Monday, November 28

final year of college life #9 - satu subject sahaja, heaven !


hello guys, sebelum terlambat walaupun memang dah terlambat tapi tetap nak ucapkan selamat menyambut tahun baru, semoga tahun baru ini dapat meningkatkan dan mendekati diri yang lemah ini kepadaNYa, amin.

well, macam biasa aku nak cerita hal semester depan aku, hurm, bunyi memang macam awal je sangat lagi kan, tapi sebenarnya untuk warga UPM bukan awal tapi agak sudah nak masuk permulaan alam semester baru.

kenapa aku cakap macam gitu?sebabnya jadual untuk semester depan sudah keluar, dan seluruh student UPM mula pening untuk susun jadual,lagi 2 minggu bukak ESMP (student portal). dan aku bernasib baik sebab dari semester ini lagi aku dah langsai hutang subject university.

tapi yang tak best nya, semua subject elektif aku tak bukak untuk semester depan, kalau ikut sistem ESMP,setiap student wajib ambil 12 jam kredit, tak boleh kurang sebabnya system dia agak bodoh sikit, dia tak accept melainkan kita kena jumpa dengan admin, dan berbicara dengan admin adalah sesuatu yang menyakitkan hati,

click gambar untuk tumbesaran yang sihat

so masalah aku sekarang ini adalah aku cuma dapat ambil 1 subject je, legend tak legend lah kan, hurm aku dah pening, apa kata aku tajamkan lagi ilmu hisab korang ni, hi hi hi

papan komposit II     3 jam kredit
projek tahun akhir B  3 jam kredit

subject elektif          4 jam kredit

----------------------------------------
total                       10 jam kredit
wajib ESMP              12 jam kredit
-----------------------------------------
hutang jam kredit       2 jam kredit


click gambar untuk tumbesaran yang sihat

anda sudah nampak?masalah sekarang, aku cuma ada 6 jam kredit je memandangkan elektif yang aku nak ambil tak di bukak semester depan,semua elektif ok!!so kalau ikut logika nye, aku berhutang 6 jam kredit, arg!! matik, subject yang aku nak ambil untuk menyelamatkan wajib ESMP aku iaitu kemahiran rekreasi luar pula tak dibukak untuk kos aku, WTF!!!

jadi apa lah aku nak ambil untuk 2 jam kredit aku lagi tue?andailah aku mampu cairkan hati lecturer subject elektif aku tue untuk bukak kelas,tapi aku tetap berhutang 2 jam kredit lagi, apa subject nak ambil ni?eh korang faham ker apa aku bebel ni?ahahah kalau tak faham, faham2 kan lah yer

masalah utama aku adalah, untuk semeter depan cuma 10 orang je final year student atau final semester student,kenapa?sebabnya 10 orang ni adalah ex diploma,so boleh buat exemption maka memang ini sahaja yang tinggal, opss memang kos aku setiap tahun hanya ambil 30-40 student sahaja, memang terhad, dan dalam 3-4 orang sudah selesaikan subject elektif dia,so tinggal 6 orang saja,subject elektif pula ada dalam 4,dan tak semua nak ambil subject yang sama, masing-masing punya minat




jadi kalau dah jadi macam gini, nampak nya dalam kelas yang aku nak ambil nie aku sorang je student nya?memang aku mengayat lecturer tue lah kata terus bagi aku A, tak payah susah2 amik exam dan buat assignment memandangkan aku sorang je student kelas dia, muahahah bahagia hidup aku kan..final exam pun belum tempuh,ada lagi baki sebulan, sudah kene fikir hal yang akan datang untuk semester depan pula, aduh2 sakit kepala den,

porke porke, porke tak bukak elektif, aduh aku nak grad oi, aku taknak duduk sini lama-lama, tolong lah,tolong faham masalah aku yang aku nak grad juga tahun depan,please, i beg you!!!

*****************************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, November 23

final year of college life #8 - jadikan satu pengajaran



hari yang dinanti2 kan datang juga, yeah im talking about my  proposal FYP presentation,cuak memang cuak, tapi selagi kita fikir selagi tue kita cuak, so malam tadi aku pun buat lah preparation yang terakhir, cari side info lagi2 literature review pasal pokok ramin aku tue,

nak dijadikan cerita,tengah syok cari info and facebooking, plap!eletrik tak ada....dang!! beteri laptop aku memang dah jahanam, sempat bertahan 16 minit, nasib baik aku memang prepare segala benda awal2, info yang aku nak cari pun dah settle, tapi nya...

aku tak gosok tudung aku lagi..argggg, aku memang dah jammed tapi steady lagi sebabnya yang paling penting slide, last2 aku relax sekejap tunggu eletrik ada, oh yeah, aku rasa malam tadi 1 serumpun (4 kolej) tak ada eletrik,phew..or maybe dekat side perempuan je...

last kopek punya idea, kawan aku ajak iron baju dekat kolej sebelah (k13),lepak bilik kawan aku, tup2 tunggu pukul 1 sebab mengharapkan elektrik ada untill that, sekali hujan turun pula, phew drama betul..malas nak fikir, aku terus je tarik selimut dan tidur, itu pun tidur2 ayam,mengharapkan ada elektrik juga,tapi hampa, sampai kesudah tak ada juga,

BSH 1, mangsa aku kali ini

pagi tadi awal aku bangun,terus aku merempit mandi,memang kalah lah badak mandi,kalau lawan dengan mat rempit pun belum tentu diorang menang, eheheh, start motor bawak kalah superman punya kelajuan, sebabnya nak pergi iron tudung semata2 kat fakulti,gitu..nasib juga lah sempat, presentation tadi pun mula lewat sikit,dan benda ni buat pengajaran untuk aku,dan juga yang membaca ni,
rupa katil aku selepas presentation,dah macam unta nak bertelur je


memang betul, kita bila ade interview atau presentation, kita akan berbalik2 tengok slide or resume kita, kita dah tak ingat langsung pasal benda lain yang patut juga di ambil kira, well benda dah nak jadi, so should be take note about that, ;D..

******************************************
sila ambil sebagai satu pengajaran

1. siap iron segala baju dan kelengkapan diri
2. check out your vehicle, it is ok or not
3. double check your stuff either resume or what so ever
4. make sure tidur awal sebelum hari kejadian sebabnya nanti tak cukup tenaga  dan muka pun sembab
5. last but not least, just relax dan confident 

GOOD LUCK EVERYONE 

****************************
FULL STOP
missblurry

Thursday, November 17

dulu susu kini yogurt pula

dulu aku pernah cakap yang aku tak sukakan fresh milk kan, sampai satu masa yang aku terpaksa tukar mind set aku supaya mencuba minum susu lagi, dan aku sukakan susu pulak,

sekarang aku nak confess yang aku pun tak sukakan yogurt, sebab aku rasa yogurt ni benda yang merepek untuk dimakan, actually perasaan makan yogurt tue sangat hampeh, perasaan yang susah nak cakap, dan rasa yogurt macam benda yang basi, lagi teruk dari rasa susu sebelum aku suka susu..


but then, tadaaaa aku macam teraddict dengan yogurt alene, hantu betul, ni semua kawan aku la ni, pergi makan depan aku dan aku gedik nak rasa, sedap sebab ada perisa strawberry walaupun aku tak suka strawberry sangat, maybe sebab ada buah ni kot rasa masam yogurt tue mati,

mesti orang akan cakap, selagi tak rasa kita tak akan tahu macamana perasaan itu kan, sebenarnya dalam rumah aku, bapak aku dan adik beradik aku gilakan yogurt, memang sentiasa ada bekal dalam fridge, setiap kali aku makan mesti keluar perasaan yang sama, perasaan hampeh!!


even though makan yogurt air pun aku tak boleh juga, tak kira lah ade perisa ke tidak,memang tak boleh telan, tapi yogurt anlene ni lain pula, aku sendiri tak tahu, rasa dia langsung tak macam makan yogurt, sangat hairan dan pelik, tapi tak apa lah, bagus juga untuk aku yang mudah sakit tulang belakang ni, baik untuk kesihatan aku juga,


sekarang dua benda yang aku tak gemar dah jadi gemar, susu dan yogurt anlene, entah apa lah lagi lepas ni yang aku perlu mencuba untuk kesihatan aku, opsss sayur pun aku sudah mula belajar makan but bukan sayur warna hijau, buah pun aku akan cuba untuk menyukainya, tapi yang paling penting KICAP tetap di hati, heeee

thanx hazwani mohd hasri, sebab anda dah buat poket saya makin rabak dengan mengaddictkan diri dengan yogurt anlene, ;D

