Sunday, January 30

chef blurry #3 - homemade ice cream


milo choc ice cream:

bahan-bahan :

1 tin besar cucu cair
1 biji putih telur
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar gula
1 sudu kecil ovalet 
bahan perisa untuk ice cream

cara-cara penyediaan:

1. masukkan kesemua bahan di atas kecuali bahan perisa untuk ice cream, lepas itu korang putarkan adunan nie sampai sebati, lebih kurang 40-45 minit

2. make sure adunan nie jadi ringan eh atau senang cerita rupa bentuk dia macam buat whipped cream.

3. masukkan perisa yang korang suka, macam aku buat milo choc, so bila dah masukkan milo. kemudian putarkan bagi sekata adunan tue. jangan lupa rasa untuk kesedapan ice cream korang.

4. masukkan dalam peti ais dan biarkan sehingga beku. 

5. kemudian makan, muahaha tunggu apa lagi....oh ya, kalau nak buat deco-deco sikit, masa dia da beku sikit, taruk lah apa=apa yang korang nak, macam kacang ke, ikut cita rasa sendiri. 

6. selamat mecuba....

nota ice cream:

1. nie first time aku buat. rasa dia not bad, ala2 baskin robin...MUAHAHA

2. kalau korang letak milo, tak payah letak gula pun tak apa, manis rasa ice cream....

3. korang nak resepi cupcake ker???




******************************
FULL STOP

missblurry

suwa suwei punya perasaan


semalam adalah hari bangang aku, dah lama pula tak rasa hari bangang macam gini, sekali kena memang terdiam lah aku 5 minit....aku malas nak cerita hal tue, sebab melibatkan seseorang yang aku pernah respect dan juga diri aku sendiri. tapi kesuwa suwei good morning tue tetap tinggalkan sejarah dalam hati aku.perg, macam lagu newboyz siot, hanya tinggal sejarah....eh nak tepek lah lagu nie...muahahhaha...


sebabkan aku rasa sangat suwa suwei good morning, maka aku gembirakan hati aku dengan makan, balik tadi memang train sesak tahap ahmad albab lah, sampai kawan aku keluar ilmu batin ajak naik train hala ke seramban, then turun dekat UKM and patah balik. thanx, kunyanyang... idea kau sangat bernas...

pergi makan kat the spaghetti farm then jalan-jalan, usha gadget dan terus balik, gilak sesak lah malaysia nie, banyak sungguh manusia, mid valley tue kalau kumpul betul2 mau penuh 3 tingkat dengan orang je...



mentang-mentang gaji dah keluar, raya dah dekat, belagak kan korang, shopping sampai hilang anak, hilang kasut, hilang tenaga, pergg....riak!! ( aku emo ker?? )

masa sedap aku usha aweks!! aku ternampak arnab kat tepi carefour, walawei..chomey gilak siot....geram aku, tapi diorang tak jaga arnab tue, sampai berkudis dah, sian,,,,tak active pun, jahat owh diorang nie...asyik tidur je rabbit tue, sedangkan dia baby lagi, sepatutnya active....kesian kan??



ish, memang kalau dah duduk rumah sendiri, aku nak bela balik rabbit, walaupun dia bisu ( tak ada bunyi) tapi dia manja...suka senyum kat aku kalau aku belai-belai dia...ish geramnya, rasa nak tumbuk-tumbuk je rabbit nie...

korang ade tak perasaan tu??atau aku je yang pelik???

nota suwa suwei good morning :

1. perlu ker aku berjumpa terus dengan orang yang backstabber nie?atau aku terus berdiam diri tak payah besarkan keadaan?

2. tadi aku buat ice cream...sedap...esok aku test dulu, kalau menjadi aku post resepi, ok??

3. aku dah dapat subtitle movie aku...yeaaa...kawan aku copy kat orang lain...hihihihi

************************************
FULL STOP


missblurry

Saturday, January 29

aku nak subtitle oi

rasa nak lempang je diorg berdua nie
* chomey giler *

aku tengah layan cerita mary me marry...ok!! memang aku ketinggalan,aku mengaku...muahahaha..sebabnya aku kureng mengikuti korean ni. if aku tahu pun bila baca blog orang and influence dari sibling and kawan-kawan aku yang sangat minat korean nie....

and admit cerita nie kinda cute,muahahah alrite, honestly cerita nie pelakon dia pun sangat cute...woooo...chomey....tapi nya...yang buat aku hangen...

folder yang aku copy ni subtitle nye sangat bengong....oi kembalikan subtitle..aku tak paham apa kau cakap...waduh...


tengah syok layan air mata, woooopppsss, gua muka paragas tapi hati kalah j.co donut...well gua ada perasaan beb...bukan tiang...weeee :)

korang bayangkan lah, cerita ni ada 16 episod,setiap episod 1 jam dan sekarang tengah layan kemuncak cerita ni, episod 8...tapi nya TAK ADA SUBTITLE....dari episod ni sampai habis...dapat bayangkan?kesakitan hati itu???

tolong oh tolong...
* sob sob *

so sekarang, perlu ke aku buat subtitle sendiri??? arggg tension nya aku....someone please help me....siapa tahu mana nak download subtitle untuk movie korea? 

aku dah cari internet dan jumpa dan dah download tapi tak boleh juga...sob sob sob......tolong...oh aku memerlukan subtitle......

