Saturday, April 30

adakah mereka layak ??

cuba fikir sejenak, 
berapa ramai kawan baik yang korang ada dalam dunia nie? sorang? dua? 20....40 atau lebih, dan cuba fikirkan balik, apa kenangan yang paling manis dan juga kenangan paling pahit yang korang sama-sama tempuhi bersama?

ada atau tidak bukan persoalan, tapi persoalan sekarang bagaimana korang definisi kawan baik dalam kamus hidup korang?? korang semua akui tak dengan kenyataan ni..

kawan baik bukan diukur seberapa lama kita berkawan sebalik diukur ketika mengharungi susah senang bersama-sama dalam kehidupan !! "

kalau aku yang jawab, memang aku akui sebab ayat kat atas tue status facebook aku, muahahah, aku mula terfikir, walaupun kita dah lama kenal seseorang tapi belum tentu lagi dia kawan baik kita...

dan walaupun kita baru kenal seseorang tetapi kita harungi life kita sama-sama, susah senang, sakit sihat..insyAllah dia adalah kawan baik yang sebenar untuk kita...sebab apa?sebabnya, bila kita harungi bersama-sama, kita boleh nampak dia ikhlas atau tidak masa kejadian tu belaku...kawan baik tak akan berkira walau apa jua keadaan sekali pun,

walaupun kita dah kawan lama, tapi buat hal masing-masing...sekadar roger time lepak, hallo hallo bila nak berjimba, itu bukanlah katogeri yang sah, itu cuma teman sepermainan atau teman berjimba saja,

dan kawan baik tak akan berkira walau apa jua keadaan, kenapa perlu kawan baik? kita hidup dengan manusia dengan benda yang hidup, walaupun ada keluarga yang memang menjadi tulang belakang kita, tapi walau macamane pun kita perlu seorang kawan baik, tak payah banyak pun tak apa..

cuba kita tengok dalam alam realiti, kadang-kadang bila aku pergi mana-mana aku akan jumpa orang yang kenal secara tak sengaja, kenapa? sebabnya kenal dari atas kawan, maksudnya persahabatan yang terjalin dari parents, family dan so on yang secara kebetulan kita akan mula masuk ke dalam family mereka juga..

betuk tak ?so macamana? berapa ramai kawan yang layak digelar kawan baik dalam hidup korang? aku? hurm....biar aku fikir sekejap....ahahahahha

* once aku dah berkawan dengan seseorang dan aku mulai selesa dengan beliau, aku akan jaga perhubungan itu sampai mati dan juga untuk generasi keturunan aku sendiri, mungkin nampak simple di mata orang, tapi bagi aku, dengan ada nya kawan yang bergelar kawan, benefit yang kita dapat jauh lebih banyak untuk sekarang dan akan datang, secara tak langsung kawan yang kita anggap sebahagian dari soul kita itu akan terus berkembang hingga akhir zaman tanpa memerlukan titik permulaan dalam berkawan

***********************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, April 27

surat rasmi sebab ponteng kelas

agak-agak korang, kene terajang or maki tak kalau aku tulis surat tunjuk sebab kenapa aku tak datang kelas macam gini punya bentuk...

***************************
miSsbLurRy
E 103/6, Block Zuhrah
Kolej 13, University kusut musut kehidupan
Selangor Darul Ehsan


Dr. yang berkenaan
Lecturer Quantitative Method In blogspot,
Faculty of blogspot,
University kusut musut kehidupan                                         27 April 2011

Subject: Regarding the unexpected class absence.

Dear Dr. yang berkenaan,

I was unable to attend your class on Friday 15 April, 2011 due to high fever and cold. About Class every week on Wednesday morning I was not able to attend lately because I did not wake up early. This thing happened on that day because 
I have a party the night before. I'm sorry I can not invite you because the party is for young people and bachelor group only.

