim mengawan hibernate, hahahahah. oh di ingatkan lagi sekali, practical aku belum start lagi, hi hi hi, ;D

ok straight to the point, aku kali ini nak promote 1 restaurant yang dikatakan agak or harus juga lah pergi if datang ke bangkok, kalau korang datang period yang pendek,mungkin boleh abaikan, tapi andai kata datang kursus or melancong dengan masa yang panjang dan sudah tak tahu nak ke mana, maka datang lah ke sini.

restaurant ni aku tak sempat nak snap gambar depan restaurant memandangkan ktorang agak rush nak ke pasar malam di area chatuchak pula. nama restaurant ini adalah praram 9 kaiyang, dia berada di tepi jalan. konsep restaurant ni adalah ikan bakar, itu menu utama dia, dan sampingan dia pun agak boleh tahan juga dan yang paling penting, sangat murah!






kaiyang
ayam panggang

yang ini tidak diketahui, hahahah

larpnega
daging cincang

somtam thalay (seafood)

tomyam thalay(seafood)
tomyam santan

khaiyeawma
telur dijeruk tapi rasa sama je telur rebus
warna sahaja lain

tamthai 
somtam udang kering (recommended)

phlapaw
ikan talapia bakar

khawneaw ( pulut)
meang phla (bihun)

pepsi botol kaca size besar

ikan bakar

gambar semua ini kami buat 2 order, maksudnya 2 set, dan kami makan untuk 12 orang punya makan, harga dia 1800 baht atau 150 baht/person,persamaan rm 15/person, dan sangat kenyang, sangat berbaloi dan sangat sedap.oh ada lagi satu iaitu kerang bakar.

di ingatkan di sini, kesemua makanan di atas adalah PEDAS, sangat pedas, dan lagi pedas lagi buat kita makan dengan laju nya,sebab sedap,pedas itu menyedapkan lagi makanan itu, sekian.oh terlupa, di galakkan order air banyak sikit kerana kepedasan itu, ;D

*maaf,ada sedikit kekeliruan mengenai lokasi dan nama sebenar restaurant ini,akan di update kemudian hari

********************
FULL STOP

missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

Perghh seronok makan kat sana...kenyang, sedap, pedas... ok jeles hehehe