Tuesday, July 3

chef blurry #5- red velvet cake

hello all, hari ini chef nak kongsi resepi red velvet untuk korang, yer untuk kamu yang sedang baca ini. well sebenarnya,chef nak type entry ini tadi, tapi sebabkan kebengongan chef tahap gaban, chef entah tekan apa tetiba hilang dan tak save, oh sakit nya hati.

sebabkan sakit hati, chef straight to the point untuk bagi resepi yang chef rasa sangat puas hati, ini cubaan kali ke 3, campuran antara resepi A dan resepi B, maka wujud lah resepi C, sekian..heheheh



Resepi kek red velvet:


nampak tak?berapa tebal nyer topping chef..
makin berlemak la perut chef ni


Bahan acuan Kek

Bahan A: 

240 ml susu cair
2 sudu teh cuka
2 sudu teh serbuk merah (chef gunakan serbuk,kalau guna pewarna,warna merah tak berapa cantik,sangat tak glem ok)

Bahan B:

250 gram tepung naik sendiri (jika tiada, 250 gram tepung gandum + 1 sudu teh baking powder)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko

Bahan C:

2 sudu teh cuka
1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan D:

150 gram mentega *
280 gram gula castor *
1 sudu teh esen vanilla *
3 biji telur gred C

Bahan Cream Cheese Frosting:

2 ketul kecil cream cheese,chef guna brand tatura (dilembutkan)
1/2 cup butter (dilembutkan)
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gula icing, diayak



Cara-cara:



1. satukan semua bahan A, ketepikan. jangan kacau, campur kemudian biarkan.

2. satukan semua bahan B, kemudian ayak dan ketepikan.

3. campur kesemua bahan D yang bertanda (*), pukul sehingga kembang.

4. masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga kembang.

5. masukkan bahan B ke dalam bancuhan kemudian selang selikan dengan bahan A (setelah dikacau). pukul sehingga sebati kesemua bahan.

6. di dalam mangkuk yang lain, satukan bahan C dan tunggu sehingga bunyi berdesing hilang. masukkan bahan C ke dalam bancuhan kemudian pukul sehingga sebati.

7. bakar di dalam suhu 180C menggunakan api atas bawah dalam 40 minit atau sehingga masak. sejukkan kek.(chef galakkan guna kertas sebelum masukkan acuan ke dalam bekas untuk bakar kerana memudahkan mengeluarkan kek selepas dibakar, ini sebab kek lembut dan mudah pecah)

8. pukul butter dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila diikuti cream cheese, pukul sehingga sebati.


nampak tak colour merah dia?
menawan kan?



*jangan terlalu ghairah semasa letak serbuk merah,kerana jika terlalu banyak nanti kek akan jadi pahit,awas.

*kek ini sedikit tawar jika dimakan begitu sahaja,tapi jika digandingkan sekali dengan cream cheese,dia sangat perfect.for those yang suka kan manis, boleh tambah gula di bahagian acuan kek.

tatura cream cheese

*untuk topping pula, resepi tersebut adalah sesuai untuk 2x acuan kek,jika lihat gambar chef,itu adalah 1x acuan kek,maka dia terlalu tebal,tapi sesiapa sukakan cheese,tak jadi masalah cuma bila belah tengah,letakkan topping tebal sedikit untuk sekata dengan topping atas, baru lah mantop!

*resepi untuk acuan kek chef ceduk DARI SINI

*resepi untuk acuan topping pula, chef ceduk DARI SINI



*sila guna sudu khas sukatan untuk kek 

****************************
FULL STOP

missblurry

4 ,000 yang sedang blur:

dayteenlea said...

it's good!
nyam nyam!

putryteya said...

waa , cam best . nak try la . bahan dia pun tak lah susah cari :)

misSbLurRy said...

dayteen lea,

seriously sedap

misSbLurRy said...

putryteya,

a'ah bahan dia simple...kalau memang semua bahan dah ada kat rumah, just beli cream cheese je