Thursday, July 19

science bukan jiwa aku!

hari ini aku cuma nak menceritakan,kekaguman aku terhadap mereka di golongan bidang sains ini.well, sejujurnya aku memang susah nak adapt dunia sains, otak aku masih lagi di tahap kanan-kanak yang penuh dengan tanda soal. bagi pendapat aku lah,sains memerlukan imaginasi yang tinggi untuk meng'relate'kan dengan apa yang diorang kaji.ye lah, mana tidak nya, mengkaji sehingga titisan terakhir, nano micro entah apa lagi jenis yg sekecil alam pun nak di kaji.

bagi aku yang otak hanya di berfikiran secara logikal sememangnya tak akan dapat terima kenyataan kenapa perlu mengkaji sampai tahap macam itu sekali. perlu ker, orang nak tahu se"complicated" itu?mungkin iya untuk kalangan industri supaya dapat memantapkan lagi produk yang dikeluarkan.ermmm...(still tak boleh terima akal aku,ahahha)


well, hampir seminggu aku mula bekerja dengan lecturer aku, memang kerja lab yang menunggu almost 4-5 hours untuk settlekan 1 experiment sahaja,yup!kerja lab memang memenatkan kerana penat tunggu!dan aku masih ditahap tadika untuk menyesuaikan diri dalam bidang research ni,aku manusia yang impikan dan angankan kerja site,keluar sana sini dan bukan terikat dengan suatu benda,tapi dengan bidang aku sekarang ini, memang itulah kerja aku, =.='.

aku rasa aku macam terlambat je nak setting otak aku ke dunia research,tapi aku cuba sedaya upaya sebabnya, memang ini ditakdirkan dunia aku, tinggal diri aku je nak usaha untuk dapatkan tune tue, aduhai, tak terbayang aku apa akan jadi untuk masa akan datang, mampukah diri ini?

kerja aku tak banyak tapi aku tak boleh berfikir secara waras, kenapa dia kaji benda ini, yang ini untuk apa, kenapa dan mengapa, ada relate ke? so dah dapat result, nak buat apa dengan result ni, kenapa kena guna bahan kimia nie, kalau tak menjadi, macamana nak adjust, semua itu menjadi tanda tanya untuk diri aku,sedangkan aku tengok orang lain, ada je idea macamana nak handle.



yup, memang ada guide,ada buku, tapi hapa pun aku tak faham, sedangkan mereka yang lain mampu berfikir. dunia sains bunyi macam best, memang best untuk mereka yang betul-betul minat sains, orang yang macam aku,boleh belajar tapi untuk berminat memang tidak, memang kelaut lah jawabnya, ppffttt, maafkan aku wahai missblurry, aku akan paksa diri kau untuk menyesuaikan diri dengan bidang ini!harap maaf,tiada lagi kompromi!

dan aku sangat kagum mereka yang boleh berfikir secara waras di dunia sains yang penuh dengan istilah pelik2,machine yang pelik, segala campuran kimia yang aku sendiri susah nak menyebut dan hafal term2 nya, but sorry to say, korang memang wierd untuk aku,ahhahaaahh, daya pemikiran kamu kurang normal untuk orang jenis macam aku...opsssss ;D

*semoga aku dapat menyesuaikan diri,dan belajar mengenai dunia sains,oh,kesiannya diri ini,minat terhadap benda lain terpaksa dipendamkan!terseksa batin dan zahir ku!setengah orang bila belajar tak jadi masalah,tapi untuk meminati belum tentu lagi berjaya, it can make ur heart explode!

*********************************
FULL STOP

missblurry

2 ,000 yang sedang blur:

zacky786 said...

so kna la bljar cara utk meminati plak :)

misSbLurRy said...

zacky786,

yeah, kene tanam sedalam2 nya minat tue, oh tidak rela!