Wednesday, November 17

menguji minda

dua tiga hari lepas aku telah di tag oleh sila click cik sasa, siap ugut aku untuk jawab soalan yang dia bagi,sebenarnya aku dah buat tapi kene hold dulu sebab aku busy dengan exam.

so dengan rela aku pun jawablah soalan-soalan yang mencabar minda aku ni. agak susah lah bagi aku yang otak di kala mood honeymoon untuk menjawab soalan-soalan tahap PHD nie. 

so untuk cik sasa, saya jawab dengan seikhlas hati saya ok, dan saya nak chocolate saya. sila bagi dengan kadar segera...trick or treat?? owh ok.halloween dah lepas anyway selamat hari raya aidiladha. peace.. (o.O)\/..

*****************************

♥ berdasarkan pengetahuan anda , apakah ituu "i love you" ?

mengikut akta percintaan kanun jiwang, i love u makna nya, anda bersifat lucah sekiranya anda senang untuk menyebut kata-kata tersebut.

♥ bile anda mula kenal dan berjinak-jinak dengan perkataan " i love you" tuu ?

aku kenal perkataan ini masa umur 2 tahun dan aku cakap dengan mak aku time tue, mom i love u, yes i mean it..

♥ suka atau tak suka dengan perkataan "i love you" tuu ?
aku lagi suka perkataan," beb, aku sayang kau dowh" lagi romantik kot

♥ pernah tak dalam hidup anda orang cakap "i love you" ?

 owh, itu errr hurm pernah orang-orang yang pernah terlekat kat dalam limpa aku, tapi itu semua kenangan. owh ok aku mula touching

♥ ehem , antaranye sape yang pernah cakap "i love you" kat anda ?

kalau aku senaraikan pun, bukan kau kenal kan, cukup sekadar mereka-mereka yang terasa di luar sana.


♥ dalam sehari berapa kali pernah dapat "i love you" tu agak-2 nyea ?


perg, payah wei, sebab aku ajar diorang cakap " beb aku sayang kau dowh" so kira lah sendiri berapa kali aku boleh dapat kan...apa kata kau orang pertama ucap untuk hari ini? 

♥ siapa paling kerap kali lemparkan perkataan "i love you" tuu ?

 macam jawapan di atas, sudah lah, kang aku nangis kang, kau nak pujuk ker?suka bagi aku emo kan...

♥ jike ada seseorang yang tak dikenali datang dekat dan cakap kat anda secara spontan " i love you", apakah reaksi anda ?


aku tenung dia sampai naik juling seketika, lepas itu.....lantak kau la, tak berdarah hidung aku pun...tahap lucah kau tak stim langsung. ops lucah!!

♥ lastly , sila senaraikan 8 nama orang yang anda sayang yang anda ingin kirimkan "I LOVE YOU" nieh ? :)

aku tak nak tag sebab aku lagi suka orang cakap 
" beb, kau chomel hari ini"

***********************************
FULL STOP
missblurry



2 ,000 yang sedang blur:

cik sasa said...

suke...
"beb, aku syg kau dowh"
hehehe.......

misSbLurRy said...

cik sasa,

kalao yg

" beb kau chomel ari ni"? lg best..ahahah