Tuesday, October 25

final year college life #4 - entiti laptop


kali ni aku nak cerita serious sikit, mungkin serious seram kot,bagi aku memang seram dari yang aku cerita before ni,well kalau dah seram dan tengok tajuk, yes cerita hantu, aku WARNING,sesiapa jenis yang hardcore langsung tak boleh dengar or tengok cerita-cerita seram, better korang baca entri lain..hiihih..

korang pun tahu kan yang aku pindah kolej?then aku dari semester lepas lagi mengharapkan tak ada gangguan halus tulus mulus dari makhluk lain,memula duduk, ok je, tak ada pape, memang tarik nafas lega, suddenly aku pernah tidur bilik kawan aku, bilik dia depan bilik aku jer...

tak di sangka tak diduga, yerp, gangguan tue datang,dia main ketuk-ketuk besi kepala katil, memula aku fikir benda biasa, kot lah bunyi belt or tudung yang kawan aku gantung kat almari dia, bila toleh dan perati tak ada bende pun yang boleh jadi bunyi macam gitu...

aku senyap je cerita ni, langsung tak cerita kat sesiapa sebab aku sedapkan hati,kata yang aku fikir bukan2...dan nak dijadikan cerita, benda tue datang bilik aku pulak, kejadian nie berlaku 2 minggu lepas..masa tue aku tengah main laptop sampai pukul 3 pagi..sebabkan malas amat dasyat nak tunggu lappy betul2 shut down, maka aku pun biarkan je la tanpa tutup skrin lappy tue...

kedudukan aku tidur adalah seperti dalam gambar, aku ngadap pintu, orang2 tua cakap, kalau taknak diganggu tidur bersilang kan,so aku mengadap pintu,kawan aku mengadap tingkap, entah macamane time aku baru je baring, aku terdengar ade orang main tekan2 laptop aku, bunyi dia tekan tue kat bahagian space bar dengan enter,cuba korang tekan,enter dan spacebar bunyi yang berbeza kan..mula2 aku buat derk lagi, lama2 aku rimas, terus aku pandang lappy aku,tapi tak nampak apa2, aku memang dah fikir lain punya, tapi entah macamana, kekuatan aku tue kuat lagi,so aku bangun dan tutup skrin..terus senyap..

selang 2,3 hari lagi, aku dengar lagi tapi aku buat bodoh lagi sebab lappy aku dengan kepala jauh sikit, so bunyi pun sayup2 je,tapi 5 hari lepas benda paling hardcore,aku tengah buat proposal FYP aku,sebabkan kematu bontot dah, so aku tarik lappy dan duduk atas katil,tapi lappy atas meja,macam dalam gambar tue lah, macam biasa, mata mengantuk pada tahap pukul 2.30 pagi,tutup laptop, dan baring tanpa tutup skrin...

baru 1 minit aku baring, adjust2 kedudukan, entah macamana, aku dengar bunyi lappy aku ditekan lagi, tetapi secara kasar, memang kuat gila,dia main spacebar dan enter, bila dia rasa dia geram,dia seret kat word nie tapi bunyi macam jari tersangkut kat lubang antara button word nie,err korang faham dan boleh bayangkan kan?if not korang try sendiri...dan paling tak tahan,lepas dia seret, dia cakar2 guna kuku pulak kat keyboard...

korang bayangkan, gangguan ni aku kene almost 5 minute,aku nie jenis kalau aku fikir ada hantu pun tapi darah tak berderau,makna nya tak ada ape2, kali nie memang aku tak fikir tapi darah aku berderau yang sangat dasyat + jantung aku susah nak nafas, hurm....serious, aku langsung tak bukak mata, baca apa yang patut, nafas pelahan2...


terus aku tertidur dan tak sedar apa2,malam esok nya aku tanya roomate aku, kot dia pernah dengar pape,dia kata tak pernah, ok fine...then aku cerita kat kawan aku,dia suggest suruh tidur macam biasa pula,mengadap tingkap, dan jangan lupa tutup laptop, alhamdulillah tak ada pape, TETAPI,semalam kawan aku terlupa tutup skrin (padahal dari 1st day dia memang tak pernah tutup skrin) pulak dia kacau,dan aku juga yang dengar, laptop dia dengan kepala aku sangat jauh,tapi aku boleh dengar dengan jelasnya...

nampak sangat dia geram dan dia hentam gila2 keyboard tue kan??nasib juga lah if ktorg dua tutup skrin laptop,dia tak tekan keypad handphone pulak,kalau tak, menangis lah aku malam2,asik dengar bende2 gini je,bilik aku dia gila keyboard, bilik depan,kawan aku ni pulak,dia suke jentik2 besi katil..dan DUA-DUA MENGGUNAKAN KUKU...

korang boleh suggest tak?apa yang perlu aku buat selain baca2 ayat suci??seram lah kalau aku sorang je yang dengar..=(

kepelikan entiti laptop

1. macam dalam gambar dan tengok betul2,langsung tak ada ruang antara bantal dan kedudukan meja dan laptop aku kan?

2. kalau dah macam gitu,dia duduk tang mana korang rasa?hi hi hi

3. gambar ni aku snap yang dia main kuku tue...hurmmm

4.bilik kawan aku tue,aku dan kawan aku boleh dengar tapi roomate dia tak pernah dengar,...

************************************
FULL STOP

missblurry

3 ,000 yang sedang blur:

edzlin007 said...

Saya taktau sgt benda2 gini.

Ini antara yang saya dan roommates buat. Baca Yassin tiap-tiap malam, tak buat bising dalam bilik, dan simpan batu meteor, sebab makhluk halus tak suka meteor.

misSbLurRy said...

edzlin,

dalam bilik mmg x bising, bunyi cengkerik dgn kipas je...
psl batu meteor pulak...hurm 1 hal plak kan nak mencr...ehehehe

dayahdayah said...

AAAA.... SERAM GILA!!!!