I hope you can accept it and apologize for any inconvenience caused. Thank you


Sincerely, 
missblurry

*****************************************
FULL STOP

Tuesday, April 26

kelegaan

FHU 3508 HASIL BUKAN KAYU HUTAN  25/4/11

FHU 4506 TEKNOLOGI KITARAN SEMULA KAYU DAN GENTIAN  26/4/11

FHH3524 - PEREKAT AND TEKNOLOGI PEREKATAN KAYU  26/4/11

ACT2111 - PENGANTAR PERANCANGAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT KEWANGAN  29/4/11

EDU3043 - KEMAHIRAN BERFIKIR  30/4/11

BBI2409 - ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES  3/5/11

FHU3205 - KAEDAH KUANTITATIF DALAM PERHUTANAN  8/5/11

********************

korang semua still ingat tak?? aku pernah kutuk kopi cap abadi dulu?? aku tak lah kutuk, cuma tergelakkan sikit jerp sebab adabi keluarkan kopi secara tanpa aku sedari,..

disebabkan semalam malam aku ada paper yang boleh buat aku punya otak terkeluar melalui liang-liang rambut dikepala aku nie,dan pagi tadi and baru kejap tadi ada jugak lagi paper, maka aku memerlukan kopi yang kaw-kaw sat punya,

aku suggest kat korang, layan premium coffee coolblog, serious shit, memang buat korang segar tanpa sebarang menguap dimulut korang pon, walhal aku cuma sedut 2 kali je dari kawan aku, terus tak boleh tidur satu hari...

cuba bayangkan kalau korang telan air tue satu cawan??lu fikir lah sendiri, btw, berbalik pada kopi adabi, malam tadi aku nak stay up, before pergi amik exam, so aku nak lah beli premium coffee coolblog tue, sekali stock abis, then aku beli lah white coffee yang langsung tak kick, still aku boleh mengantuk

so nak jadi cerita, aku and cik rama rami, lenjan lah ke serumpun punya kiosk untuk cari kopi kaw, sekali yang ada semua nescafe, untuk coffee cuma ada adabi tue jerp, nak tak nak aku ambil je la, mula-mula minum memang tak sedap coffee nie, and tak kick juga, still menguap, then selepas sejam kemudian, coffee tie bertindak balas dengan hormon aku, maka aku langsung tak boleh tidur till now,

siap update blog lagi, nie sikit lagi nak basuh baju pulak, huhhuu...so aku nak bagitahu yang coffee nie memang kick, buat aku segar dan bertenaga sebabnya coffe tue ada campuran tongkat ali, nasib baik belum kahwin lagi..hihihihiih...

for those out there yang nak stay up macam aku nie, moh layan premium coffee coll blog dulu, if tak ada try pula coffee cap adabi ok...pengajaran untuk aku, never underestimate before try it, sorry tokey adabi, wa tak akan kutuk lu punya coffee lagi...eheheheh

* selesainya dua subject yang gila nie, maka aku dah terbayangkan flight bernombor AK5109, huhuhuuh


************************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, April 24

apit - cintaku dipermainkan

entry kali ini adalah entri jiwang, wa tertouching dengan lirik lagu nie, moh kita layan, 

cintaku dipermainkan


Tidak kah engkau tahu sayang
Betapa ku sayang padamu
Kerna kau insan yang ku cinta
Untuk selama lamanya

Tapi disebaliknya apa
Yang kau berikan pada ku
Kasih dan sayang ku tiada
Pilunya di hatiku ..

Kini kau berubah
Kau tak seperti dulu
Mengapa sayang mengapa
Engkau jadi begini ..

Kini aku menyesal menyintaimu
Kerna cintaku dipermainkan
Secukup cukupnya..

Hampalah diriku dalam percintaan
Kau membuat ku tidak mahu cinta lagi sayang..

Mengapa engkau permainkan
Cinta yang sudah kita bina
Kini kalau tak sayang lagi
Berterus terang padaku

Jangan lah engkau menyeksaku
Tak sanggup lagi ku menanggung
Dugaan cinta yang ku beri
Terhadap diriku
Sakitnya hatiku
Sampainya hatimu..
Kau tidak melayan diriku
Seperti dahulu ..

