Wednesday, October 26

rapid bus mesra pengguna



hai semua, aku update lagi entry memandangkan aku tak ada kerja nak dibuat, actually ada assignment kimia kayu tapi nanti lah dulu, mood update blog lagi membuak-buak banding buat assignment...heeee typical student kan...

kali ini aku bukan nak emo,cuma luahkan sedikit pendapat aku or information yang entah berapa percent yang aku tau fasal kemudahan awam untuk orang-orang kelainan upaya (OKU)nie,benefit golongan OKU ini memang banyak diberi oleh kerajaan untuk sesiapa yang mendaftar sebagai ahli.

tetapi untuk kemudahan awam, aku rasa tak banyak yang aku nampak, tadi masa balik dari mines, aku perasan rapid bus dah berubah wajah, lebih mesra pengguna sudah ade tempat khas untuk sesiapa yang menggunakan wheel chair,that means dia adjust pintu yang boleh bawak naik wheel chair tue,bagus perubahan ni.



tapi banyak lagi yang perlu di upgrade,lagi2 golongan yang menggunakan wheelchair,apa yang aku perasan tak semua KTM ada lift,ada jambatan pun guna tangga,agak susah disitu, dan paling aku tertanya2, macamana golongan wheelchair nie keluarkan duit??tak pernah seumur hidup aku nampak diorg kat ATM machine.

untuk sambung study pun sama, memang ada sekolah khas, lagi2 buta dan bisu,yang guna wheelchair pula macamana?pergi sekolah biasa dan yes memang akan diberi kelas paling bawah,tapi kalau ketandas?ke kantin?kalau ke sekolah menengah,ada juga sekolah khas teknik kat shah alam, politeknik pun sama, politeknik shah alam, khas untuk diorang,..

walaupun golongan yang menggunakan wheelchair ini minoriti,tapi tak patut kita buat2 tak nampak kewujudan diorang ni,yang aku perasan, dekat IPTA, hanya ade UM sahaja yang terima golongan ini,dan di UPM pun sudah mula terima mereka,baru semester ni diorang renovation bilik khas untuk mereka.bagus perubahan itu,diorang pun sama macam kita, ada hati dan perasaan, macamana perasaan korang macam gitu juga diorang tapi kenapa kemudahan itu tak ada?sebab minoriti?

best kan dapat surat cinta?

tandas khas diorang dah lama wujud, tapi kekadang ada juga manusia yang sempurna sifat zahir nya guna tandas tue, sama juga dengan kes parking khas untuk OKU,pun sama,relax je keluar kereta tanpa rasa malu,kenapa perlu penting diri sendiri?

sebenarnya semua benda ni aku pun baru sedar, sedar atas kemudahan untuk golongan OKU sangat teruk,mungkin sekarang ni dah ok sikit, atleast ade perubahan, dan aku mula buka mata pasal nie bila aku tengok rancangan 3R,korang sure tahu kan, rancangan khas untuk wanita,well even topic every week lebih kurang tapi banyak information boleh dapat dari situ,sekarang nak dapat show macam gitu memang tak dapat, banyak hiburan dari information..

aku harap lepas ni,banyak lagi benda yang harus diupgrade untuk semua golongan boleh pakai,yang lebih mesra pengguna, kita juga perlu dan mereka berhak untuk bersuara, mereka manusia biasa yang impikan kehidupan sempurna seperti orang lain, jadi sila jangan abaikan mereka dan jangan pentingkan diri sendiri, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..;)

*****************************************
FULL STOP
missblurry

0 ,000 yang sedang blur: