Thursday, June 30

good bye novel hello wedges shoes

hye semua....sorry guys, aku dah berkurun tak update blog, boleh aje sebenarnya, tapi ralik layan game facebook dah pukul 12...so memang tak sempat nak update...banyak benda aku nak kongsi dengan korang...memacam benda funny yang berlaku sepanjang aku kerja....ahahahha....


by the way, tepat pukul 9.30 PM, tamatlah kerja aku sebagai pembaca dan penjual novel yang setia...yeah aku memang suka baca novel bila aku boring..buat aku ralik sampai tak nak makan...eheheh..impak yang sangat besar rite...kedai aku tutup sebab sale tak memberansangkan..boss aku call je kata tak payah buat order sebab nak tutup hujung bulan,terus aku merayap cari kerja baru...

agak susah nak dapat, now apa aku nampak kerja memilih orang, walhal diorang memang terdesak sesangat nak orang, kalau aku jadi boss, aku ambil aja budak walaupun payah..tapi alhamdulillah rezeki aku dapat kerja kat kedai kasut pula....

kalau dulu bila customer datang tengok buku novel aku akan cakap macam gini " hah kak, nie buku baru kak...best gila...serious saya tak tipu.." maka si customer yang agak termakan kata-kata aku pun berkata " ye ke dik, cerita nie pasal ape?sedih ker?" aku pun dengan yakin kata " sedih kak, confirm akak meleleh baca..habis berliter-liter air mata akak..bla bla bla dan bla", kekadang kalau aku malas layan, aku buat derk je, tak promote pun and tak komen pun mana yg tak best walaupun diorang capai tue memang novel yang hampeh...




bukan nak kata jahat, ye lah kita nie taste lain-lain, so bila diorang mintak suggestion aku akan petik mana novel yang dah di baca, by the way alang-alang nie aku nak promote novel haslinda ismail cerita masihkah ada cinta, sumpah sedih, aku tahan sendu sendan aku je kat giant tue, ahahah hampir-hampir menangis kat tengah- tengah jalan...

so kat kedai baru pulak aku akan promote macam gini pula, " cantik kak kasut tue dengan akak, sesuai sangat...lagi-lagi colour yang tue.." ahahha nak jadi promoter kene ayat-ayat jampi yang penuh dengan kemanisan di bibir walaupun dalam hati langsung tak tahu dan tak ada perasaan...eheheh..sumpah aku memang tak de taste langsung kat kasut perempuan, so aku tak tahu macamane nak suggest nati...mintak-mintak lah ok kan...

bermula nya kedai baru nie nanti, pengalaman aku kerja di living cabin dan king's ice cream akan berulang lagi sebab nya kedai nie tak ada shift, so kerja dari pukul 10 pagi till 10 malam, yes..aku mengaku tak ada life..sebahagian hidup aku hanya dalam giant mall dan kemungkinan besar aku memang tak beraya lah jawabnya, beraya dalam gaint...hurm pengalaman pertama aku...pasal tue aku akan cerita kemudian...

apa gaji?entah lah, boss kedai kasut nie call aku semalam cuma cakap seminit je, " hello nie anis ka?you ada apply kerja di **** kedai kasut(aku tak ingat nama kedai)? you terus datang kerja 1 julai yer, pagi pukul 10..", ngeh punya senang je dia amik pekerja, aku budget dia sangat terdesak dah kot...so semua kisah kerja akan di discuss besok, harap-harap oklah boss nya..aku bahagia dia pun bahagia...

fuh panjang entry aku...aku ade cerita lawak nak diceritakan...cerita yang aku rasa bodoh sangat...dan bengong...muahahhaha...dan juga memalukan kot...dunno lah..itu aku cerita esok pula yer...aku mahu rest seketika....charlow !!

*****************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, June 19

fikir guna otak bukan tapak kasut!!


morning all, finally aku cuti hari nie, ikut hari memang nak kerja je, tapi tak ape lah, rest lah, kesian tengok badan aku asyik letih je...tapi aku terpaksa juga bangun awal coz kene hantar duit float, aiseyh aku tak faham betul system tue, wat eva lah !!

well, aku nak cerita yang mungkin bagi pengajaran untuk aku dan bagi korang disana bukak mata sikit, aku tak ingat bila benda nie berlaku, seingat aku hari tue hari jumaat lepas kot, aku telah di tegur oleh mat bangla tolak troli, yes kerja dia cari troli giant then susun tepi kedai aku a.k.a depan pintu masuk giant..

biasa lah kan, kalau dah kerja dalam mall, setiap inci manusia yang kerja dalam tue sure kita kenal, macamane pun mesti kita tegur menegur, so nak jadikan cerita mat bangla nie tegur aku, sebab dia nampak aku beli makanan, aku memang beli makanan setiap pagi pukul 10.30 untuk di makan pukul 1@2 petang,apsal awal sangat?sebab aku beli dalam giant murah+berbaloi,

dia tanye aku, " sudah beli makanan ka?mau makan ka?", aku yang penat-penat( kononnya) agak tercengang kejap, " a'ah, biasa lah nati orang ramai, makanan abis" then dia tanye lagi, " tarak masak kat rumah ka?", ah sebok lah kau, malangnya mulut aku berkata " tak sempat la,beli aja, rm 1.70 je maa"

dengan senyuman paling manis dia bagi kat aku " sudah kawin ka?suami kerja mana?", damn, tanya soalan maut la pulak..aku pun cakap lah yang aku belum kahwin lagi, then dia blah, fuh lega..tengah aku susun buku novel, sekali dia menyelit lagi and tanya lagi macam-macam soalan, siap mengayat, yes dia mengayat..paling part tak boleh blah dia cakap macam gini " u ada ic ka?awal-awal lagi saya suda tau u belom kawin, umo brapa?", dalam hati aku dah fikir bukan-bukan lagi-lagi bila dia cakap " u ada ic senang, i tak ada ic, susah, mau niaga pun tarak bole,u ada ic boleh niaga, i nak cari orang ada ic, u manis ma, u hati baik, dah lama i tengok u,kita keluar minum, kawan-kawan dulu, nanti lepas kahwin, i bagi duit, duit i banyak kita niaga"


nah kau, tersentak terus aku, banyak kali dia ulang ayat "kita kawan-kawan, keluar minum-minum", memula sumpah aku blur, aku tak pickup apa yang dia nak sampaikan then dah kali ke 3 dia sebut, terus aku teringat yang kawan aku si eppy pun kene ngayat benda yang sama, ajak kahwin sebab nak bukak bisnes, padahla kawan aku tue pengkid kot, aku dah naik seram dah, terus aku cover balik aku kata nak kahwin awal tahun depan...

entah mamat mana aku main petik je, muka confident tahap itik punye, padahal aku dah tergagap-gagap, gilak punya mat bangla, 3 kali juga aku mengulang kata kahwin, sambil tue tangan aku asik lentik lentik tunjuk cincin kat jari aku, harap-harao dia paham, eh kejap, bangladash kahwin ada juga kan cincin?then dia blah, fuh lega aku, walhal mengigil lutut aku,

mana tidak nya, aku kerja situ insyAllah lama, sampai raya nanti, mamat tue pulak selalu lepak tunggu troli sebelah kedai aku, takkan nak mengadap je kan?itu pun masa aku duduk termenung aku ternampak dia ngintai-ngintai then senyum-senyum lagi, damn shit lah, memang aku geli sungguh, selama aku kerja dalam mall tue, nie first time aku jumpa mat bangla desperate nak bukak bisnes kat malaysia, before nie aku siap kerja dengan bangla lagi, steady je..


macamana pun pengalaman nie memang buat aku more berhati-hati,dan pada gurl out there, if golongan pakistan + banglasash nie tetiba tanya dah kahwin ke belum atau ada ic ke tak, cakap je dah kahwin dan tak ada ic, cakap je korang ni pun foreigner juga, unless memang korang target nak kahwin dengan diorang....ngeri siot, dah lah semalam nak closing pun aku kena jugak tapi dengan pakistan, lepas nie memang aku takkan guna jalan yang sama je bila nak balik rumah,dah lah jalan kaki sorang-sorang, wooo nauzubillah, mintak di jauhkan....

***************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, June 18

di mana silapnya?

hye semua, sebelum aku bercerita apa masalah aku, aku nak cakap, aku mintak maaf dulu kat korang yang singgah dan comment page aku...sorry beb, aku memang tak sempat nak singgah page korang, setiap hari aku kerja pagi pukul 9.30 pagi dan balik pukul 6.30 petang tetapi, kadang-kadang aku terpaksa kene OT till 10.30 malam...seriously sangat penat, penat menunggu lagi penat dari penat bekerja, paham ka?nanti schedule aku dah stabil, aku akan singgah ok..:)

well, aku nak mengadu, aku pun tak tahu kenapa, since start kerja, aku fikirkan yang aku dapat atasi penyakit insomnia aku, ada orang tuduh kata aku bodoh sebab biarkan penyakit nie serang diri aku, sengaja cari penyakit, well aku tak salahkan beliau coz beliau tak pernah alami maka beliau tak faham macamana penyakit ini...

tapi apa aku fikir semuanya tak menjadi, bertambah teruk kot tak tahu lah, aku memang penat kerja walaupun kerja aku duduk je dan sesekali aku susun buku, tapi macam aku cakap tadi, kerja yang kurang pergerakkan nie lagi penant sebenarnya, so bila balik aku rest dulu badan aku nie, tapi bila aku dah mula tidur, aku hanya boleh tidur dari pukul 12.00 malam dan confirm akan terjaga pukul 3 pagi...

aku tak tahu kenapa boleh jadi gitu, almost a week dah kot, tepat pukul 3 pagi aku terjaga,walhal mindset aku bangun pukul 8.30, abis kalau dah terjaga kol 3 pagi, sah-sah aku tak leh tidur till subuh,pukul 9.30 aku da kene bukak kedai, penat seh, badan aku sangat penat, tak terdaya...

macamane ye aku nak buat?nak hilangkan supaya aku boleh tidur lena?walhal kalau orang lain confirm tak sedar diri dah, kalau setiap hari aku hanya mampu tidur 3-5 jam sehari, mana boleh macam gini, miong lah aku...sesiapa yang ada masalah macam aku lagi2 yang ade penyakit insomnia, tolong share dengan aku, apa yang korang buat supaya dapat tidur dengan tenang...
tolong sangat, aku tak mintak pun penyakit nie datang dekat aku, kalau boleh aku nak tidur dengan tenang, dengan aman, aku tak nak ada masalah tidur yang melampau nie, pada sesiapa kat luar tue yang tak paham dengan penyakit masalah untuk tidur nie, tolong-tolong lah bacainfo, jangan sesuka hati kata tak pandai jaga diri, belum kene belum tahu macamana seksa nya penyakit nie...

adakah aku perlu berjumpa dengan pakar?

****************************
FULL STOP

missblurry

Monday, June 13

novel promoter !!



sorry guys, dah lama aku tak update entry, aku sekarang dah bekerjaya,tue yang tak dapat nak update blog...fuh penat sungguh...maklum lah dah almost 2 tahun aku x kerjakan otot2 aku nie...

alhamdulillah, rezeki aku dapat kerja tue, well aku kerja jual novel keluaran creative enterprise sdn bhd, siapa yang kaki novel sure tau,senang je kerja aku, just promote je novel-novel yang ada..eheheh...nasib juga lah aku agak kaki novel...tapi banyak juga nak kene baca lagi..fuh, ulat novel lah aku cuti kali nie...



minggu nie aku cuti hari jumaat, then minggu depan boleh lah kot aku wat OT, dari duk rumah baik kerja, bukan lama, tapi memikirkan kepenatan melampau2 menunggu customer, macam tak mampu je pulak....

best kerja nie, leh usha perangai pelik2 kat tempat kerja, BTW, aku kerja kat giant, kiosk je la makna nye..kecik je kedai aku, contohnya, aku baru kerja 3 hari, aku dah boleh nampak security guard yang sangat dedikasi, serious, setiaporang masuk ke dalam giant, dia usha setiap inci, yang bawak plastik dia akan tahan...



yang paling aku respect, kalau ada customer bengang dengan giant, dia senyum je, tenang je, suruh pergi service counter, cool beb, tapi paling habat penah aku tengok, security guard dari nepal kot ke vietnam, entah la, suka sangat menggaru tut beliau, dang!! kot gatal pun tak macam gatal, tapi agak-agaklah, obvious kot, opssss aku betul-betul usha saja apa perilaku beliau....ahahahah

macam-macam aku boleh tengok, aish...manusia manusia, kekadang dunia lakonan mu sangat unik yang boleh membuatkan aku terhibur...

* tolong jangan tanya novel KASIH YANG SUCI, itu alaf 21 ok!!! hebat betul penangan nora elena kan??

**********************
FULL STOP
missblurry

Thursday, June 9

hayati dan fikirkan


kisah dongeng by stacy



sangat mendalam maksud lagu ini
this is what about i have to say to u,

just show it and think about it..
=)
*************************************
FULL STOP


missblurry

Wednesday, June 8

lu bikin ape tue beb?

ini entri LUCAH, lagi sekali LUCAH.....
so layannnzzzz


kot yer pun, kalau tak tahan pun, 
lu bikin dalam toilet da bro,
aiya...

berlaku di eastern plaza, tawau

*******************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, June 7

jangan terlalu ego wahai kawan


masa sesi perkenalan, bahasa pun indah..." hye awak, buat apa tue?nak kacau boleh?", bila nampak je kawan tue dalam kesusahan, dia pun secara tiba-tiba jadi susah juga, " kenapa dengan awak ni?awak ada masalah ker?ceritalah dengan saya,.." senang cerita segala benda mesti indah kan...

tapi lain pula bila sudah berkenalan, isi hati pun dah semakin tahu, ayat yang indah pun semakin hilang kan, mula menggunakan bahasa-bahasa tikus mondok," pssst, beb nak kemana tue?jom lah lepak-lepak?", bila kawan merajuk sikit mula lah merungut, " hek eleh, tak rock giler lah kau ni, sikit-sikit nak merajuk, aduuhhh, suka hati lah!! ", ayat pun dah semangkin ranggi, dengan harapan bila berkawan, semakin selesa, hilangkan rasa jangkal...

semakin hari, kita rasa bagaikan sherashi bershama, kita nak ajak awak keluar, tapi kita seram sejuk, takut kene reject, macamanapun, kita tetap ajak awak keluar, " awak free tak sabtu nie? kalau tak silap kung fu panda dah keluar, jom kita tengok nak tak?" mungkin rezeki, si kawan pun setuju, rasa bahagia je kan..

mulalah bibit-bibit cinta lahir dihati umpama sang gagak bercinta di atas tali elektrik, rasa tak kering gusi dok sengih sorang-sorang, " perg, wa rasa wa dah angau sama lu la beb, argg !!", jiwa makin tak tenang,makin bengong jadi nya kalau tak jumpa walau sesaat, kalau tak message walau seposen,tweet tweet..sms...handphone berbunyi " awak...eheheh( hilangkan gugup walaupun hanya msg) buat apa tue? boringlah( cover,walhal rindu).." begitulah seterusnya..

lepas tue, rasa diri tue dah berani sikit, terasa macam nak confess jer, si kawan tue pun macam ada respond je, test market lah pulak, kot rezeki kan, kita ajak awak lepak kat taman KLCC dan..." awak, sebenarnya saya nie pencuri, awak nak ke kawan dengan pencuri?", si kawan pun blur-blur," awak curi apa?kenapa dengan awak nie?sejak bila jadi macam gini??" sempat lagi bergurau, demi nak timbulkan kemesraan lagi, " awak lah penyebabnya, dari awal kita kenal, saya dah curi hati awak, saya suka awak, awk..boleh tak jadi kekasih saya??" maka, segala nya pun bermula...

biasalah, adat bercinta disangka salji berpanjangan, rupanya tsunami datang menyinggah, " oi, perempuan, kau fikir kau bagus sangat?apa aku buat semua tak betol, bongok betol lah !!", bahasa kapas hilang muncul bahasa khinzir, hihihi chomel bahasa khinzir, standard lah kan, bila dah marah, segala benda keluar, then menyesal..peh typical !!, " maaf sayang, ayang tengah marah tadi, i didnt mean it,sorry :'(", sekali dah gaduh pastu akan berulang lagi..lagi dan lagi..

si kawan mula fed up, akhirnya decide nak blah dari mamat tu, tak sanggup kene hina setiap kali bergaduh, "fine!! kita putus, kau blah dari hidup aku, jangan kacau aku lagi", tapi dia ego, " kau bi*tch, vavi, siyal..jaga kau, hidup kau tak akan aman!!" begitulah cerita nya, dulu kemain lagi sayang ayang, manja anja, bila dah putus, dah gaduh, di ugutnya pula...

finally, cerita itu berakhir macam gitu je, masing-masing bawa haluan masing-masing,dan cerita nya akan berulang dan berulang selagi kita tak mengubahnya, sampai bila untuk terus begini??susah ker kalau just take and give, bertolak ansur,??


kita bercinta dan berkawan, kalau boleh selama nya, andai ada jodoh, kita nak kahwin, lahirkan zuriat yang sechomel unta, tapi kiranya tak ada tolak ansur, bukan setakat zuriat sechomel unta, malah bayang pelamin pun tak akan nampak...sedarlah wahai kawan wahai si dia, segala apa yang berlaku ada silapnya dalam diri kita dalam diri dia, jangan penting kan diri, fikirkan dan terus berfikir..bertindak mengikut logikal jangan bertindak mengikut alam magika !!

*******************************
FULL STOP

missblurry

Monday, June 6

Ikan tak sedap



simple, aku anti ikan...tapi aku suka ikan kembong, okeyh, anti separuh nama nya, ahahahah, seriously aku sendiritak tahu kenapa aku tak makan ikan, but if i have no choice, maka aku terpaksa juga makan ikan, argg!!

aku tak ada pengalaman ngeri pasal ikan, just aku tak suka ikan, aku rasa ikan tue memang tak sedap, except kembong, ehehe, sedap lah kembong, anak kembong eh, bukan bapak kembong yang gilak besar, tue isi dia dah tak manis..

kenapa aku tetiba cakap pasal ikan?coz tadi aku teman my mom berbuka puasa, lauk hari ni cuma ikan patin masak tempoyak, tempoyak sedap,patin tak!! hohoho, bagi aku biasa je, aku tak tahu tang mana ikan patin tue sedap, macam orang lain kata..

siap kata berlemak bagai, oh yes kan, ikan tue memang ada lemak, entah lah, bagi lah ikan paling mahal kat aku sekali pun, tetap aku kata ikan kembong tue paling sedap,hihihih...

apa dia? dinner aku simple jer?yup, dalam gambar tue cuma ada lauk sayur + ikan patin masak tempoyak + telur masin + nugget dan family...memang macam nie family aku, since adik aku masuk poli, my mom masak 1 lauk je, tue pun sebab my dad, if not, confirm tak masak, sebab masing-masing tak nak makan..nugget dan family tue dibuat lauk..:)

ada tak blogger lain yang spesis dengan aku?yang kureng makan ikan?

*******************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, June 4

ku kebosanan

oh no!!!, somebody please shoot my head right now...am totally damn bored..dengan keadaan internet yang slow nya, fuh, menguji kesabaran, eh wait, betul kan internet slow, siapa pakai streamyx?? cepat akui nya, heheheheh...

aku nak main game pun tak boleh, nak cari kerja, ari ni sabtu office off, adui, kena tunggu isnin juga lah jawab nya, dan dah dua minggu duduk rumah, dan aku makin boring...

i need something yang boleh hilangkan rasa kebosanan tahap anak gajah ni tanpa mengeluarkan sesen pun, any idea???please help me......i begging you, sob sob sob....

*********************************
FULL STOP

missblurry

respect ker tue?


apa itu respect? definisi hormat adalah kita hormat pada seseorang yang mungkin lagi senior dari kita, atau orang yang lebih berpengaruh dalam life kita dan sebagainya,..macam-macam cara kita boleh tunjukkan kerespectan kita kat seseorang kan...

tapi selalu nya bila sebut respect, mesti ada kaitan dengan umur, that means orang yang lagi senior dari kita, dan kita akan panggil dengan pelbagai gelaran, tuan, puan, akak, abang and others..

tapi bila seseorang tak memanggil gitu, adakah ia nya kurang ajar? tak..bagi aku itu semua subjective, terpulang pada kita nak panggil atau tidak..tak bermakna kita tak panggil mereka dengan gelaran itu kita tak hormat diorang .. its totally NO, REPEATING IT'S NOT!!

kenapa nak marah bila orang tak panggil korang dengan gelaran tue?untuk apa?untuk tunjuk diri tue lagi tua dari korang?atau nak tunjuk korang lagi berkuasa?MUN a.k.a IF dalam sesuatu organisasi formal, memang yes kene ada gelaran...nama pun formal kan...