Cuba kau rasa kan lah apa yang ku rasa
Kini pasti kau juga akan
Menyesali cintaku ini..

Kini airmata pun mula mengalir
Engkau maseh belum berubah rubah
Engkau tetap sama..

Kini aku meminta maaf
Kerna hatiku dah tertutup
Untuk dirimu oh sayang..

Lepaskan aku ..
Bebaskan aku ..
Pergila sayang..
Jangan kembali lagi .. oh woho….

* kenangan tetap kenangan :)

**********************
FULL STOP

missblurry

Saturday, April 23

pengotor ??

maaf, entri ini bebaur kelucahan kegelian tahap ayam


1. bersin - terkeluar gula gula - kutip - makan balik


2. kentut - busuk - sedot - muka lega


3. korek hidung - pegang barang - ambil makanan - makan


4. ceduk air soya - tuang dalam plastik - panas - ludah ludah - bungkus - jual


5. gatal bontot - seluk - garu garu - cium


6. korek hidung - pegang mangkuk - ceduk nasi - potong ayam - hidang - jual


7. masuk tandas - shi shi - pegang itu ini - pergi cermin - touch up muka - tak basuh tangan - keluar tandas - pegang tangan partner


8. kuku panjang -pegang itu ini - garu badan - daki - basuh tangan - kuku kotor - makan nasi


9. bangun pagi - korek taik mata - muka pesat pesat - masuk dapur - makan dengan selera


10. goreng goreng- ambil sayur - masuk kuali - hidang - jual - makan - gigit batu




eeeeeeuuuuuuwwww!!! hahaha, apa buat-buat muka, padahal korang mesti pernah buat kan, salah satu di atas, jangan tipu...heheheh...


************************
FULL STOP


missblurry

Friday, April 22

bye 13 hello 15


entri sebelum nie aku ada cerita yang aku kene halau kolej kan, dan malam tue jugak aku terus balik ke kolej untuk settlekan masalah ni...nasib baik rumah aku dekat, terfikir juga, kesian kat yang lain dah balik kampung dan dapat nasib macam aku, macamana lah diorang nak settlekan??

seminggu aku uruskan hal nie, sekarang pun masih belum settle, tapi tinggal nak hantar borang jer, kira nya dah settle lah juga cuma tinggal 1 step je lagi, sebenarnye benda nie boleh settle dalam masa 1 hari saja,tapi kalau dah berurusan dengan orang mengalah kerja politik, memang payah la kan

seriously, aku kecewa sungguh dengan pihak pengurusan, aku tak mention mana-mana tapi memang aku kecewa sesangat, sudahlah buang student saat-saat terakhir masa study week, lepas itu bila nak buat urusan pertukaran kolej lambat betul dan langsung tak menolong pada yang dah terbuang kolej nie...
sungguh aku tak respect, benda simple pun susah ke nak buat?kau buat dalam office tue pun bukan buat apa, silap-silap layan sinetron tak pun facebook, cuba fikir, kalau benda ni kene kat korang,kene kat anak sendiri,adik beradik? apa rasa? ke rasa seronok??fikirlah sendiri..


aku bukan nak tuduh poyo rondok gitu jer, tapi aku sendiri yang berurusan untuk settlekan hal ni kan, kalau aku tak paksa diorang memang tak bergerak dan aku nampak banyak lagi borang yang tak di sign lagi, sudah lah bagi masa seminggu je untuk uruskan benda nie, haish,,,,entahlah

papehal pun alhamdulillah, ktorang selamat dapat bilik, 1 bilik 2 orang, walaupun bayar mahal sikit tapi tak kisah lah asalkan aku dapat bilik dan selesa dan insyAllah tak akan tersusah lagi sebab kolej ni under swasta,


block yang aku dapat nie pun majoriti geng -geng aku ada, memang lepas nie makin havoc lah kan, makin mengarut lah perbuatan aku di saat-saat tahun akhir aku kat university nie, ahahahah. maaf lah yer, mereka yang akan terasa terganggu sikit, agak-agak over sila sound yer !!!

