Tuesday, June 7

jangan terlalu ego wahai kawan


masa sesi perkenalan, bahasa pun indah..." hye awak, buat apa tue?nak kacau boleh?", bila nampak je kawan tue dalam kesusahan, dia pun secara tiba-tiba jadi susah juga, " kenapa dengan awak ni?awak ada masalah ker?ceritalah dengan saya,.." senang cerita segala benda mesti indah kan...

tapi lain pula bila sudah berkenalan, isi hati pun dah semakin tahu, ayat yang indah pun semakin hilang kan, mula menggunakan bahasa-bahasa tikus mondok," pssst, beb nak kemana tue?jom lah lepak-lepak?", bila kawan merajuk sikit mula lah merungut, " hek eleh, tak rock giler lah kau ni, sikit-sikit nak merajuk, aduuhhh, suka hati lah!! ", ayat pun dah semangkin ranggi, dengan harapan bila berkawan, semakin selesa, hilangkan rasa jangkal...

semakin hari, kita rasa bagaikan sherashi bershama, kita nak ajak awak keluar, tapi kita seram sejuk, takut kene reject, macamanapun, kita tetap ajak awak keluar, " awak free tak sabtu nie? kalau tak silap kung fu panda dah keluar, jom kita tengok nak tak?" mungkin rezeki, si kawan pun setuju, rasa bahagia je kan..

mulalah bibit-bibit cinta lahir dihati umpama sang gagak bercinta di atas tali elektrik, rasa tak kering gusi dok sengih sorang-sorang, " perg, wa rasa wa dah angau sama lu la beb, argg !!", jiwa makin tak tenang,makin bengong jadi nya kalau tak jumpa walau sesaat, kalau tak message walau seposen,tweet tweet..sms...handphone berbunyi " awak...eheheh( hilangkan gugup walaupun hanya msg) buat apa tue? boringlah( cover,walhal rindu).." begitulah seterusnya..

lepas tue, rasa diri tue dah berani sikit, terasa macam nak confess jer, si kawan tue pun macam ada respond je, test market lah pulak, kot rezeki kan, kita ajak awak lepak kat taman KLCC dan..." awak, sebenarnya saya nie pencuri, awak nak ke kawan dengan pencuri?", si kawan pun blur-blur," awak curi apa?kenapa dengan awak nie?sejak bila jadi macam gini??" sempat lagi bergurau, demi nak timbulkan kemesraan lagi, " awak lah penyebabnya, dari awal kita kenal, saya dah curi hati awak, saya suka awak, awk..boleh tak jadi kekasih saya??" maka, segala nya pun bermula...

biasalah, adat bercinta disangka salji berpanjangan, rupanya tsunami datang menyinggah, " oi, perempuan, kau fikir kau bagus sangat?apa aku buat semua tak betol, bongok betol lah !!", bahasa kapas hilang muncul bahasa khinzir, hihihi chomel bahasa khinzir, standard lah kan, bila dah marah, segala benda keluar, then menyesal..peh typical !!, " maaf sayang, ayang tengah marah tadi, i didnt mean it,sorry :'(", sekali dah gaduh pastu akan berulang lagi..lagi dan lagi..

si kawan mula fed up, akhirnya decide nak blah dari mamat tu, tak sanggup kene hina setiap kali bergaduh, "fine!! kita putus, kau blah dari hidup aku, jangan kacau aku lagi", tapi dia ego, " kau bi*tch, vavi, siyal..jaga kau, hidup kau tak akan aman!!" begitulah cerita nya, dulu kemain lagi sayang ayang, manja anja, bila dah putus, dah gaduh, di ugutnya pula...

finally, cerita itu berakhir macam gitu je, masing-masing bawa haluan masing-masing,dan cerita nya akan berulang dan berulang selagi kita tak mengubahnya, sampai bila untuk terus begini??susah ker kalau just take and give, bertolak ansur,??


kita bercinta dan berkawan, kalau boleh selama nya, andai ada jodoh, kita nak kahwin, lahirkan zuriat yang sechomel unta, tapi kiranya tak ada tolak ansur, bukan setakat zuriat sechomel unta, malah bayang pelamin pun tak akan nampak...sedarlah wahai kawan wahai si dia, segala apa yang berlaku ada silapnya dalam diri kita dalam diri dia, jangan penting kan diri, fikirkan dan terus berfikir..bertindak mengikut logikal jangan bertindak mengikut alam magika !!

*******************************
FULL STOP

missblurry

12 ,000 yang sedang blur:

Aini Azman said...

nice entry,.=)

zacky786 said...

wow..~ ayat2 yg penuh makna utk situasi org yg sedang bercinta..

kindergartenlibrary said...

nlly mmg ego kot
=='

misSbLurRy said...

nurul aini,

thanx

misSbLurRy said...

zacky,

ahahahah untuk org yang bercinta.....yeahhh siapakah 2

misSbLurRy said...

nelly,

errr kurangkan lah sikit.....kalau boleh...

qwerty said...

wah. bestnye entry nie! :D

missgee said...

Cerita melalui pengalaman
sendiri memang akan
dapat hasil memberangsangkan..
Cerita lebih hidup..
Ada kebenaran di sana..
Ada emosi di situ..
Ada luahan di sini..

"Kasi "like" nie entry" :)

hidayah ruslan said...

Hehe! best2.. Benda2 mcm nih memang normal dan belaku kat semua orang kan? Masa becinta kemain lg. Da break... hampeh!

misSbLurRy said...

missgee,

yg nie bukan pengalaman sendiri, tapi yang nie pengalaman org lain yg mmg reality terjadi...eheheh

thanx anyway

misSbLurRy said...

digital kelok,

ahahah entry panjang kali nie....terima kasih beb

misSbLurRy said...

hidayah ruslan,

memang pun.....semua orang akan alami kan.....eheheheh