Saturday, December 29

slumber trip south thailand #1 : bangkok-phuket

hey guys,
wa kembali lagi untuk mencoret seribu satu kisah den sepanjang hidup den, amboih bahasa kemain lagi,well this time aku akan menceritakan hal sewel mewel hidup aku bersama-sama rakan aku ketika bercuti ke selatan thailand.

bermula dengan berbual-bual kosong di bilik kawan aku( sebenarnya perbincangan ini aku tak ada,hee ;D) 2 hari sebelum bertolak,memang gembel abis,kami hanya sempat survey untuk budget ticket bus ke phuket, krabi dan hatyai dan seterusnya ke bangkok semula, untuk hotel ada lah juga research sikit2, atleast tak lah kosong sangat kan.

bus dan stesen bus

so, dengan slumber badak,pagi hari rabu kami semua keluar ke cimb untuk keluar duit, dan balik terus berkemas untuk bergerak, stesen bus dari bangkok untuk ke selatan adalah southern bus terminal bangkok yang terletak di borommaratchachonnani road, sumpah aku tak tahu kat mana, aku just ambil teksi dari depan kasetsart university, if korang nak guna bus juga, mungkin boleh cakap kat teksi,confirm dia bawak ke situ.

berbekalkan jadual bus yang kami research, bus yang perlu kami kejar yang selewat2nya adalah pukul 8, dan alhamdulillah,kami berjaya dapatkan ticket ke phuket pada pukul 1930 dan perjalanan adalah 12 jam, maaf aku tak ingat nama syarikat bus tu,hehehe tapi memang banyak je kaunter yang jual ticket ke phuket, so tak perlu risau, bezanya service dan harga sahaja.

sampai di stesen bus phuket,terus ktorg survey dan beli ticket ke krabi pula untuk keesokkan hari.yang ini aku akan cerita entry krabi ok?so sampai di stesen lepas beli ticket,kami ambil tuk tuk atau taxi nama glamournya ke patong beach. dari stesen bus ke patong beach ambil masa dalam 20-30 minit,nak kata jauh boleh tahan juga lah.

jagung mahal!

sampai ke patong beach,kami turun di depan shopping mall bernama jungceylon,nak kata center of patong beach tak lah juga, tapi memang dekat dengan pantai dia, sampai je situ terus cari hotel yang kami survey dalam internet, sebabkan terlalu pagi ktorg sampai iaitu pukul 0830, maka owner dan pekerja hotel macam baru je nak bangun tidur, pekan patung pun sunyi je,yang ada cuma anjing dan foreigner yang terbangun awal,agak susah untuk mencari di awal pagi tu, round punya round,survey punya survey, atlast jumpa dan setuju bermalam di sea blue phuket backpackers.

dah check in dan bersiap2, terus jenjalan ke pantai, not bad, cantik juga but tak lah berapa nak nice view, mungkin terlampau kosong kot beach tu?aku pun tak tahu lah, yang pasti memang banyak club-club untuk jenis manusia suka berjimba. pekan patong sangat hidup dan memang tak akan bosan. dan dari patong juga banyak pakej-pakej yang boleh ambil untuk pusing pulau2 yang diorang suggest,semahal 2990 baht/RM299 per pax.bagi aku adalah wajib ke phi phi island sebabnya memang superb view sana dan aku tak pergi pun kesana sebab kesuntukkan masa.agak sayang but it's ok,insyAllah akan aku bayar balik percutian ke phuket untuk ke phi phi island suatu hari nanti..:D

panorama patong beach

dah abis melepak ke pantai, ktorg balik ke pangkal jalan, jalan2 dalam pekan oh ya,ke pantai kami naik tuk tuk sebab tak tahu jalan ke sana,dan sengal nya kami tak bertanya kat orang,walhal kalau jalan kaki ambil masa 10-15 minit sahaja,just follow je jalan or ikut kereta2 sebab jalan di sana adalah sehala.so korang jangan ikut ktorg yang sewel ni yer,heheheheh.



lagi satu,ada aku terbaca di blog some one mengatakansusah cari makan, sebenarnya tak,senang sesangat mencari, bezanya mahal dan murah, kalau nak mahal dan sengaja memanjakan diri boleh makan di kawasan arab berdekatan dengan pantai,kalau nak murah makan frozen food di 7 eleven, banyak benda boleh di makan kat situ, contoh spaghetti, nasi goreng ayam,tuna sandwich (recommended, sgt sedap!),harga pula around 26-45 baht sahaja, murah kan?

disebabkan ktorg budget punya percutian,maka memang layan makanan 7 eleven yang boleh jumpa di merata2 tempat, he he he. malam di patong beach, ktorg tak ada aktiviti,al maklum lah, takkan nak lepak club kan?amboih..so decide layan twilight the breaking dawn 2,(masa ni keluar awal seminggu dari malaysia), ktorg layan kat jungceylon dan merayap-rayap sikit kawasan tu, boleh tahan lah shopping mall nya.

pekan patong

kisah di phuket tiada yang pelik dan menarik,just nice and sedikit kurang smooth dipermulaan dan berakhir dengan sangat smooth, esok paginya kami checkout pukul 11 pagi untuk pergi ke krabi pula,dan di krabi lagi sekali aci lenjan tak ada tempat untuk tidur, he he he.

nota kaki dan tangan :

budget percutian dari bangkok-phuket:

teksi bangkok - stesen bus : 32 baht (160baht/5 org)
makan di stesen bus : 85 baht
ticket ke phuket :680 baht (1st class seat,dapat muffin,selimut dan air mineral dan ada tandas)
tuk-tuk stesen bus-patong-stesen bus : 200 baht (1000 baht/5 org)
hotel : 300 baht/day (6 katil 1 bilik dan campur lelaki perempuan)
tuk-tuk ke beach (ini sengal!) :40 baht (200 baht/5 org)
makan di phuket (7 eleven): 91 baht
wayang twilight : 140 baht
jagung : 50 baht
bekal untuk dalam bus : 68 baht
magnet (seketul sahaja ): 60 baht

TOTAL: 1746 baht atau RM 174.60 sahaja.

*percutian yang sangat leisure dan tidak mengharapkan sesuatu yang dapat di abadi kan, but still pengalaman tu ada.hal jagung tu memang bangang,ktorg salah dengar,ingatkan 15 baht,rupanya 50 baht, dia jual depan kedai apa ntah berhadapan dengan beach, jangan beli!mahal kot dan tak manis!

************************************
FULL STOP
missblurry

3 ,000 yang sedang blur:

Unknown said...

tak sampai lagi phuket.. arghh jelessss

misSbLurRy said...

saiazuan,

pergi bro, serious best

khairoolazhar said...

thanx 4 the info!!