unofficially i'm serumpunian, thanx a lot to 13th college for the all of Ur service provided and comfortable room, sayonara !!! hah kenapa unofficially? sebab aku tak dapat kunci lagi, tunggu bulan 9, aku akan jadi warga serumpun, hallo2 junior !! eheheheh

**************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, April 21

monopoly membina minda


aku saja melepak kat kolej kawan aku, juga mangsa kene halau kolej, so saat-sat terakhir aku lepak lah kolej nie, nanti dah tak boleh nak lepak, bukan tak boleh tapi confirm jarang lepak dah...


aku nie pantang tak buat apa-apa, so awal-awal lagi aku booking laptop kawan aku untuk mengonlinekan diri, dah layan game kat facebook layan pulak game kat laptop dia, tapi bosan yang amat...


entah macamane aku ternampak game monopoly, and secara tetiba kawan aku sound, dan perbualan kami berbentuk agak ilmiah ....


****************************


cik badam : wei kata lah kau layan monopoly beb??


blurry : a'ah wei, aku bosan dowh, melayan je la..


cik badam : ek eleh, aku main asyik menang je kot, boring betul aku, nei budak-budak punyer game kot..


blurry : kot tak kot, susah kot monopoly nie, rules dia tak macam bangang plak


cik badam : senang je weiiii...ape je lah sangat kan...setakat monopoly


tetiba muncul suara dua mambang lagi dengan gaya tak puas hati


oakley : ko fiza tak payah nak belagak kan..jom tengok, siapa menang...


cik titi : ehehhe memang tak boleh blah kan...bawak turun laptop kita lawan


oakley : kalau badam kalah, belanja coolblog..aku tak kira...


cik badam : ok...tak kisah ( gaya poyo ) ...kalau aku menang, korang belanja pulak...perggg macam best pulak kan dapat 3 sekali coolblog


blurry : tak de hal lar....( sambil bawah turun laptop ) 

******************************

main punya main, memang kerja aku asik bayar tapak tanah orang jerk, tanah aku sendiri cuma ada 4 ketul, tapi sekali dapat geran aku buat hotel..dapat pulak dua tanah, memang dua bijik naik dengan bangga nya...

si badam dengan titi nie memang kumpul harta, nasib oakley sama je macam aku, asik kene bayar tanah orang jer...lama juga lah melayan sampai sejam setengah, last-last aku ajak stop sebab kesiankan roomate aku tinggal sorang-sorang..

kira harta semua, dengan bangga nya memang aku lah menang, mana tak nye, dah aku rajin buat makan-makan kat hotel aku kan, sekali makan kene 450k, dapat 3 kepala dah berapa aku untung...muahahah tapi tak banyak, aku menang cuma ada 33 juta...

Ni duit masa tengah main

kalau lah monopoly nie harta betul...perg kaya siot, ahahah juling mata aku dengan duit jerk, nasib baik main dalam laptop, tue pun dah banyak merungut...eh before that, siapa pernah layan catur bestari? yang tue pun best juga owh, menjana minda, stratergi kene mantap..

jangan main-main, baru-baru nie ada lawan antara ipta, siap ada bantahan lagi bila pemenang di umumkan, siapa yang tahu kes tue, senyum senyum sendiri lah yer, aku malas nak masuk campur....


siapa nak lawan monopoly dengan aku???? ahahahahha gua la jutawan monopoly !!!

