Tuesday, June 15

5 saat nyawa ku melayang





sekarang waktu berbuka puasa untuk daerah junjanai. selamat berbuka !!!. aku buat lawak. sila gelak.heeee .ok menggelabah!!..

semalam WC match antara Netherlands vs Denmark. aku miss, layan berita tv 3. terbaik sebab tak ada info yang menarik. bosan. aku google then dapat tahu yang orange menang 2-0 tapi 1 sumbat sendiri. thumb up tok orange. lepas tu, match antara japang and cameroon. lagi sekali aku tak tengok. sebabg malaun layan channel entah apa2. aku marah. aku lempang laju2. aku cabut gigi dia pakai playar. tumbuk cili api letak kat dalam baju dia. tapi dia tak melawan. dia senyap je. macam unta. tengok je aku dengan terkebil2 mata dia. lepas itu dia cakap...

" kau gila ke blurry? nak mati dah? "

aku senyap, aku tengok dia lagi.dia cakap lagi..

" kau gila meroyan eh? dok joget sane sini kenapa?sengih2 pulak tu..."

baru aku sedar, hanya khayalan aku ajer. aku baru tau yang aku kuat berangan. hurm.....aku terus duduk dan mengadap lappy balik...sedihnya hidup aku...

sedar tak sedar match antara italy dan paraguay dah bermula. malaun dah masuk tidur, tinggal lah aku seorang diri melayan perasaan sambil tengok bola. memula paraguay score.fuh loser ko italia....porsche, el desior forza dielmubol. tengah syok2 layan chatting sambil tengok bola. 

tetibe ade bunyi. macam orang berdengkur. kuat gila. muka aku terus je pandang ke arah bilik. ok blurry, bertenang. tapi jantung aku tak pernah bertenang..dup dap dup dap.laju macam watson nyambek dia berdegup. stop!! jangan pandang bilik. aku kalih anak mata aku tapi muka tetap pandang bilik. dush dush !! aku tumbuk muka aku, " jangan pandang lagi lah ,paham tak " aku monolog sendiri. 

aku buat gaya cool ala2 muka FBI hotfm. ok beliau tak hensem. dan lagi sekali bunyi, kali nie bukan sekali tapi berkali kali. aku terus pandang kiri kanan atas bawah walaupun aku tahu yang bunyi itu dari arah bilik. aku rasa nyawa aku dah melayang untuk 5 saat. muka aku kalah zombi kampung pisang. ops sorry aku terlupa nak snap muka aku sebab terlalu cuak. beb dah pukul 3 pagi time tu. aku memang dah tak fikir pape dah. sudah la sebelum nie ade misteri telur mentah pecah dalam bilik aku, sampai sekarang tak tahu siapa yang pecahkan sebab nya time pecah tue maghrib+ hanya mak dan aku je dalam rumah. ok tutup cerita telur berbablik bunyi misteri tu.

aku dok kaku macam kene paku je atas sofa. tak bergerak mata pun tak berkelip. 5 minit juga aku buat macam gitu, rasanya sudah boleh join mr. silver dan mr.gold kat bukit bintang dah aku rasa. last2 aku sedapkan hati, kata tak ada pape. aku continue apa aku buat. tengok bola dan chatting. tapi hati aku tak sedap. aku off lappy, off router dan juga off tv. lepas aku off je tv, zooommmm....lari litang pukang masuk bilik. sorry rumah bawah. kalau ade rasa gegar2 dan bunyi tapak kaki . itu aku,bukan hantu ok. 

aku tidur sebelah malaun. himpit2 aku dekat dia. tutup mata rapat2. dan...ZZzzzZZZzzz. bangun2 sudah pukul 12 tengah hari. bangun tidur terus mandi then lepak kat hal.. tengah2 lepak, nampak pulak lembaga katik dekat dapur. ok aku seram lagi, aku jalan jengket2 ke arah dapur, aku ngintai, tapi tak nampak lagi, aku lari litang pukang lagi, duduk kat tempat tadi..muka aku asik pandang dapur, aku kecikkan mata aku dan aku nampak,.....lembaga....berwarna coklat.ngeri gila.jalan slow2. rupa2nya cicak. aku geram ambil m16, set auto dan tanpa belas kasihan aku tembak 2 das. padan muka kau.

ending cerita nie. rupa2nya bunyi air masuk tangki. bodohkan. nyawa aku hilang 5 saat masa tu. bengangnya aku. nasiblah nyawa aku ade 7. selamat lagi la aku sebab tinggal lagi 5 nyawa. pagi semalam air kat kawasan rumah aku tak ada, pagi aku dengar bunyi aneh tu. baru nak ada air, so air tue bunyi macam orang cirit birit tapi yang berak ni jenis gergasi,that why kuat bunyinya. 


GrrrrrrRRrr..
terima kasih lah SYABAS anda sudah menakutkan aku yang brutal ni. 
anda berjaya. 
tahniah.
 aku boikot kau !!!!!


*****************
FULLSTOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

neo suka sos said...

gila best imaginasi ko... kikiki... sampai cabut2 gigi... ganas btol... 18pg ni... :D

misSbLurRy said...

neo,

mau cuba kah?