Tuesday, March 22

jangan putus asa !!!


hai semua, wallawei....sudah lama aku tak merapu diri kat sini, sowie lah kawan-kawan, aku terlalu bz untuk 2 3 minggu lepas, dan aku still bz untuk seminggu dua akan datang ni, maklum lah kan, dah nak masuk bulan 4, so segala benda pun nak kene submit before final menjelma...

well, apa-apa pun aku nak wish good luck untuk esok, yeah for those SPM candidate last year kayh, apa jua result yang korang dapat terima seadanya, tak perlu nak menyesal dan tak perlu untuk menyalahkan sesiapa,



ini bukan masa nya, tapi dengan apa yang korang dapat, yang tak memuaskan boleh tebus balik kat alam IPT, its ok dude, tak ada apa sangat kan...dan yang cemerlang pula congrats, teruskan perjuangan anda untuk peringkat seterusnya.

entri kali ni aku buat khas untuk mereka yang dapat result tak berapa nak best macam aku, dont worry babe, aku dulu pun hancur jugak result, segan nak bagi tahu tapi dengan apa yang aku berada sekarang, aku tak segan nak bagi tahu result aku dulu, bukan nak riak atau bongkak, tapi aku bangga dan aku puas hati atas hasil usaha aku untuk teruskan hidup + tebus balik apa yang aku telah sia-siakan...

yup, result aku sangat hampeh, aku ada E untuk akaun, dan D untuk perdagangan, sungguh aku tak sangka untuk dua subject nie, walhal masa sekolah aku sentiasa je dapat kredit, dan aku ada 2 B dan selebihnya adalah C, teruk kan?pada adik-adik yang dapat result lebih kurangmacam gini jangan lah cepat putus asa, apply je semua IPT, jangan pandang rendah pada institut kemahiran..jujur aku cakap, institut kemahiran nie sangat bagus dan aku salute dengan mereka nie...

so pada adik-adik kat luar sana, jangan ingat result yang korang tak berapa cemerlang, life korang mati kat situ, nope, tanggapan korang salah, selagi ada peluang, selagi ada kudrat, usahakanlah, sekurang-kurang dapat puaskan hati sendiri dan juga untuk family, pasal orang lain? jangan pendulikan...apa pun tak dapat kalau korang dengar cakap orang lain..


cukup lah dengan korang sia-siakan masa selama 13 tahun kat sekolah, cukup-cukuplah untuk bermain-main, sekarang masa untuk korang tempuh alam lain, alam yang korang sendiri je boleh decide nak pergi mana, jalan mana yang korang ambil, ingat tue...setiap keputusan yang korang buat akan effect pada masa akan datang, dan masa itu anda hanya perlu tersenyum dengan kejayaan atas usaha korang atau anda meratapi dengan apa yang telah korang buat...

fikir-fikirkan, belum terlambat untuk mengubahkan segalanya, ubah kehidupan anda....selamat menempuh kehidupan yang sebenar !!


****************************
FULL STOP

missblurry

8 ,000 yang sedang blur:

digital kelok said...

bebudak spm= betol tu.. jgn putus asa. selagi terdaya apply je mana2 u.result tak bagus pon apply! jangan nak rasa rendah diri lak ea. jgn ikot cakap org yg suke rendahkan ko!

blurry=tapi aku yg baca ni lak yg btambah bsemangat. eh eh

misSbLurRy said...

digital kelok,

wakakak...kan jangan mudah putus asa, skrg bukan lagi masa untuk amik mudah...eheheheh..cayok2 beb...kita kejar 1st deg..xdpt pun maintain 2nd high class pon jd la

nora said...

betulll!!
aplly je semua jenis pusat pembelajaran
tak dapat sambung dip buat sijil dulu pastu br sambung dip

*haah la pas baca tetiba semangat terlebih :p

ENTRY HOT : Betul ke Tak Betul??

misza said...

tengok skrg tak sgka result misSbLurRy dulu cenggitu. ni yang buat semangat. tapi bukan untuk diri sendiri. utk anak. thx. hari result kuar mak lagi tension dari anak. sampai blur.

Linda Nazri said...

byk lg alternatif len utk bjaya! hehehe...

misSbLurRy said...

nora,
skrg dah xde sijil...ade tp kat institut kemahiran jerk.....

misSbLurRy said...

misza,

yup support je anak tue..jgn bg tekanan, apa jua bidang yang di nak, support je.....eheheh....

seriously, mcm my mom....cuma dia pesan " apa yg blurry buat, buat sebaik mungkin untuk diri sendiri dan juga dia, dia support je apa jua bidang yg blurry masuk walaupun dia sendiri xnampak dan xtau ape bendanye tue"

misSbLurRy said...

linda nazry,

btol..kalau nak keje pun..keje btol2...bermula dr bawah better than terus naik atas....pengalaman adalah segalanya