*****************************
FULL STOP
missblurry

Wednesday, November 16

final year of college life #7- bukan kebun arwah nenek ku

hello guys, entry kali ini aku tak nak cerita pasal assignment, sebab nya alhamdulillah aku punya assignment semua sudah disiap kan, err actually 90% sudah settle, heee so bolehlah senyum dengan riangnya sebelum dapat assignment lain lagi, tapi aku rasa dah tak ada kot, hope so..;)


aku rasa sebelum ni aku tak ada cerita pun pasal rezeki aku dapat durian kan, so ni aku baru nak cerita, belakang block aku ni ada la sekangkang kebun sesat yang aku rasa monyet makan dan buang biji merata-rata, tapi banyak juga pokok nya, yang ada, rambutan, cempedak/nangka,durian, ini yang pasti ada sebab memang nampak, belum lagi masuk dalam kan, kot wujud pulak buah lain.

well sebulan lepas untill now, memang musim durian kat UPM ni, memang pelik sikit musim dia, maybe sebab sudah kena research so pertumbuhan dia agak cacat sikit, lain dari yang lain, tapi nya memang sedap yang amat, aku yang tak suka makan durian pun jadi addict, seriously, sangat manis dan tebal isi dia,

now musim buah rambutan pulak, pergg masa aku first year, aku masuk kokurikulum bakti siswa,time ni kes H1N1,so dapat arahan warga upm tak boleh buat aktiviti luar dari upm, so projek untuk baksis ni, kitaorang pergi bersihkan kebun dekat dengan kolej 6, bersihkan nya 5 saat, merembat rambutan berejam2, memang sedap rambutan dia, entah jenama apa, aku sendiri tak tahu,

so matlamat aku kali ini, nak perabihkan buah rambutan ni, yang wujud kat belakang block aku, eheheh roomate aku pulak nak kekah nangka err entah cempedak kot, err entah lah aku tak reti nak tengok either nangka or cempedak, senang cerita panggil je la NANGDAK, tapi sekarang musim hujan, macam tak bagi ambil je pulak,

hello, aku tak curik okeyh, aku bayar yuran, so assume as kebun nie pun aku berhak untuk ambil hasil yang ada, kan kan, ahahah, nanti aku post berapa plastik yang aku boleh angkut nanti,oh yeah, hari itu aku minum coffee gaharu kan,sumpah tak sedap, dan tak wangi, grrrrr, aku loya 2 hari minum air coffee tue dan aku serik!!

************************************
FULL STOP
missblurry

Sunday, November 13

final year of college life #6- marine borers hunter


hah, korang nampak gambar kat atas tue?sebabkan benda ni lah aku dapat demam yang agak pelik,ktorg 1 geng pergi port dickson semata-mata cari binatang nie, nama dia marine borers. binatang nie adalah salah 1 menyebabkan kerosokan kayu, sebabkan aku ambil subject kemerosotan kayu, maka aku kene cari untuk dapatkan extra mark.



bab kata lecturer aku, binatang ni susah nak dapat kat semenanjung, sebabnya dia kebayakkan ada dekat kawasan borneo, tapi rezeki ktorang, terjumpa lah juga binatang ni walau pun kecik,walhal aku terasa dah besar gabak dah, geli pun ada masa mula-mula tengok.aku dapat demam pun sebab nya berjemur tengah panas secara mengejut, ktorg tibai layan pukul 11 pagi sampai petang pukul 5, sudah nya tue pula, lepas makan kfc, terus terjun laut.

siap layan banana boat, memang terus mual lah aku kan,naik je darat, pergi salin baju, setengah jam lepas tue aku muntah2 sampai memang lembik badan aku, setiap langkah aku nak keluarkan isi perut, aku tak pernah kena macam gini, this is my 1st experience.tengah malam tue, aku decide pergi hospital, actually aku memang makan mengarut 2,3 hari sebelum tue, aku nie bermasalah perut sikit, tak boleh makan banyak benda, i mean campur2 dalam masa yang sama, gerenti muntah tak pun cirit birit.sensitive perut i tau mak...perut mat salleh katakan..muahahah..

gambar ni secara tak sengaja ditangkap,

tapi sebelum dari kejadian muntah tue, aku terjumpa buluh yang berbalut kain hitam dan kuning, ade dua buluh jarak dia pun tak sampai 5 meter, kain tue pun still cantik lagi, so aku suspect orang baru buang tapi tak buang jauh, aku tangkap gambar tue, malam yang aku muntah tak ingat dunia tue, terus aku buang, ahahaha takut la jugak, kang terjadi pape kan,just in case orang kata, benda-benda begini tak boleh di buat main, so sesiapa yang pernah terjumpa, jangan menggedik dok usik.biar je macam gitu.

