Monday, November 28

final year of college life #9 - satu subject sahaja, heaven !


hello guys, sebelum terlambat walaupun memang dah terlambat tapi tetap nak ucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun baru ini dapat meningkatkan dan mendekati diri yang lemah ini kepadaNYa, amin.

well, macam biasa aku nak cerita hal semester depan aku, hurm, bunyi memang macam awal je sangat lagi kan, tapi sebenarnya untuk warga UPM bukan awal tapi agak sudah nak masuk permulaan alam semester baru.

kenapa aku cakap macam gitu?sebabnya jadual untuk semester depan sudah keluar, dan seluruh student UPM mula pening untuk susun jadual,lagi 2 minggu bukak ESMP (student portal). dan aku bernasib baik sebab dari semester ini lagi aku dah langsai hutang subject university.

tapi yang tak best nya, semua subject elektif aku tak bukak untuk semester depan, kalau ikut sistem ESMP,setiap student wajib ambil 12 jam kredit, tak boleh kurang sebabnya system dia agak bodoh sikit, dia tak accept melainkan kita kena jumpa dengan admin, dan berbicara dengan admin adalah sesuatu yang menyakitkan hati,

click gambar untuk tumbesaran yang sihat

so masalah aku sekarang ini adalah aku cuma dapat ambil 1 subject je, legend tak legend lah kan, hurm aku dah pening, apa kata aku tajamkan lagi ilmu hisab korang ni, hi hi hi

papan komposit II     3 jam kredit
projek tahun akhir B  3 jam kredit

subject elektif          4 jam kredit

----------------------------------------
total                       10 jam kredit
wajib ESMP              12 jam kredit
-----------------------------------------
hutang jam kredit       2 jam kredit


click gambar untuk tumbesaran yang sihat

anda sudah nampak?masalah sekarang, aku cuma ada 6 jam kredit je memandangkan elektif yang aku nak ambil tak di bukak semester depan,semua elektif ok!!so kalau ikut logika nye, aku berhutang 6 jam kredit, arg!! matik, subject yang aku nak ambil untuk menyelamatkan wajib ESMP aku iaitu kemahiran rekreasi luar pula tak dibukak untuk kos aku, WTF!!!

jadi apa lah aku nak ambil untuk 2 jam kredit aku lagi tue?andailah aku mampu cairkan hati lecturer subject elektif aku tue untuk bukak kelas,tapi aku tetap berhutang 2 jam kredit lagi, apa subject nak ambil ni?eh korang faham ker apa aku bebel ni?ahahah kalau tak faham, faham2 kan lah yer

masalah utama aku adalah, untuk semeter depan cuma 10 orang je final year student atau final semester student,kenapa?sebabnya 10 orang ni adalah ex diploma,so boleh buat exemption maka memang ini sahaja yang tinggal, opss memang kos aku setiap tahun hanya ambil 30-40 student sahaja, memang terhad, dan dalam 3-4 orang sudah selesaikan subject elektif dia,so tinggal 6 orang saja,subject elektif pula ada dalam 4,dan tak semua nak ambil subject yang sama, masing-masing punya minat




jadi kalau dah jadi macam gini, nampak nya dalam kelas yang aku nak ambil nie aku sorang je student nya?memang aku mengayat lecturer tue lah kata terus bagi aku A, tak payah susah2 amik exam dan buat assignment memandangkan aku sorang je student kelas dia, muahahah bahagia hidup aku kan..final exam pun belum tempuh,ada lagi baki sebulan, sudah kene fikir hal yang akan datang untuk semester depan pula, aduh2 sakit kepala den,

porke porke, porke tak bukak elektif, aduh aku nak grad oi, aku taknak duduk sini lama-lama, tolong lah,tolong faham masalah aku yang aku nak grad juga tahun depan,please, i beg you!!!

*****************************************
FULL STOP
missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

huii susah gak mcm ni. hmm semoga ia dapat diselesaikan.

Unknown said...

haha klu mls nk g kelas gak tak tau la.. :D