Monday, November 22

hargai beliau



nak di jadikan cerita, my mom saja jalan-jalan ke johor rumah anak sedara dia selama seminggu dan kebetulan yang aku dan sibling aku memang ada kat rumah tengah cuti except cik tora.

so disebabkan hanya ada aku dan adik aku yang duduk rumah, atas tanggungjawab yang di amanahkan, aku kena masak untuk makan malam. then aku pun godek-godek la freezer.

yang ada cuma adalah sayur sawi dan kobis. aku ambil keputusan untuk pergi ke jepun dan jumpa dengan giant, yerp...dia pembekal sayur yang hebat. ngeh!!..

aku pun beli lah tepung bukan nya sayur walaupun giant pembekal sayur. then aku pergi pula singgah ke ayamas untuk beli ayam bersaiz XL..nama saja XL tapi kecik juga, kalau dah nama pun ayam tue ayam lah juga....

so aku balik, duduk termenung jap, goyang-goyang kaki sambil fikir nak masak apa? nak keje senang plus memikirkan yang sibling aku pun tak berapa nak makan malam, maka aku pun buat keputusan masak ayam kicap dan kobis goreng biasa ( err aku tak tahu nama masakan itu).

aku nak masak sayur sawi, tapi aku tak pandai, sebabnya aku bukan manusia makan sayur, so apa-apa masakan berkaitan sayur memang aku tak penduli. tetiba aku rasa macam nak call my mom. ngeh!!

entah macamana, sedih pula kat hati, ye lah..nak masak sayur pun still kene refer dengan my mom, macamana lah suatu hari nanti yang dia tinggalkan kita buat selama nya? mampu kah kita hidup tanpa dia?

aku rasa aku belum bersedia untuk itu walaupun aku kena belajar untuk menerimanya dari sekarang. dengan penyakit yang ada dalam diri dia,dan bila-bila masa boleh menyerang balik. kalau nak fikirkan hal sibling aku, aku langsung tak kisah tapi kalau fikir untuk my dad, memang aku kesian..tadi masak pun nasib baik dia makan. ahahah...

aku rasa aku kena tuntut ilmu yang dia ada dari sekarang, moga dia panjang umur untuk terus bimbing aku dan topup ilmu yang masih lagi kurang kat aku ni. sebak juga dalam hati, baru tiga hari tinggalkan rumah, macamana keadaan untuk selamanya nanti?hurm...

*********************************
NOTA TOUCHING :

1. sayur memang tak sedap tapi aku baru nak belajar makan sayur. ahah ..ok lame.

2. errr kepada mak mentua, jangan lari yer..ini hanya kejujuran dari aku.

3. just miss her !!! sob sob sob

**************************************
FULL STOP
missblurry

6 ,000 yang sedang blur:

azwa_amani said...

aweljar lah masak..nnti dah masak ajak saye makan yer...

doakan mak awak sentiasa sihat...kuasa Allah, yang sakit leh sembuh.. :)

Liquid said...

incek liquid pon, tak bersedia lagi. banyak nk kene belajar uhu. takut jugak bile fikir mcm tu uhu

misSbLurRy said...

azwa,

ahahah saya masak cincai..segan jerk nak ajak...

misSbLurRy said...

liquid,

yup..bukan xnak menerima kenyataan tp takut hadapi benda itu

nadey said...

gile lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh blaja masak laki pmpn ke xrugi doh....asalkan g mane2 org xlapa ngan kite.....ape2 mende pon leh jd

misSbLurRy said...

nadey,

mmg xkan lapar klo ade aku..alalalalla