Thursday, May 5

dear room mate

setiap pertemuan pasti ada perpisahan, perpisahan yang tak disangka mahupun yang disangkakan...pahitkan nak terima kenyataan tue...entri kali nie khas untuk room mate saya yang dah 2 tahun kongsi pengalaman itu....

**********************************

dear room mate,
awak ingat lagi tak, masa mula-mula kita masuk U..
awak yang tegur saya,awk tanya nama saya..
hihihi kelakar wei masa itu, 
maaflah, saya paling tak suka sesi berkenalan..
awak :) kat saya, saya pun :) kat awak..

dear room mate,
masa semester 1, hidup kita tunggang langgang kan..
pergi fakulti pun blur blur je masing-masing,
nasib awak guide saya,sekurang-kurang nye saya tak sesat,
masing-masing mengadu nasib sebab kita terabai,
mentang-mentang lah kita budak rayuan,
tapi kita steady je kan, walaupun gila kejap..

dear room mate,
sedar tak sedar, 
kita dah habiskan masa freshee kita,
lepas itu, kecoh kat facebook, 
yang ketua block rombak kan bilik,
time tue risau kot, 
takut dapat roomate baru yang tak sebulu,
nasib kita sebilik lagi, 
tapi kawan kita yang dua orang tue dah tercampak,
masa semester 2, awak dah macam zombi,
sian kita tengok awak tau, tapi saya salute kat awak,
awak punya semangat kuat, teruskan semangat awak tue kayh!!

dear room mate,
bermulanya life kita sebagai junior,
masuk semester 3 kita dapat room mate baru,
ok lah diorang kan, tak jenis cerewet,
tapi saya tetap rindukan bilik atas, nyaman je suasana..
awak janji nak terjah kebun rambutan, bila nyer??
tak apalah, mungkin semester depan boleh lagi...

dear room mate,
semester kali nie semester sewel juga bagi kita,
amik subject yang gilakan otak sendiri...
kita janji study sama-sama, last-last saya layan game,
tidur guling-guling kat sebelah katil awak,
hihihiih, sorry awak, tapi kita dapat juga score kan untuk subject tue,

dear room mate,
awal sem saya ajak awak pergi bercuti,
sebab saya tahu awak memang suka,
tik tok tik tok, dah hujung semester, 
cepatnya lah masa berlalu,
dan kali nie, kita dapat lagi berita yang tak syok,
pihak pengurusan nak buang student, 
time tue kita redha je, malas fikir,
last-last memang betul naluri kita awak,
 kita kene buang dan awak stay,
tak apa lah, nak buat macam mana kan awak,
benda pun dah settle,

dear room mate
masa cuti study week, saya duduk sorang-sorang,
tetiba hati saya sayup je bila tengok slip kolej baru tue,
sedih lah awak, dah 2 tahun kita sebilik, tapi saya senyap je,
tetiba awak pun kata benda yang sama, saya nangis awak,
saya nangis dalam hati, walaupun bibir saya tetap terukir senyuman,
saya saja je tidur kat bawah depan katil awak,
saya boleh tengok awak study, gelak sorang-sorang, nyanyi sorang-sorang,
saya hanya mampu ter :) jerk tengok gelagat awak..

dear room mate,
tadi awak dah settlekan projek dengan supervisor awak,
then awak balik bilik, awak kemas-kemas barang,
saya tengok je barang-barang awak yang banyak tue,
then awak tertidur dan awak kata family awak dah nak sampai,
saya senyap je...saya :) jerk

dear room mate,
maaflah tadi saya tak tunggu awak balik dulu,
saya bukan tak nak tunggu, tapi nanti saya sedih,
saya lebih rela tengok awak pergi lepas kita berjimba nanti,
sebab time tue kita sama-sama tengah seronok,
saya tak nak awak tengok saya :'( 
saya balik bilik je, tengok barang awak dah tak ada,
sayup nye hati saya...:'(

dear room mate,
walaupun kita jarang beborak, tapi saya tetap selesa kawan dengan awak,
awak baik, baik sangat, cakap pun volume tahap cipan punya rendah, hihih
awak pun tahukan, fakulti kita nie walaupun kecik,
tapi susah betul nak jumpa,saya pun tak tahu kenapa,
itu yang buat saya sedih awak, :'( 

dear room mate,
nanti awak jaga diri baik-baik,
nanti saya plan vacation lagi ok,
kita release tension sama-sama,
kalau awak datang kolej saya, singgah-singgah bilik saya,
harap persahabatan kita sampai bila-bila,
contact saya thru facebook ok..
awak, love you, nanti kita konvo sama-sama eh 
:)


**********************
FULL STOP

missblurry

8 ,000 yang sedang blur:

k_Own said...

roomate saya terbaik ! hehehe

nelly said...

wah ..sedih lak ..
mner lah kalau ada kawan baik kat roomate then kena tinggalkan dia sebb dh hbis belajar ..
T__T

.digital kelok said...

sedih lak aku rasa..

jap, maksud berjimba tu berseronok ke?heehe

misSbLurRy said...

k_own,

roomate saya pun yg terbaik..hihihi

misSbLurRy said...

nelly,

sedih....2 thn tue nampak x seberapa...tp tue lah...berkesan di hati

misSbLurRy said...

digital clock,

muahahah....aku nanges wei..

a'ah bergumbira...ktorg nak bercuti

zacky ~786~ said...

dear rommate..~ kenapa laa korang tak reti kemas bilik.. naik serabut kepala den..

dear roomate.. ~ men dota 24jam.. asigment xreti nk buat.. student ape nie ? hahaa..

haa nie roomate sy.. :P

misSbLurRy said...

zacky ,

perggg....roomate ko terbaik lah wook...btol2 bernama student
ahahahha