Thursday, August 26

bila berbuka seorang diri

 korang jangan berani nak gelakkan lukisan aku yang chomel
at least aku ade bakat..korang???


hari ini, hari sedih aku, agak menyedihkan lah sebab nya aku terpaksa berbuka puasa seorang diri,...hurm terasa bagai diri ini di bumi yang aku sendiri tak kenal....eh apa yang aku mengarut ni?by the way, aku balik kelas pukul 1600 H, aku rasa agak cepat lah jugak...balik2 terus aku kejar bus suasana edaran yang pegang kad pengenalan KTP/K5/KPZ...ahahah bermakna destinasi yang aku tuju adalah tak lain dan tak bukan tempat kesayangan bagi perut buncit kempis aku ni. YES!!! foodcourt nama beliau. ahaks!!

macam biasa, disebabkan baru pukul 1630H, ( owh aku tunggu bus hanya memerlukan 30 saat, kali ini bus datang dengan pantasnya dan keadaan bus adalah sangat lengang yang membolehkan aku buat gaya bebas didalam bus..hurm....) maka foodcourt kelihatan sangat sempurna untuk membuatkan aku sempat berangan di depan makanan2 yang telah disediakan...

benda yang paling mencabar bagi aku di bulan puasa sejak bergelar mahasiswa adalah NAK MAKAN APE?????bagi aku bukan saja di bulan puasa tetapi di hari-hari biasa jugak..goshhh...korang tak pernah ke rasa macam gitu?aku rasa bab nie sangat failed....serious kot....

setelah mengambil masa lingkungan waktu zimbabwe iaitu sebanyak 5 saat, maka makanan aku adalah seperti biasa....NASI BUTIR (gaya mamak restaurant syed dekat rumah aku punya ejaan,..bungukSS!!+ tempe+ ayam masak cili padi ( tapi aku rembat kuah sambal..ahaks)+telur masin dan berbekalkan bubur lambak eh lambuk...lambak tue group member aku kat kem hutan...ahhaha rindu beliau!!

 ini la juadah berbuka aku untuk berkali-kali
air+kole kesayangan aku

owh sebelum aku terlupa, sebenarnya bubur ini aku dapat free, masa OTW balik kolej, ada staff faculty datang merayu2 kat aku, nama dia kak normah  ( bukan nama sebenar) suruh aku amik bubur dia,tengok muka dia aku jadi kesian, so aku ambil aje lah tanpa ragu2..thanx kak nor....erm apa la nama dia..lupa pula nak tanya...
bubur lambuk faculty

sementara aku menunggu untuk berbuka puasa. aku bantai main game...not bad, game sengal kat facebook dan tidak dilupakan brick game kesayangan aku ( ok shut up!! jangan cakap pape) sambil dengar mp3 kat lappy yang lagu tak pernah berubah...cerita pasal lagu, semalam aku da mula dengar lagu raya kat radio ( dengar dalam bus suasana edaran).aku rasa sangsi dan langsi,,beb baru puasa 14 hari,,,wak lu da spin lagu raya....haiya...

 brick game kesayangan aku
aku beli kat kota london giant
dengan harga 690 eurika

merdaka lagi sminggu lu tak nak plak spin lagu2 merdeka, kenapa nak dahulukan lagu raya? mana semangat kemerdekaan yang ada dan ditanamkan since sekolah rendah?? sumpah aku cakap, kemeriahan merdeka hilang da aku rasa, bukan sebab puasa di bulan merdeka tapi memang semangat kemerdekaan itu dah lusuh dalam jiwa reamaja sekarang!!!

aku ingat lagi,zaman sekolah dulu, datang je bulan kemerdekaan sure macam2 contest yang kelab masing2 berebut nak buat, dan aku adalah salah satu peserta yang tak reti malu bantai masuk semua contest tue bukan apa, sekadar suka2, seronok beb...tapi sekarang? dalam ipta since aku diploma, aku tak rasa ape2pun bila tiba bulan merdeka,....kenapa yer???itu tanya diri korang sendiri....

merepek meraban punya panjang jam menunjukkan pukul 1921H..neway selamat berbuka wahai rakyat malaysia dan sewaktu dengan nya,,update akan datang aku still nak cerita psl merdeka...ahahahah

*********************
FULL STOP
missblurry

0 ,000 yang sedang blur: