Sunday, February 10

Mike si anjing gila!



Nampak tak status facebook aku di atas?masa ini segar lagi kejadian tu, ys, si mike yang bengong lagi gila, aku tahu tugas dia adalah menjaga kolam udang di belakang rumah kami masa kerja di kilang muzik latin tu,

Siang hari memang dia sihat, boleh manja-manja lagi, gesel kepala sana sini, baring sesuka hati, tapi bila di malam hari, dia naik hantu,waktu kejadian ni, aku nak basuh kaki, kononnya lah, dia tengah baring di depan rumah, baring dan tidur, dengan berani ni aku lalu sebelah dia, dia bangun dan terus, gong gong,

Aku Nampak mata dia yang bercahaya tu, sambil gong gong dia dah mula melangkah, hallo, ni blurry pernah menjadi juara sukan sekolah sewaktu zaman Watson nyambek ok!memang langkah seribu, selut depan rumah aku redah, selipar abis tunggang langgang ntah mana aku campak,masuk rumah, kaki menggeletar, kawan thai pun  padang dengan cuak nya.

“ why anis why?what happen?”

“heeee heeee( shaking), mike chase me!hahahah (cover malu)”

Memang masa ni aku keluar suara jantan mak tau, kalau ada orang kat luar tu,confirm dia gelakkan aku, tapi aku yakin tak ada orang, moga-moga..
Setiap malam dia gong-gong orang, walaupun cicak lalu depan mata dia pun dia marah, jangan kata cicak, jalan raya depan rumah tu sah-sah orang kampong lalu, pun dia maki nya,kadang-kadang, siang hari ada budak sekolah naik basikal lalu, pun dia kejar nya juga, memang makan penyepak je la jawabnya, kalau aku seberani macam tu,dah lama aku buat, masalahnya aku TAK!!

Tapi ada pernah sekali tu, kawan aku, ain bukan nama sebenar nak pergi beli air soya kedai depan rumah, kedepan sikit dari rumah, bila balik nak pergi kerja, si mike Nampak dan dikejar nya, terus dia lari masuk balik kedai tu, dan pakcik kedai gelakkan dia, siap cakap tak ada apa-apa dalam bahasa thai nya, last-last staff kilang yang duduk depan rumah juga yang tolong, halau si mike ni,

Kawan thai ktorg pun dia kejar, padahal sebelum ni dia sayang-sayang dengan orang tu, tiba-tiba jadi gila nak marah orang, si patty ni pun cakap si mike ni sewel,macamana tu?pengajarannya disini, jangan main-main dengan anjing yang jaga rumah atau kebun, diorang boleh gila sesuka hati berbanding anjing tepi jalan yang tak bertuan. Oh ini hanya anjing di thailand, anjing di Malaysia, baik korang lari sebelum kena gigit, anjing Malaysia lagi berganda bengong nya!!

berhati-hati apabila jumpa anjing, kecik ke besar ke, anjing tetap anjing
***************************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

Kena belajar dari Ceaser Milan Dog Whisperer nampaknya.

ladygleex said...

aku ada gambar c mike gila tu hahahahaha