*******************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, April 19

makan ubat segala duka



macam apa yang entri aku sebelum ni katakan..erm apsal ayat aku pasif? jap aku aktifkan dia..err tak apa lah tatabahasa aku memang failed, so korang paham sendiri lah yer,

ok memang dah keluar nama untuk kolej semester depan, dan ternyata aku memang dihalau keluar, semalam pukul 3 petang lepas aku bangun tidur...errr eheheh cuaca semalam best wei, tidur tak hingat dunia dah..

aku terus je online and tanye kawan aku, kebetulan kawan aku tue pun kene halau, muahaha terus lah aku plan dengan dia tuk cari kolej lain, memang serumpun jadi sasaran sebab nya tue kolej swasta, memang keje dia terima je student, nak duit katakan, tak kan dia nak tolak kan...

aku dah settlekan semua sekali, tinggal nak serahkan borang kat pengetua je, hope ada lagi bilik kosong, fuh fuh...amin !!nak jadikan cerita, aku malas nak fikir lebih-lebih, nanti otak aku mengalami gangguan, leceh pula nak kene service pula..

kebetulan akak aku si tora, message aku suruh keluarkan butter, huhuhu confirm dia nak buat kek, memang dia balik awal giler dari lab, sampai rumah terus running buat kek, sedap woo nama kek tu chocolate lava, dia belajar dari you tube..korang jangan fikir you tube tempat layan mtv, layan movie layan korea bagai-bagai, banyak kot faedah dari youtube nie

cuma korang je, nak guna ke arah mana you tube nie, kalau tanye aku sah-sah aku layan video video lucah  eminem, tak pun lagu dari abang-abang aku, KRU lah apa lagi..hihihi...owh berbalik pada kek tue, dia buat tak banyak, 4 ketul jerk, sebab mould dia ade 4 je, lepas dia buat kek tue dia tibai pula buat cup cake..

tapi cup cake nie menyampah aku tengok..dia bantai buat konsep cup cake untuk golongan semut yang makan, gilak kecik kot....saiz double extra mini cup cake, cup yang buat kuih raya tue...celah gigi aku pun tak lepas wei..boleh tahan sengal nya juga si tora nie, korang kat luar jangan menyengalkan diri buat cup cake saiz gitu eh...

malas aku nak type banyak-banyak, hati korang oun dah berbuih-buih baca entri aku nie, moh layan gambar pula.....

************************************

nampak buruk tapi sodappp

lava di tengah kek, nyum nyum

double extra mini cup cake

* bila dah makan, hati pun gembira, tak payah fikir benda yang runsing

****************************************
FULL STOP

missblurry

Monday, April 18

study ??



bagi siapa yang kenal aku inside and outside, confirm gelakkan aku kalau aku kata aku nak study sekarang, muahahah, jangan kata diorang, aku sendiri yang buat pengakuan nie pun rasa nak tampar muka sendiri je...

kenapa? aku nie jenis agak lah suka buat kerja last minute juga, cuma entah syaitan mana yang rasuk aku je yang boleh aku terbuat kerja awal-awal,...aku rasa benda nie dah biasa kat semua orang kan, dah sebati, entah siapa ajar aku pun tak tahu lah...

setiap kali masuk tahun baru, azam tetap sama, nak berubah, tapi tetap sama juga perangai nya, hihihihi, kan betul tak apa aku cakap? tak kisah lah kawan-kawan, asalkan kerja yang dibuat last minute tue tetap tiptop macam kerja yang dibuat awal, so ape yang korang buat akan terbayar kan..

jam dah menunjukkan pukul 0110H maka, dengan ini sudah 32 jam 10 minit 15 saat aku dah jejak kat rumah, dan benda yang memang dah expected adalah, aku dah mula bosan, dang !! insomnia kembali bertahta maka jom study

yok, kawan-kawan yang nak exam, jom follow aku study woi...dapat cover 1 page jadi lah..mueheheh...

