Wednesday, July 11

lecturer perangai pelik

hai all,
hari ini hari selasa, yes aku bangun terlalu awal gara-gara tidur terlampau nyenyak, susah juga kan jadi manusia ni, terlalu nyenyak pun tak boleh terlalu tak tidur pun tak boleh,hurm aku cakap macam ini,macam lah aku boleh berubah wajah,redha je la.

well,bukan itu yang aku nak cerita hari ini, tapi nya aku dapat 2 berita sahih, okeyh sahih bukan palsu lagi, 1 berita kecewa yang tahap memang wajib memaki orang, lagi 1 berita gembira, ;D

mana satu nak dengar dulu?ok aku bagi berita gembira dulu yang aku rasa dah boleh jangka,yes, tepat tekaan, alhamdulillah,akhirnya thesis aku dah di sign oleh datin a.k.a dekan fakulti aku, tapi nya aku datang ambil minggu depan sebab aku buat part time kerja dengan lecturer aku, so alang-alang ke fakulti terus ambil dan dijilid, harus aku snap pic theses berkenaan, ;D

ok berita kecewa pula, oleh kerana aku bangun pukul 4 pagi,dan main game di handphone sampai pukul 6 pagi, maka sebab tak tahan sangat dan azan subuh pun sudah bergema maka dengan yakin nya aku keluar bilik on lappy, mandi dan solat.

mampu tak korang?
kalau dia ni teman korang main lappy?

kenapa perlu tunggu azan?sebab masa aku bangun,otak aku asyik terfikir aku akan terjumpa cik pocong, dan cik pocong tu tenung aku yang dok kusyuk main lappy,nampak tak?kemain imaginasi aku yang tinggi tu,bukan apa kawasan perumahan aku dah ramai yang kena,ahahah so alang-alang aku dah tetiba takut maka batal niat dan tunggu azan, the best choice aku boleh buat that time..

oh man,dah melalut,ok straight to the point, berita lagi 1, subject international timber trade yang macam bodoh tue punya markah macam haram, aku nak tunjuk bukti tapi esmp dah reset markah,sistem esmp campus aku sekarang ni admin yang handle,once dah update markah maka dah tak boleh edit atau tarik balik,keputusan muktamad, kenapa aku marah?

bayangkan eh, markah dia update /60, pecahan pula 20-40, yang /20 aku dapat 4/20, yang ini sah2 markah assignment, ape ke bangang nya, setiap minggu aku buat assignment dia yang susah nak mati tu, dia bagi 4 je?bodoh tak? then yang 40 pula markah exam, yang ini aku agak puas hati usaha sendiri kan, so total aku dapat 32/60, separuh je beb markah carry mark aku?sangat tak logik,lagi2 assignment tu?aku ponteng kelas dia sekali je sebab pergi buat passport.


nak dijadikan cerita,semalam ktorang check result thru iphone, ismp. memang upm special sikit dan menggalakkan student pakai apple gadget, cibaok gila! so dengan tepat tekaan aku,dia memang tak update markah,bila kami message dia, boleh pula dia sentap,then maki ktorg, pergg, cuma tanya pun salah ker?dialog dia lebih kurang macam ni

kami : encik, result exam memang tak masuk lagi eh?
encik: belum masuk.
kami: oh,kami tengok result thru iphone,semua markah dah update,kami takut  nanti bermasalah dengan admin.
encik: tiada masalah....

3 minit kemudian..teet teet (message masuk)

encik: ketua jabatan sudah tahu,pihak admin pun dah tahu,mereka tengah bincang untuk menyelesaikan masalah ini, they know better than you, so dont spaculate.

ktorg baca message tue terus tergamam?what the hell is that? tanya je pun,perlu ke cakap macam ni,kau sendiri kata tiada masalah kan,full stop lah,maksudnya kau akan uruskan, memang masa ni masing2 memaki habis.lagi hangin bila pagi tadi tengok markah dah update,aku tengok pukul 6 pagi,sah2 dia update lepas ktorg tanye, btol x?memang aku tahu,tak baik maki pengajar yang beri ilmu pada kita nanti tak berkat, tapi perangai dia ni memang wajib kene maki masalahnya,tahap nak memaki dia macam korang tengok iklan KLMU kat wayang tak pun iklan kosmopoint kk, tak pernah tengok?tak ingat meh aku ingatkan,tengok ni...

entry aku kali ini memang panjang,berbuih nak baca,hahahah maklum lah luahan seorang pelajar akhir jadi mangsa pengajar yang perangai pelik dan tidak boleh untuk ditegur, masalah sekarang ada antara kami yang dapat sikit markah,akan datang kami pergi practical,hope tak sangkut apa2, yuran 1 semester almost RM800, takkan hanya untuk 1 subject kan?nampak x masalahnya?adoiiii....

amacam?rasa macam nak memaki x?

apa pun semoga kehidupan encik ni aman,aman dengan perangai jerk dia tue, pelik sungguh, ego tak boleh untuk terima pendapat orang lain,atau terima pandangan atau soalan dari student, kalau aku tahu aku tak pergi kelas dia,macam kawan aku lagi sorang buat,argggggg....tension, jom makan chocolate!hilangkan tekanan.

*Untuk korang disana,setiap semester cari lah lecturer yang berhati perut,semua ini akan effect markah,kalau perangai pelik tapi dia proffesional tak jadi masalah,ok?pengajaran untuk aku,dan yang membaca.btw dia ni baru di transfer dari fakulti ekonomi,maka kami baru kenal mamat ni!

*****************************************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

Edzlin said...

Ku pun biasa dapat yang ego :) Anis, ku doakan yg terbaik ;)

qwerty said...

pertama sekali blurry : wei alaaa. ni apsal ade gamba poc ni.. sereeem la aku..sob2

keduanya blurry : iklan kosmopoinnn kk mmg mintak maki kan. haha. aku pon x suke iklan tuh.

ketiganye : jemput la datang blog baru aku yee. aku ni owner digital clock dulu. :D