Wednesday, August 15

raya bakal menjelma..

hai all,
aku tahu, sekarang ni mesti memasing tengah busy buat persiapan raya bukan?huuu seronok nya,nak-nak bila semua ahli keluarga ada kat rumah, masing-masing dengan kerja masing2.

well macam biasa, untuk keluarga aku, tak ada apa nak dibuat, balik raya pun confirm malam raya baru gerak, memang rutin family aku since azali,guess so. kuih raya, dulu je lah, kami buat, kemain bersusun tupperware, but now, langsung tak layan dah, my mom just beli kerepek2 untuk buat syarat. coz apa yang aku perasan lah, orang sekarang macam dah tak layan kuih muih ni, datang rumah orang sure kena makan, makanan diorang masak kan?

so, we all decide untuk tidak buat kuih raya, lama juga, almost 10 years,maybe!yup, keluarga kami cukup simple, the main reason kenapa macam itu, sebabnya, sah2 balik kampung,then kat kampung sah2 dah ade kuih raya,balik KL, mostly ktorg akan buat open house, see,sangat membazir kan?kalau dulu bila balik kampung tidur rumah nenek di durian tunggal,then since my dad beli rumah sendiri so ktorg tidur kat rumah itu je, rumah persinggah kaedahnya, sebab rumah tu memang kosong, langsung tak ada pape melainkan perkakas memasak dan toto untuk tidur, what a boring house!

kalau tak bawa laptop, silap2 boleh terjun dari bumbung sebab kebosanan, laptop pun lama-lama bosan, kalau ada internet best lah juga. ini asyik2 layan movie, main game, turun ke bawah,baring, naik atas,baring, termenung sane, termenung sini, keluar masuk antara bilik ke bilik....ppffttt, nampak tak?boleh hilang waras, nak berborak jiran sebelah, diorang pula balik kampung.GOOD!

that why di entry sebelum,aku mengatakan raya aku semakin suram,hihihih,kalau ada tv sedap lah juga, banyak gila drama raya best2 yang boleh buat aku meraung, please, wa still ada perasaan.tapi sebabkan bertemankan laptop sahaja,kemungkinan besar aku akan melayan one piece je lah, sungguh kejepunan di situ, hi hi hi...

walau apa cara sekali pun kamu merayakan hari raya korang, aku berdoa dan harap tiada apa berlaku musibah semasa hari gembira nanti, jangan sesekali lupa pada mereka yang susah dan kekurangan dari kita dan juga mereka yang sedang berperang untuk mempertahankan agama dan negara, jadi berpada-padalah ketika berbelanja dan bersyukurlah dengan apa yang ada, okey?

dengan ini, aku, missblurry a.k.a tora datang lagi,ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin, yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, yang kena bertugas,jangan bersedih, akan datang giliran anda pula,yang berada di luar negara pula,jangan jealous,kami makan ketupat,rendang,lemang di pagi raya, hehehehhe. chill!

*opss macam awal je nak wish kan?tak apa, aku tahu ada diantara blogger sini sudah gumbira dan excited buat persiapan, heee ;D

**************************
FULL STOP

missblurry

3 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

kenapa tak beli tv kecil + aerial letak kat rumah itu? boleh jg tgk. ataupun tv usb. (Tapi One Piece pun best juga)

Selamat Hari Raya ya Anis ;) Maaf Zahir Batin.

misSbLurRy said...

edzlin,

100% orang situ guna astro, memang ada tv dari rumah kl bawak sana, tapi xleh pasang sbb jiran2 ada astro, so langsung x clear

selamat hari raya juga

Anonymous said...

selamat hari raya and maaf zahir batin