********************************
FULL STOP

missblurry

Sunday, April 17

kolej oh kolej

ah risaunya aku, risaukan status aku di kolej, dengar cerita yang sumber boleh dipercayai...kolej aku buang seramai 118 student, dang !!!!

apalah status aku nie, aku tinggal lagi setahun jer, tolong lah aku, lepaskan aku untuk setahun jer lagi...aku malas nak duduk rumah sewa lagi dah, semak nak fikir banyak benda...

sudah lah area serdang tue agak lah clumsy sikit kawasan perumahan tue, damn!! silap2 aku bina khemas jerk belakang block aku, tumpang tandas je untuk mandi + basuh baju + kencing dan berak....

uwaaa risaunyer......yang aku dengar hanya kolej tun perak je tak buang orang, yang lain semua selamat dan kolej aku paling ramai yang buang orang, reason? i dunno, mungkin ada kaitan dengan kerobohan KMR..

to KMR'ian, sorry to u all guys, bantahan korang tak dilayan dengar cerita nya, walaupun aku tak duduk situ but im sad coz tue melambangkan kolej tertua di UPM, tapi nak buat macamana kan fikiran kita tak sama dengan fikiran yang di atas....

tapi yang penting sekali, harap-harap nama aku and the geng still dalam kolej, please i beg u....

**************************************
FULL STOP 

missblurry

Saturday, April 16

perangai kau macam tenuk



aku rasa apa yang aku nak cerita nie mesti korang semua pernah lalui kan...dan korang mesti akan rasa benda nie sangat annoy, benda bongok yang tak perlu berlaku, ok lemme story what happend

berapa ramai kat sini yang bila dah clash dengan partner but still boleh lagi contACT and berkawan macam biasa without any heart feeling ? jujur aku cakap, aku boleh buat gitu, yang penting mindset, betul tak?

yang jadi annoy bila kita dah clash then masing-masing ada partner baru, dan yang baru itu perangai kalah tenuk, cemburu yang tak tentu pasal, sampai boleh merosakkan perhubungan yang dah lama boleh terputus sebab perangai tenuk tue..

mesti ada kat sini pernah kene serang, or pernah kene stalker kan dengan orang perangai tenuk nie...sakit hati kan?apa yang nak ditakutkan?takut kene rampas? come on lah, kalau takut kene rampas tu kene tanya diri sendiri, kenapa partner korang boleh balik ke ex korang balik??


mesti ada sebab, before nak salahkan orang, sila cermin diri sendiri..bagi aku, insyallah aku tak akan kembali ke dia balik,sebab kita sendiri boleh tahu hati dan perasaan kita sampai tahap mana kan...

so kenapa nak jadi penghalang untuk terus berkawan??kalau korang percaya kat partner korang nescaya kes curang mencurang dan skendel mengskendel mahupun rampas merampas tak akan jadi, ini semua terletak pada diri sendiri kan...


bagi aku perangai tenuk nie, perangai paling annoy dalam hidup aku, mungkin kita boleh wujud perasaan cemburu tapi sila bertempat kan...erm entah lah, harap-harap aku tak macam gini, tak perlu nak kongkong sangat partner korang tue, kalau korang sayang dan percaya pada dia dan sebaliknya, perkara yang sengal-sengal tak akan berlaku, unless life style korang macam gitu...

************************

NOTA PERANGAI TENUK

1. kalau nak berkawan dengan aku, sila jangan sangsi dan fikir bukan-bukan pasal aku...

2. niat baik aku nak berkawan jangan salah erti, silap-silap aku akan move on dan perbuatan kali kedua kau nie akan aku ingat sampai mati

3. kalau aku NAK RAMPAS laki kau, dah lama aku buat, jangan cabar aku !! i mean it

4. ini entri bukan marah tapi kecewa dengan manusia yang penuh dengan perasaan dengki + cemburu tak bertempat + otak dungu + perangai tenuk..siapa terasa harap maaf, sila fikirkan balik dengan apa yang kau buat !!!