but to me, yang tukang buang pula,agak-agak la tok moh oi,buang lah tempat yang orang tak mandi,or tempat yang jauh sikit dari tumpuan manusia,jangan sebabkan kan kamu nak ubati ahli keluarga kamu,and secara tak langsung boleh pergi kat orang lain pula,sampai bila pun benda tue tak akan habis kan, so parent out there, please careful and watch every second what your kids do at beach, or waterfall.


garam,cirbir,sakit perot,muntah


yang ini bukti ubat yang aku dapat dari hopital port dickson, masa mula datang tue, tersenyum lah juga, budget tak tunggu lama sebab berapa kerat je yang ada kat pesakit luar tue, sekali wa kene tunggu 45 minit bai,perg, dah la nak muntah, rasa macam nak keluarkan je kat situ..aiya, kawan aku yang temankan kan pun sampai tertidur lah kat kerusi tue, kesian aku tengok diorang, yang buat aku sakit hati lagi, masuk tanya 2 soalan je..

doktor: kamu blurry?
blurry : haaa (blur, baru bangun tidur), oh a'ah saya

doktor: sakit apa?
blurry: saya muntah-muntah sampai lembik badan, sakit perut, then saya cirit birit dah 3 hari...(muka sedih yang tahap mintak penampar)

doktor: awak salah makan ni
blurry: errr, ye kot, saya pun rasa gitu
doktor: ok saya bagi ubat, makan bila perlu saja ok.

blurry: err tue jer??err ok2


aku keluar, kawan aku terpingga2, sebab sekejap sangat, serious tak sampai 5 minit pun aku dalam tue,check temperature pun tidak, heran pula aku.ahahah lagi heran tak kene bayar, bukan sepatutnya kene bayar rm 1 ker?ke dah dimansuhkan?sorry la geng, aku selalu hentam ubat and jumpa doktor kat upm je, situ sah2 free (walhal dah bayar dalam yuran), so aku tak tahu kene bayar or tak kat hospital..hihihi, by the way, thanx a lot to my friend coz sudi temankan aku pergi hospital, seriously, aku terharu dengan keprihatinan korang, love u all..muax muax,


pengajaran untuk aku


1. jangan excited bila nampak benda yang pelik2,just ignore and avoid it, main jauh-jauh.
2. jangan makan ikut selera gajah, kang jadi lagi macam gini, dan jangan makan banyak2 sebelum masuk air lah bingai!!kan dah sakit, sengal!!

**************************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, November 9

final year of college life #5 - masih penat

hello guys, im back, lama tak update, seriously aku rindu zaman kala aku, gitu, gaya macam berkurun sangat aku hidup kan...ahahah actually aku rindu dengan blog, nak jumping jumping, lari sane sini singgah blog orang, baca entry, baca pengalaman orang, hurm....

aku terasa yang semester kali ni memang betul-betul busy, yang aku sendiri tak ada masa untuk diri aku yang comel ni, serious sangat penat, aku rasa zaman final year student bukan la busy sangat, mungkin jadual yang aku susun ni kot salah sikit, tu yang bikin aku lemas, lemas dengan masalah dan pekara yang perlu di settlekan di fakulti..hurm..

yeah, aku mengeluh kali kedua,cuti semester hari itu pun aku sibuk buat thesis, cuti 3 hari raya haji, siap aku korban kan untuk buat assignment tapi tak buat sebab demam, langsung terus aku tidur dan layan movie, eheheh tahun ni, drama pertama aku layan pasta, hero dia sweet, weee suka pula aku tengok...

sekarang ni aku addicted to him, muka bengis dan garang tapi sweet, habis la, masa aku sure banyak terbuang dengan drama2 korea untuk hero ni, lee sun gyun, ciss!!hurm cerita pasal demam, aku akan cerita sebalik kejadian ini, mungkin pengajaran untuk aku dan orang lain, huhuhu, kesengalan terserlah..


arg,, should keyboard off now, siapkan assignment, err nak aku listkan berapa banyak aku kene settlekan?eheheh kejap yer
assignment should be done 

correction of thesis
final editing presentation FYP
proposal
lab report wood deterioration
insect collection report
poster wood deterioration
presentation wood chemical
lab report wood coating

*budget macam aku amik subject kau sorang je kan, mueheheh..."sigh" 

***************************
FULL STOP

missblurry