Thursday, November 25

bila blurry dah jadi ju on



nah amik kau, topic aku kali ni, bila aku dah jadi ju on...agak seram tapi langsung tak.

sebenarnya, bukan ju on tapi vampire chomel. aku rasa aku dah sebut banyak kali benda nie, bila aku di alam maya aku akan bertukar menjadi vampire, seriously..

secara jujurnya, tak sampai lagi seminggu aku cuti tapi timing tidur aku sudah bertukar menjadi entah apa-apa. ok-ok...aku tipu. benda ni jadi since study week lagi. nasiblah final exam aku hari tue tak effect, cuma masa fizik jer aku termenguap dengan gaya harimau kumbang dan kuatnya. eheheh sorry doc.

owh ok hold on, ada orang bagi salam pula, siapa lah yang datang tengah hari buta nie..ops lupa jawab salam...walaikumsalam.....(sambil blah dari lappy dan menuju ke pintu rumah)

alrite, my mom dah balik...weeee..ok sambung..

aku ada penyakit pelik, aku jenis tak boleh ada cuti lama sikit. paling sikit untuk aku memandai lah weekend. sebabnya bila aku dapat cuti lebih dari tiga hari, hormon-hormon lucah aku akan bertukar.

kemungkinan besar otak aku ni dah auto set. bila cuti saja menjelma, terus tukar timing tidur aku dari pukul 2 pagi jadi 4-6 pagi ikut waktu suka hati dia. tapi hari ini dah mencapai tahap maksimum iaitu aku tidur pukul 8 pagi. damn it..

silap hari bulan aku langsung tak tidur, beb cuti lama lagi, sebulan lagi...waduh..apa aku nak buat nie?? 




********************************************
NOTA JU ON:

1. aku tak nak jadi ju on dan berkawan dengan kawan-kawan dia.

2. mata aku semakin hitam, nasib baik kulit aku pun gelap-gelap manis, so sekata. tapi hodoh..!!

3. adakah aku mengalami masalah mental???

4. semalam ada reunion sekolah rendah padang tembak 1, dimana aku dah tinggalkan sekolah tu almost 12 tahun, tapi sayangnya aku tak dapat join, sorry guys.


5. nasib baik si taro cuti sekali so boleh temankan, tapi isnin ni dia dah practical, hadoi yai yai....keseorangan lagi.


6. nak mengharap si tora, outa la beliau, yo yo kata nak stay up tapi ngek..pukul 10 dah ke bulan..cess

*******************************************
FULL STOP
missblurry

4 ,000 yang sedang blur:

hans said...

ko dah kena insomia nih

P/S :Dasyat! Memang Dasyat! Kepada Lelaki! Awas Jika Anda Berjalan Keseorangan!

P/S : Kutipan Filem 2 Alam? Korang Tahu Ker Dah Berapa Juta? Meh Tengok Sini

Abu Uwais said...

pertama kali singgah sini. salam perkenalan from ur new followers

misSbLurRy said...

hans,

yela aku pon rasa gitu

sekamar rindu said...

makhluk yg kecik dok kat mata tu, nama apa?