********************************
FULL STOP

missblurry

Thursday, April 14

durian free

petang tadi lepas kelas, kawan aku ajak singgah ladang kat tempat aku belajar, niat nak pergi jenguk buah durian kot ada diorang kutip..boleh lah beli sikit kan,then masa sampai tue, tanye lah kat pakcik tue..

pakcik tue memang keje kat ladang tue, tanye-tanye dia kata tak ada pun musim buah durian, yang berbuanh sepokok dua jer,kecewa je hati, sebab masa masuk ladang nampak gak lag buah durian kat pokok tue...

last-last pakcik tue baji sebijik suruh rasa buah, agaknye kesiankan ktorang kot, mengidam buah durian...ahahah aku yang demam nie makan paling banyak, walaupun aku kurang minat durian, tapi durian yang dia hulur memang sedap..

langsung tak rasa durian, err maksud aku rasa durian dia tak kuat, rasa manis..eh tak la, tak reti nak define...yang pasti durian yang aku rasa nie, kalau dimakan dengan nasi yang panas then ikan kembung goreng panas-panas, letak kicap memang sodap giler....

arggg!!! nie yang aku nak balik rumah then suruh bapak den beli durian, dah lama tak makan macam gitu..hah pelik? tak la, sedap lah..cuba korang try, gerenti bertambah-tambah....wooo.....nak balik !!!

********************


durian pertama yang jadi mangsa aku

durian kedua pula

ubat yang aku dapat dari pusat kesihatan
kalau pergi swasta mau kene charge rm 100 nie

* Thanx kat pakcik ladang, bagi makan durian free, nanti musim rambutan saya datang lagi..eheheh

*************************************
FULL STOP

missblurry

Monday, April 11

anda nilai sendiri ...

sebelum aku cakap pape, aku nak paste comment dari youtube yang upload video nie dulu, then baru aku comment pendapat aku pula ...

" td da g gegar da die ckp die tiup jew sbb panas.. Byk gk soalan2 die gugup.. Kalo tiup cmtue ley ke sejuk.. Bkan nak fitnah tp yg rakam nie da serang da peniaga nie then dtg sorang laki die ckp 'jgn masuk cmpur, sy da lama meniaga' kalo rse yakin, pg la beli pastu minum.. Bukan nak fitnah.. Tapi apa motif dia tiup? Boleh sejuk ke?.. Peniaga ni asal palembang.."


alrite, aku nie penggemar air soya, memang aku suka kan soya, sepanjang hidup aku, aku tak pernah tengok mana-mana penjual air soya dok main tiup-tiup bila nak ikat air soya, 

macamana aku nak tahu?kalau dah perangai memang jenis pemerhati, memang aku perhati satu-satu, lagi satu, tak ada keje pulak nak main tiup-tiup kalau nak bagi sejuk kan....

tapi sekali pun pendapat korang, hati-hati lah dan anda nilai sendiri....




*******************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, April 9

hati keras boleh jadi lembut bila...


* aku jujur, yang aku sebak dan hampir menitis air mata aku, good job pada yang buat video nie coz boleh buat aku tersentuh

***********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, April 8

hero atau zero ??


dua tiga hari lepas, ada benda yang aku rasa sangat bodoh berlaku kat diri and kawan aku, dang!!!

nak dijadikan cerita, konon nya budak ni nak jadi hero, nak selamatkan kawan dia dari difitnah orang walhal dia sendiri tak tahu apepun punca cerita, wat the fook?? 

tindakan dia yang baru je dengar cerita hot tue, terus tanye dekat mangsa yang konon nya dia memang kenal sesangat2 kat mangsa,tanpa buat kaji selidik,nasib lah aku kurang ambil tahu pasal nie, aku dengar dan buat tak tahu, tapi cara dia nak selesaikan masalah tue sangat longkang,

beb, lu nak jadi hero, tolong lah siasat apa cer sebenarnya, lu fikir lu kenal dia, rapat dengan dia sebab atas jawatan lu, lu nak jadi gangster? lu tue budak-budak, ape pun berlaku, cakap biar hormat orang sikit....

