Friday, August 17

balik kampung



packing barang,done!
packing bahan masak,done!
kemas rumah.done!
buang sampah,done!
tingkap tutup,done!
suis tutup,done!
motor kunci,done!

benda paling basic bila kita nak balik kampung dalam keadaan atau jangka masa yang agak lama kan,so awak semua, jangan terlalu excited bila nak beraya dan jumpa ahli keluarga sampai terlupa yang ada depan mata ni, ingat, perkara tak diingini berlaku di mana-mana sahaja walaupun kita sudah berhati-hati..;D

selalu tak dengar lagu sudirman,balik kampung?

ok!aku suka dengar sebab bikin jadi excited kan? tapi sedarkah anda bahawa setiap kali anda balik kampung,langsung tak menggambarkan dalam lagu tu?apa tak percaya?tunggu jap yer,aku buktikan.

1. perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama.

a'ah ye, banyak cantik, tak terasa jauh, kalau dah berejam tersangkut dalam jam, sampai petak bontot jadi nya, apa ke benda nya?

2. ingin berjumpa sanak saudara,yang selalu bermain di mata.

ye ke?bukan ke awek/pakwe atau kawan-kawan yang selalu bermain di mata?belum pape dah planning nak round kawasan raya pertama lagi, kan...

3. nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nan tinggi bertambah tingginya.

kalau balik kampung gerak malam,yang aku nampak lampu break sepanjang jalan, kalau balik siang pula, pelbagai jenis kereta je aku nampak, kiri dan kanan..maklum lah,jalan dah highway, kalau dulu balik pahang before wujudnya jalan baru,baru yer..

4. terbayang wajah-wajah yang ku sayang,satu-satu tersemat di kalbu,pasti terubat rindu di hati, menyambut kepulangan ku nanti.

ok,part ini sedih sikit, zaman arwah wan aku hidup lagi, memang dia menanti anak menantu cucu cicit dia balik,kalau tak balik dia akan tanya sambil tu dia akan duduk kat depan pintu kat tangga rumah,duduk termenung entah apa difikirkan,mungkin ambil angin petang kot, tapi seolah-olah menunggu seseorang, sedih tak?sedih kan kan kan...ahahahahh, still melekat dalam otak aku,kenangan itu!

but now, oh man, mana ada dah, kot ye ada, paling koman sebab terserempak masa aku masuk rumah dan nenek aku nak ke toilet dan akan berkata "eh siapa ni?dah balik?bila sampai?ooooo", sambil berjalan berlalu pergi tanpa sempat aku nak menjawab, dan aku tercengang2 dan terus buat tak tahu..eheheh...

mesti korang pun kena juga kan?ahahahah. ok, itu kenyataan!

alright!

ini hanya melawak sahaja, jangan ambik serious ok?aku tahu orang sekarang susah nak berlawak, sikit-sikit nak serious, please,korang dah tak ada unsur lawak dalam diri ke? well apa nak aku sampaikan adalah,zaman dulu dan zaman sekarang sangat jauh perbezaan nya.

kalau dulu kita memang guna jalan lama, dan apa yang dikatakan dalam lagu ni semua betul,gunung, ladang, berbagai tu, now guna highway,mana nak rasa kan? then pasal menyambut kepulangan tu, dulu kan tak ada handphone, bukan tak ada tapi line punya lah teruk, now internet merata2, boleh tweet2 je dengan atuk nenek kata nak balik dah, memang ler dorang tak tetunggu2 kan.

so, apa jua zaman yang kita lalui, zaman batu, zaman jepun, zaman cyber, atau zaman teknologi sekali pun, adat dan budaya kita jangan sesekali di lupai, jangan biarkan ia tenggelam dek kerna peredaran zaman yang semakin maju.

holla melaka, here i come, ;D

selamat hari raya!

*******************************************
FULL STOP
missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

mass inside said...

ohhai balik melaka yee.. selamat hari raya blurry! :)

nun menghijau trafik light diatas jalan raya~ lalalala