Thursday, November 11

kenangan zaman UPSR



memandangkan hari ini keluar keputusan UPSR untuk seluruh malaysia, itu pun aku tahu sebab keluar dalam paper,maklum lah, TV kat block aku kurang sihat, cepat sangat kene demam panas, bila sudah demam terus pengsan dan tak bangun-bangun. so jalan pintas nak tahu hal dunia, layan lah paper yang entah betul entah tak aku pun tak tahu.

bila baca pasal keputusan tu, terus aku teringat zaman UPSR aku pula, 

zaman upsr aku, zaman paling seronok, tak pernah nak fikir hal dunia or hal segala hal, aku rasa aku just fikir sport, geng , sport dan sport, ahahah.



so dari azali aku pergi sekolah hanya fikir sport, langsung aku tak fikir pasal study, and seriously aku langsung tak fikir pasal exam upsr tue. silap-silap aku tak tahu pun yang upsr tu penting, means big exam,untuk tentukan kita ke sekolah mana. bagi aku, time tue sangat lah tak penitng tue semua, as long as aku masuk sekolah menengah dah cukup baik.ahahah steady gila.

ini aku nak review sikit subject yang aku belajar masa sekolah rendah, eh confirm-confirm korang pun belajar yang sama kan..ah lantak..blog aku, kau baca saja..

~ aku menyampah subject english: sebab aku pernah kena tampar tanpa sebab dengan teacher aku, masa itu darjah 2, yes darjah dua dekat sekolah rendah padang tembak 1, dan cikgu tu berbangsa ******** ( aku bukan racist ) tapi bangsa tu kalau bergaduh atau marah mesti nak lempang orang, memang pe'el diorang macam gitu. so sebab kejadian tu, terus aku benci english dan sekarang aku bongok english ahahah.....

~ aku terpaksa suka subject math : cikgu Lawrence ( kental dalam otak aku nama sir nie ) suka bawak pembaris besi yang panjang , bila dia buat soalan or latihan dan kalau salah 1 kene rotan 1, beb..math kot salah kira even satu salah lah semua, nak tak nak aku kene juga gigih buat homework. grrr

~ bahasa melayu : aku tak ada kenangan untuk subject ini, tapi cikgu yang mengajar aku a.k.a cikgu kelas anti dengan aku, siap cakap kat mak aku yang aku suka pandang dia sampai nak makan dia. hadoi...baik lah aku makan burger, sedap sikit. dan aku tak suka subject bahasa, sebab itu bahasa aku tunggang langgang. nice....

~ science yang cool : dari darjah 4 memang aku suka dengan subject science, rasa gempak bila buat eksperimen, bila failed dan meletup pun lagi gempak. perggg,..

~ waktu PJK yang dialu-alukan : yang ini memang favorite aku, asal time PJK mesti aku and the gang layan rounders, dengan keadaan padang yang besar memang masyuk bila pukul bola sampai keluar pagar, keh keh keh..

***************************

dalam kelas aku cuma manusia biasa, bukan pengawas mahupun pengganas, tapi aku rajin melayan kawan-kawan aku dengan masuk dikir barat,asalkan ada majlis sure muka ktorg yang perform.sampai naik sekolah menengah kot. 


dekat sekolah tu, aku pernah kantoi kes rokok, budak lain yang merokok aku kena sekali, bangang!!pernah juga tergempar dengan ktorg terjumpa condom atas atap jalan kaki ( kelas aku paling atas ) masa hari isnin.

sampai sekarang tak tahu siapa punya condom,bongeng..dah pakai buang dalam tong sampah sudah...colour biru pula tu..saiz apa?aku pun tak tahu...errr

bila hari sukan je, mesti buat dekat stadium MPPJ, sebelum sukan semestinya kene minta derma, paling kurang rm 10 setiap orang, apa kejadah lah benda alah tue???aku derma diri sendiri dan hanya hantar dengan kad kosong + rm 1 dari aku sendiri.

banyak lagi kenangan yang aku sendiri tak boleh nak ungkapkan, benda-benda pelik ada je terjadi setiap hari, kes buli, kes sorok kasut sekolah, kes gaduh sebab bf/gf, kes kantoi kene tangkap bercium dalam toilet, tue semua tinggal kenangan bagi aku,....

**************************************
NOTA UPSR :

1. aku langsung tak bukak buku, datang exam dengan muka comot slumber dan alhamdulillah result okeyh, 3B 2C, C adalah english dan math kot.

2. tahniah, 48,327 dari 482,334 calon UPSR dapat straight A's.

3. even aku sangat minat sport tapi sport aku tak kemana, tak sempat pun nak  pergi kelayakan ke sekoalh sukan bukit jalil sebab aku pindah ke ipoh 

4. yang penting mak aku kurang support aku dalam bidang sukan, sebenarnya aku sangat sedih tapi aku involve minat aku ke benda lain.

******************************
FULL STOP
missblurry

10 ,000 yang sedang blur:

faizs said...

zaman budak2 la plg best kan miss.. xde nak pikir masalh ke ape.. njoy je idop.. ngehngeh.. skang ni, sume benda pun kene pikir.. masalah negara pun kene pikir skali.. kahkah.. adeh.. =b

misSbLurRy said...

faizs,

yup betul tue, zaman kanak2 lah terbaik

cik sasa said...

eh...xmsuk 1 cite zamn sklh dlu...susu yg ade kaler pink,kuning...muahaha.....kalu ade jual susu tu kompen aku isi borang setiap perise wjib ade...muahaha...smpai kt van susu, tgl beberape perise je....frust giler

misSbLurRy said...

cik sasa,

ehehehe itu r psl...demn rindu zaman itu

touya said...

masa aku UPSR dulu , boleh pulak main kerja-kerja

Ermizi Muhamad said...

kelakar baca story kau .
zaman kanak-kanak memang best. macam2 pengalaman n kenangan ..
sekarang bila dah study kat universiti, tak sama rasanya macam kat skolah rendah dulu. tak der lagi orang jual buku kat sekolah, x der lagi RMT sekolah, xder lagi orang jual sus. eh,, macam2 laaa. kenangan beb .

misSbLurRy said...

touya,
main kejar2 ke main kerja2?erh...

misSbLurRy said...

kerdil desa,

sagat berbeza zaman sekolah dgn universiti, walhal suasana lebih kurang sama...

mungkin peredaran masa buat kita berubah,

Asri Alam said...

weh, aku agak mesti ko masih simpan benda biru tu. jangan main benda tu, ada kuman la orang dah guna

misSbLurRy said...

sasa,

ngeh, agak2 la aku nak simpan..baik lah simpan yg dlm pck lg..eheheh