kalau betol lu rapat dengan dia, lu mesti kenal luar dalam kawan lu tue...tindakan lu nie beb, memang aku pandang rendah kat lu la kan..aku yang tak amik tahu hal orang nie pun aku tau cerita lain yang lagi bongok pasal kawan lu tue, kawan lu amik kos apa pun lu tak tahu kan??

so tak payah nak jadi hero sangat, apa yang lu buat nie dah buat orang lain bermasam muka tak tentu hala, nasib budak tue dah final sem, kalau tak, wa sedas dua je kat lu...dogol !!!

aku nak nasihatkan lah dekat orang lain, tak kisah lah siapa-siapa pun,untuk peringatan kat aku juga, kot nak jadi hero, biar diri tue berisi, baru boleh, jangan tin kosong then nak serang orang yang bajet diri tue ada isi,silap-silap nyawa melayang, benang yang basah bertambah basah...

senang cerita, jaga kain sendiri sebelum nak jaga kain orang lain...kalau tak reti jaga kain, jadi jaga kat gate mana-mana pun boleh,!!!!!!!

*****************************
FULL STOP

missblurry

Tuesday, April 5

otak pun nak rehat juga



alhamdulillah, finally keje aku semua dah siap, fuh!!! nak kata penat tak juga tapi boleh tahan lah, actually tak la semua keje siap tapi mostly la...

result exam pun dah kelaur, so far alhamdulillah, ade peningkatan, tinggal nak pulun exam saja lagi, fuh!! minggu ni dah minggu depana dalah minggu rehat aku, 

malas nak fikir study lagi, biar relax sikit baru lah kayuh balik otak nie, beb, gua manusia lah, bukan machine...machine pun kalau dok running non stoppun pandai juga merajuk, sekali merajuk bukan kejap..lama kot..silap-silap terus tak boleh pakai..

tapi otak aku ni nak pakai seumur hidup, so bagi lah ruang sikit untuk beliau bernafas dengan tenang kan...hihihihi

by the way, aku tak dapat lagi nak blogwalking dan beramas mesra dengan korang, maaflah yer, maklum lah, hujung-hujung sem memang tak dapat nak tumpukan lagi blog-blog dan benda lain..walau macamana pun, aku akan luang sejam dua untuk ziarah blog korang, 

thanx yeah yang singgah blog usang aku nie, balik rumah nanti baru aku pulun kaw2 sat blog nie, update apa yang lastest, benda-benda yang aku nak konsi dengan korang...ngeee peace ~~

love u all 

******************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, April 2

main masak masak

sejak dua menjak aku meniaga nie, (dah stop meniaga) aku rajin pula nak memasak, tapi benda simple je, gian wei nak main masak-masak, dulu kalau duduk rumah sewa, memang selalu je aku masak dengan roomate aku...

but since masuk UPM, duduk kolej dah jarang dan jujur memang aku dah tak memasak, adalah dekat 2 tahun dah, fuh!!! lama siot...

aku nie jenis kalau nak masak biar barang lengkap, kalau tak mood aku hilang bila tengok tak lengkap...tak best...tapi sebab dah gian aku lenjan je apa yang ada, sakit perut atau tak tue kemudian hari cerita...

so aku nak sajikan beberapa keping gambar yang aku main masak-masak, menggunakan rice cooker dan makan penuh dengan nikmat...

**********************************



spaghetti gila babeng pedas yang amat
 
tapi 4 manusia ini tetap setia menikmatinya

 sausage roll ( perniagaan aku)

cekodok bawang + ikan bilis

spaghetti bolognese 

nota masak-masak

1. maaf untuk warga kolej 13 terutama blog E dan G, aku masa boleh bau sampai atas, ahahah

2. aku fikir lepas nie nak masak ayam masak merah pula, weeee best best

3. hati-hati menggunakan cili brand puteri, memang gila puteri nie punya pedas...perg, leta sikit dah mengancam...

**************************
FULL STOP

missblurry