Sunday, November 17

pengajaran


hey guys,

saya kembali lagi setelah lama gila tak muncul, masihkah ada yang baca blog usang aku ini? heeeee, kalau ada terima kasih, jika tak ada..errr tak apa lah, aku bercerita seorang diri demi kepuasan sendiri...ahahhaha
AKU BUKAN GILA, OK!!!!, eh tercaps pula, macam terasa saja bunyi nya kan?

macam biasa, mesti ada saja benda yang aku nak bercerita, tapi tak tahu mula dari mana, bukan apa, sejak masuk alam pekerjaan ni, rutin harian aku semakin merundum, bosan dan terus bosan, tiada perkara gila yang aku buat, argggg tension jiwa suci aku ni.

apa sekali pun, aku nak cerita kisah bengong tahap unta terbang dekat korang, yes, sangat bengong!, bermulanya kisah si penggali ku,,,,errr si comot yang comel ;D

semalam, bersamaan hari sabtu, aku plan baik punya planning dimana, aku dah rancang lama pasal nak bercuti dan jejak kaki secara rasmi di negeri perlis, maka plan punya plan, aku pun decide untuk beli ticket pada hari semalam,yer semalam, kebetulan kawan aku yang belajar di UTHM minta tolong untuk ambilkan race kit dia di UM, so alang-alang sudah keluar, aku pun terus saja lah ke KL sentral untuk beli ticket train.

bermula lah,..berapa kali mula daaa. ok perenggan kedua (ala-ala karangan BM masa SPM). dengan yakin aku keluar rumah dan naik LRT, sampai sahaja KL sentral, terus saja menuju ke tingkat 1 dan ke ATM ambank untuk draw duit nak beli ticket, sampai saja ATM, aku nampak dia kata system down.ok lah, terus melangkah ke bawah semula untuk keluarkan duit dekat bank lain.

cari punya cari,aku keluarkan di CIMB, malang nya dia kata tidak berjaya,aku cucuk lagi ke perut ATM tu, dan bagi arahan untuk kali kedua, masih lagi gagal katanya,si comot ni dah mula bengang dan cuak.." chip buat hal ke, ATM yang sengal?" kata blurry dalam hati..ok tak apa, tarik nafas dan cucuk di perut orang lain pula, kali ni boboyot si bank islam jadi mangsa aku, dan keputusan nya, masih lagi di ludah balik kad aku. ah tak boleh jadi.. termenung sekejap dan terus ke kaunter pertanyaan.

Blurry: err bang ( buat muka comel) mana lagi eh ATM untuk ambank selain tingkat atas tu?
Abg Kaunter: ATM ambank naik tingkat 1, terus ke kanan, tapi rasanya tadi system down, sekarang tak tahu lah.
Blurry:....(pehal macam tak menjawab soalan ni?) ooo atas yer?system down?ok tak apa saya tengok dulu lah, Thanks
Abg Kaunter: sesama

Aku sudah cuak bila dia cakap ada 1 je ATM, tapi aku terus melangkah sambil cari idea, aku whatsapp beberapa rakan untuk minta bantuan, sebabnya aku tetap kena beli hari itu juga kalau tidak ticket train habis dan harapan aku untuk travel dalam malaysia guna train cuma tinggal harapan. tetiba kawan twitter bagitahu yang ambank buat service sampai isnin. menganga kawan bro. terjelepuk tepi ATM ambank tu.ok over. so dengan yakin nya aku ke ATM maybank dengan harapan aku boleh beli ticket. dan alhamdulillah simpanan dalam tu mencukupi dan akhirnya segala masalah selesai.



cerita di sebalik ke bengongan aku ni adalah, bila dapat message dari bank, mohon baca sepenuh hati, jangan baca separuh then terus close message, dan paling penting,siap2 lah transfer duit sedikit di kala kecemasan di bank lain yang mudah didapati. jenis aku yang malas nak transfer sebabnya takut duit tu habis macam air, sekali sedut habis air chatime, hahahaha...


dan, hey Perlis, im coming, wait for me yah ;D, ini adalah negeri ke 12 secara rasmi aku jejak, syukur ;D


tambang ticket cuma rm 48 untuk katil atas, dan aku beli pergi dan balik,setiap bank yang aku ada semuanya kurang rm 50 selain maybank, memang sengaja aku buat supaya tak boros, tapi silap percaturan di masa kecemasan.pengajaran!

********************************************
FULL STOP

missblurry

0 ,000 yang sedang blur: