Tuesday, July 26

mari sarapan #1

dah lama tak makan biskut kering nie

well, mesti ada yang leh teka kenapa aku boleh update entry time macam gini, eheheh biasa lah tue kan, tapi sebelum tue,sorry guys, dah lama aku tak update blog and tak singgah blog korang...bukan tak nak tapi aku tak ada mood..masalah aku belum selesai lagi...

bolayan dulu masalah aku tue, aku nak kongsi cerita agak sedih di pagi hari selasa nie, ahahha nak tau kenapa?sebabnya pagi-pagi pukul 5 pagi aku dah menderita kelaparan,tapi boleh lagi menahan lapar dengan tengok tv, thanx astro even rancangan kau ulang-ulang tapi kau wat aku leka untuk fikir pasal makan...


tapi pukul 6.30 pagi tadi, aku tak boleh tahan lagi dah,almaklum lah, perut aku ditemani makanan pukul 12.00 tgh hari semalam  je, dengan beberapa suap nasi goreng, then langsung aku tak sentuh makanan...punya lah lapar..terus aku tengok dalam fridge, nampak pula sosej..apa lagi terus lah aku ambil dan potong,ambil pulak bawang and telur dan juga megi

nah kau, pagi2 buta aku hadap maggie, memang mat salleh pun tak buat macam gini, tapi sodap jugak beb, cuba korang buat, layan wookk, sejuk-sejuk then makan megi, rasa macam makan spaghetti pizza hut wei...dan aku rasa maggie nie mampu bertahan sampai tengah hari, dan dalam pukul 4 petang sah-sah aku akan tidur and bangun malam, dan seterusnya perjalanan hidup aku sepanjang cuti nie akan terjadi...errr

aku dah terfikir sarapan utk esok, petang nanti before aku mengantuk,aku nak pau duit mak aku nak beli baked bean, rebus sosej then goreng telur campur madu sikit, argg sodap nye...esok aku akan tunjuk makanan aku masa sarapan ok...choww

nota gaji tak dapat lagi

1. dah sebulan tapi belum dapat lagi
2. adakah aku terlalu bagi muka sampai dia anggap aku tak beria pasal nie?
3. boss aku anak taukeh tapi apa reason dia susah sangat nak bagi gaji kat orang?
4. kalau macam gini anak melayu running bisness no wonder tak lama bisness tue??
5. kejam tak kalau aku tak dapat gaji, dan aku doa kan bisness dia bungkus dan aku tak halalkan duit tue...;)


************************************
FULL STOP
missblurry

8 ,000 yang sedang blur:

amna said...

alahai, comel je sosej dalam magi tu.. awat lapar smpi tahap cmtu skli? smlm tak makan nasi ke ?? hehehe

misSbLurRy said...

amna,

a'ah makan sikit je tgh ari semalam...tue lapar tue

edzlin007 said...

apsal jarang makan?

missgee said...

Makan..Tido.. Nengok tv..
Aktiviti bila dok kat umah..
Bila takde keja..
Takpe arrr...
Kasi layan aje..
Esok2 rutin akan berubah..
Harap bersabar :)

RAFIQAH SHAHIRA said...

sama la kita. aku da 2bulan xdpt gaji,geram je.

misSbLurRy said...

edzlin007,

eheheh malas nak makan...klo duduk rumah mmg mcm gini

misSbLurRy said...

missgee,

lagi sebulan...fuh tak sabar rasanye

misSbLurRy said...

rafiqah shahirah,

apsal x g tuntut...g terus office...2 bulan melampau la...tunggu sbulan pun da seksa