Saturday, January 8

mana ada emo...


aku kurang faham..kenapa bila nak buat sesuatu mesti nak ada alasan dan fikir benda remeh?walhal benda tue tak perlu pun difikirkan dulu...ok fine!! korang mesti tak faham kan...

*****************************

situasi : nak sambung belajar atau kerja?
mangsa : fresh grad diploma
sinopsis :

1. fikir loan

si polan :aku rasa tak nak sambung belajar lah pulak, sebab aku fikir hal loan, banyak tue nak kene bayar...

blurry : beb, belum masa kau nak fikir hal loan, kalau rasa nak sambung, sambung je lah, abis study baru kau fikir...kalau tak nak bayar loan, pandai-pandai lah kan diri wat result sampai 1st class..aiyoo

2. dah sedap kerja

si polan : aku macam dah syok nak kerja, fikir duit tapi nak apply upu...

blurry : woi ngok, kalau kau buat gini, means ko penting diri kau sendiri, agak-agak dah sedap pegang duit tak usah menggedik nak apply upu, ramai lagi manusia kat luar sana bersungguh-sungguh nak sambung..bagi lah peluang pada diorang yang lagi memerlukan daripada kau dapat peluang tapi kau sia sia kan

3. layak ke aku mohon?

si polan : aku dah lah kelulusan dari tutt..layak ker? statistik mengatakan dari tut kurang sambung belajar...confirm aku tak dapat nanti

blurry : perlu ke kau nak kaji sampai tengok statistik? diorang cuma nak tengok dari mana datang umat yang sambung belajar nie....bukan nak buat perbandingan, adelah agenda diorang sendiri, kenapa kau nak underestimate dengan kelulusan yang kau ada?

4. tak layak dapat kerja ni

si polan: aku pergi interview kerja bla bla bla, ramai dari ipta hebat-hebat, mesti aku tak dapat...apa jelah sangat sijil aku ni,bukan orang pandang pun, result pun entah apa-apa

blurry : .......... ( aku dah tak terkata-kata )

***************************

ini salah satu reason yang aku dengar bila bebudak lepasan diploma atau sijil untuk sambung belajar, ok lah, senang cerita aku jujur kat sini, ramai yang pandang rendah pada kebolehan dan kelulusan dari student politeknik, aku tak tahu kenapa sampai macam gitu sekali.



sesiapa dari politeknik mesti rasa macam gini, dan aku nak cakap yang bebudak politeknik, korang tak perlu nak rendah diri dari mana kelulusan yang kau ada, kau belajar kau tahu apa yang ilmu kau dapat dah kira bagus, tak perlu kau nak banding dengan bebudak dari ipta lain...

tolong lah ubah pemikiran zaman batu korang ni, kenapa sampai nak rendah diri? kenapa sampai boleh jadi benda remeh korang pergi ungkit bila nak cari kerja atau sambung belajar?kenapa nak ambil pandangan negative orang sedangkan kau belum lalui lagi?


aku bukan marah eh....aku cuma kecewa jerp....wakakak ops...oh mungkin gaya penulisan aku more to emo..ahah tapi sebenarnya tak..aku biasa je..macam cakap tadi..hanya kecewa dan sedih...yup, aku bila bercakap, nada + reaksi muka aku akan nampak sangat serious, tapi sebenarnye aku blur..bukan blur kosong tapi perasaan aku biasa jerk....

so jangan ingat aku emo eh...heheh....pesanan aku, pada budak politeknik atau sebaris dengannya, kalau nak sambung diploma atau degree, teruskan aje lah...yakin kan diri, memang gila berbeza politeknik dan ipta, tapi tak perlu nak banding kan..

mana yang nak kerja, pergi ajer lah interview, persaingan memang ada kat mana-mana, apply jer mana-mana yang kau rasa nak, tak perlu nak memilih da fikir setanding atau tak..rezeki kat mana-mana kan....


peace ~~


***********************************
FULL STOP


missblurry

12 ,000 yang sedang blur:

Anonymous said...

saya x merasa cm neh pon...

:P

misSbLurRy said...

anonymous,

bagus..anda bukan dari zaman batu...

NUR AYNIE said...

agak xterkata baca nie~ huhhu...
ikut kater haty jer la...kalu nak smbung sambg jer la...~~aduiii~~~pesanan awk bernas~~!! =)

misSbLurRy said...

nur aynie,

ahahah mmg x terkata kan...tp terpakse aku berkata sebab terlalu ramai org mcm gini....waduh

nelly said...

memang ramai orang macam ini ... hehe

misSbLurRy said...

nelly,

memang..tp sampai bila kan?

Misz Mas. said...

yg penting kau blajar,kau yakin.dahlar..hoho.

blurry! aku sambung advice ko lar,,hehe

misSbLurRy said...

misz mas,

aku pun rasa ayat aku tergantung tue..ahahah...thanx beb

NICK IRFAN said...

agak pening jgk.. susah nk nk kata

misSbLurRy said...

nick irfan,

kalau ade pendirian x akn jadi gini..tue jerk

NuSaNa NoSa 91 said...

bljr kt mana2 pon sama je... yg pnting, klu rajin dan byk berusaha, insya-Allah, kita akan lebih berjaya drp org lain~ ^_^

misSbLurRy said...

nusana nosa91,

itu yang paling penting..niat kat hati tue biar terang