Friday, January 20

chef blurry #5- biskut coklat rangup

actually rasa dia macam cookies,
boleh tahan lama kalau buat rangup2


bahan A

  • 250g butter
  • 150g gula perang
  • 50 gram gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
bahan B
  • 350g tepung gandum
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh emplek

bahan C
  • badam ( dibakar dahulu)
  • coklat cip
masa : *15-20 minit
suhu  : 180 celsius

cara-caranya.

  1. pukul bahan A sehingga kembang dan sebati dahulu, jika tiada gula kastor dan guna gula halus, make sure blend bagi halus dahulu gula halus supaya bila makan tak rasa gula ketul2...eheheh
  2. kemudian kacau bahan B di bekas lain dahulu, dan campurkan ke bahan A.gaul sehingga sekata
  3. masukkan bahan C pula, dan make sure badam sejuk baru dicampurkan.
  4. bulatkan kecil2 dan lenyekkan nipis2 dengan garfu atau apa saja
  5. bakar sehingga masak

*kalau bukat comel2 macam dalam gambar aku atas tue,masa dia 15 minit, tapi kalau buat gendut, masa dia kene tambah sikit, nak tahu bakar sikit dahulu then tengok, if lepas bakar dia still lembut dan basah2 so korang tambahkan masa..tips dia bila da abis bakar, dia akan kering dan terasa rangup nya.

*****************************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

digital clock said...

owh senang je..

telan liur lagilah aku. haha

misSbLurRy said...

digital clock,

senang je beb,ptang nie aku nak buat lg..ehehehhe