Thursday, December 22

PTPTN lagi



entry sebelum ni, aku pernah bagi tahu yang penyata kewangan aku jadi kosong untuk baki hutang aku dengan ptptn, well bila aku bukak balik website E-FES, dia mention suruh aku bukak web lagi satu, CLICK HERE.

rupa-rupanya dia update penyata aku kat situ untuk sesiapa mohon ujrah, hurm, bila aku tengok the latest loan aku, dan aku puas hati sebabnya memang buat masa ni aku kena bayar ape yang telah di janjikan, alhamdulillah, moga-moga tak ada yang musykil lagi, maklum lah kan, banyak benar kisah kurang senang kalau hal PTPTN ni, so aku bukan jenis yang simply2 nak percaya macam gitu,aku nak tengok bukti depan mata dan apa aku alami dulu, baru boleh akui atau tak kenyataan orang yang buat tue.

sebelum ni,ada kawan facebook aku update status pasal ujrah, katanya kene tipu,mungkin dia salah faham atau dia tak baca betul2 masa dapat surat perjanjian, memang before buat ujrah,akan dapat penyata untuk bayar berapa setiap bulan, dan kiraan itu boleh tengok kat website ni CLICK HERE.

rm 134.77 itu adalah kalau kadar sama
 rata dalam tempoh 60 bulan

aku jelaskan kat sini,contoh aku pinjam 7500 dan 3%,so bila aku kira aku kene bayar rm 75.66 sen pada tahun pertama,tahun berikutnya aku kena bayar rm 98.33, dan seterusnya, pada tahun kahir aku kena bayar rm 216.40. kenapa?sebabnya logiklah, dia nak habiskan pinjaman aku yang rm 7500 + 3% dalam masa 60 bulan atau 5 tahun, if dia tak naikkan kadar bayaran itu, macam nak habiskan dalam tempoh yang sepatutnya kan. kalau tak faham korang boleh pergi website tue, sila rajin kan diri anda, ok?

dan issue pada status budak itu, dia kata dia kene bayar almost rm 400/month,so dia kata dia kene tipu because kalau tak buat dia kene bayar rm 50 je. hello bro, cuba fikir logik sikit, kalau kau dah pinjam almost 40K, logik ke kau nak bayar rm 50/month dan boleh habiskan dalam masa 120 bulan?kata budak engineering sentiasa pegang calculator?takkan simple math pun tak boleh nak buat kan?aiya.

dan macam2 lagi lah aku dengar,well macam aku cakap pada entry sebelum ni, bila pinjam memang sedap,tang bayar banyak nya lah reason dia. sebelum berkata apa-apa, lenkali fikir masak2 nak pinjam ke tak nak, baca every single word dalam perjanjian sebelum main sign je surat tue kan?faham kan betul2,

mungkin hal ni,masing-masing boleh fikir,dah besarkan, ye la kalau kata kanak2 how come boleh pinjam loan sampai puluh-puluh ribu,so for those yang nak tahu penyata terkini,boleh pergi ke website yang aku bagi kat atas,dan untuk dapatkan no pin pun ada dia bagi tau situ, either kau sms atau buat aduan pelanggan,mudah dan simple,segala nya hujung jari.

kalau still malas untuk kebaikan diri sendiri, memang susah lah nak kata, dan aku bagitahu lagi sekali, kalau tak ada effort untuk ambil tahu hal macam gini untuk diri sendiri, so jangan lah bunyi2 macam orang tak ada otak, faham?
klik untuk membesarkan badan

sebenarnya aku nak cerita lain pasal ptptn ni,tapi terpula cerita hal ini, ahahah aku nak tunjuk macamane nak dapatkan surat perjanjian ujrah,aku rasa sempat lagi kalau siapa yang nak buat,benda pun tak banyak hal, just sign dan pergi matikan setem, atau beli terus setem hasil kat LDHN,so tak payah nak matikan sebabnya dia cop terus.


kat sini aku nak bagitahu lagi,selagi korang tangguh bayar loan, makin lama makin naik sebab penangguhan bayaran balik adalah err tak tahu berapa percent tapi aku kene tanggung rm 18.00++/month, kalau tak silap kawan aku hutang rm 15k,dan pengangguhan dia rm 30.00++/month,so jangan terkejut if kalau korang log in kat E-FES, tengok baki hutang lebih dari yang korang berhutang, ini adalah standard, thank, ;D

*sila click pada circle merah itu, kalau tak boleh sila guna mozila atau IE,selamat mencuba ;D

**********************************
FULL STOP 
missblurry

1 ,000 yang sedang blur:

digital clock said...

hmph..ptptn oh ptptn..