tapi kalau sekadar biasa2 tak perlu la kot...ada apa dengan gelaran?kalau dipanggil dengan gelaran sekali pun dari seseorang tapi cara komunikasi sangat teruk, better tak payah ada gelaran tue kan??jikalau beza umur yang melampau sampai 10 tahun and above, itu logik lah, tapi setakat beza setahun dua, mungkin tak perlu...

yes, aku tahu setiap orang ada cara nya rasa hormat mereka,dan membuatkan kita lebih rapat dengan seseorang tapi tak perlu terlalu menunjukkan, dan mereka yang rasa lagi tua yang beza setahun dua nie, tak perlu nak terasa andai mereka tak memanggil gelaran tersebut, be nature ok...

eheheh ini bukan entry marah or tak puas hati, aku cuma mengatakan sesuatu sahaja yang mungkin akan pandang aku secara rendahnya bila aku tak memanggil gelaran2 tersebut..dan kadang2 boleh di salah anggap bila memanggil abang atau kakak, dengan mengatakan ada skandal or menggedik bagai dengan orang tersebut...


yang penting be your self, kalau rasa perlu untuk memanggil sebarang gelaran just go on, if not, just say their name it enough, walau macamana sekali pun, komunikasi yang bijak adalah cara yang paling bijak untuk menjaga imej diri sendiri, dengan hanya komunikasi kita mampu mengetahui their attitude, so beware, weeee


aku tau, mesti ada yang setuju ada yang tak dengan kenyataan ini, tapi terpulang lah kan, cuma apa aku nak tekan kan, konsep senior dan junior sangat aku tak suka, yang membolehkan kejurangan ada di situ, yang sebenarnya kita semua sama, tidak kurang dan tidak lebih,.. 

peep out there, yang bakal jadi pelajar fakulti perhutanan, UPM, welcome to forestry family,and dont ever call me any gelaran, okeyh!! peace !!

*muka aku nampak sombong + garang, but im not, dalam hati penuh dengan salju-salju danau rindu....kui kui kui


***************************
FULL STOP


missblurry

Wednesday, June 1

i love mr panda


aku baru lepas tengok kungfu panda, damn shittosh awesome...seriously aku memang suka sesangat cartoon nie...tapi masa masuk je wayang, aku terasa yang aku macam daftar sekolah tadika je balik...

ramai sungguh lah budak sekolah, opss...sorry, budak sekolah, i means kanak-kanak ribena..mentang mentang lah aku layan cartoon kan, sampai pakcik belakang pun cakap benda yang sama...." aiyo..too many children hah!!" yeah pakcik i admit it ok...

tak kisah lah kan..sekarang memang masa diorang berhibur,  cuti sekolah yang susah budak sekolah nak cuti tanpa sebab, so bagi peluang untuk diorang berhibur,btw berbalik pada mr panda, ending dia sangat sedih, tak lah sangat tapi menyentuh jiwa ganas aku juga lah...

walaupun dia tau dia anak angkat..ofcourse lah kan, bapak dia angsa pula, tapi dia tetap sayangkan bapak dia..what eva is, he still his father, aku amik positif dalam cartoon nie, banyak pengajaran yang terselit antara sedar atau tak...

bagi aku, dia nak tunjuk pada kita, sesusah mana pun pihak lawan, kalau kita yakin kita boleh kalahkan diorang, kita tetap boleh kalahkan and even though orang sekeliling kita lagi hebat dari kita, tapi tanpa usaha sendiri kita tak akan capai apa kita nak, cepat atau lambat itu tak usah dikira.....ahahah positive gila tak aku?eheheh


negative? ok tak ada...ahahahah bias gila...actually aku minat shrek, aku rasa shrek sangat comel, yes, bagi pandangan aku..makhluk hijau yang busuk itu sangat comel, dan selepas wujudnya mr panda, dia pula bertahta di hati aku selepas shrek...apa-apa pun shrek tetap no 1....eheheh

siapa yang belum layan lagi, sila layan kungfu panda, sangat tak rugi, walaupun tadi aku bayar rm 14, cibet punya TGV, mahal sungguh...wayang biasa je kot...nasib chomel...kalau takkkk  !!!!!

* tak sabar nak tunggu final destination and transformer, oh bumblebee !!

*****************************
FULL STOP

missblurry