********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, January 28

selamat cuti semester



sedar tak sedar, dah bermula cuti semester untuk sem ni...rasa sekejap je...eh wait...memang sekejap je pun, baru minggu ke 4 lepas itu da start cuti,.

seriously, aku kurang gemar awal tahun, sebab cuti umum sikit banding hujung tahun, mueheh jahat tak? kalau zaman diploma pula, aku lagi suka awal tahun sebabnya time gini lah banyak aktivit boleh buat untuk training, silap-silap dapat berlayar seminggu atau 2 minggu....perg syok...

tapi itu semua kenangan jer...cuti semester kali ni, aku rasa agak bermakna sikit untuk family, sebab dapat buat plan untuk do something together dengan family, maklum lah cuti Chinese new year kena tengah minggu...


kenduri kahwin pun belambak-lambak, tak terkecuali dengan aku yang sepatut nya aku kene pergi terengganu tapi tak dapat follow sebab family aku cuti sakan kat sane sampai over date....

aku ada exam la bro, naik cuti terus minggu exam, tapi buat masa sekarang ni yang confirm cuma quantitative, yang subject lain mungkin minggu ke 6 kot..dunno lah...

so plan aku untuk seminggu yang tak buat apa-apa, aku rasa aku akan bawak kawan aku,dia "foreigner" cuti sekejap macam gini dia tak balik, so aku akan bawak dia jalan-jalan kat area kl dan selangor...

aku nak main masak-masak kat rumah, hurm....lepak-lepak goyang kaki, fuh best..kamus hidup aku mengatakan, apabila cuti menjelma, maka segala assignment + kuiz + test tidak akan dilayan sama sekali, sekrang masa untuk rehatkan otak...dan berjimbbaaaaa...mueheheh


so korang yang lain?? ape plan untuk cuti kali nie? kongsi-kongsi lah, kot aku boleh tiru ker...ehehhehe...baru lah " so sweeeettt.."


* selamat bercuti untuk semua warga campus

*************************
FULL STOP

missblurry

take note about this


first impression atau dalam bm nya...errr...ahaha...pandangan pertama kot? betul ker? tak kisahlah, apa yang aku nak cakap adalah, hal ni sangat penting bila kita hidup dalam dunia dengan pelbagai jenis manusia.

yes, ni melibatkan bersegi-segi bidang, diri sendiri dan juga orang lain, bagi aku korang kene sangat-sangatlah ambil berat hal ini. banyak advantage and disadvantage melibatkan hal 1st impression nie.

kita kene pandai behave bila berdepan dengan pelbagai jenis orang tak kira kat mana korang berada, bukan nak suruh hipokrit atau jadi orang lain, cuma perlu berhati-hati bila bercakap dan body language kena jaga.tak perlu cari publisiti murahan untuk dapatkan perhatian kan??

dalam masa yang sama juga, aku rasa tak perlu nak tunjuk kita ni sangat power or kita lah yang sangat berbudi bahasa, sopan or so on. cukup sekadar so so dengan diri kita sendiri.

ahahah korang pelik ke? kenapa aku bercerita hal ni?tak payah pelik, aku cuma kekadang curious sangat, susah ker kita nak belajar untuk sesuaikan keadaan diri dengan persekitaran yang baru?

kalau korang involve dalam bisnes, ni ada kaitan yang sangat penting untuk customer korang, boleh jadi bad or good influence. kalau kerja berjumpa dengan orang pun sama juga. pusing-pusing kita still kat situ juga,

bumi nie sfera bukan bulat..mueheheh...so memang tak kemana kan? andai kata memang habit korang jenis cakap kasar, sila lah berlajar untuk berubah sikit-sikit untuk soft spoken,...

aku? entah...dari segi mimik muka memang boleh jadi aku nampak sangat sombong or kerek, tapi nak buat macamane, ini muka aku, takkan aku nak pakai topeng doreamon je kan? 



so 1st impression ni juga, boleh dapat banyak andaian TAPI tolong jangan judge sebelum korang tegur sesama sendiri. sila jangan wat konklusi sendiri sedangkan korang belum bercakap dengan orang itu....

banyak juga cara boleh kita dapat dari segi 1st impression nie, contoh nya dalam message, chatting, telefon yang orang cakap tak payah jumpa face to face. dari elok orang nak bertanya atau berkawan, terus cancel....

banyak juga pengalaman aku yang real depan mata jadi. lagi-lagi jenis annoy..muahaha....dunno lah, saja nak tunjuk diri tue bagus? or diri tue lebih berbudi bahasa atau diri segala-galanya? no need guys, just be ur self and trying to learn to adept a new environment...

korang ade pengalaman yang ngok dalam hidup korang dari segi 1st impression?

********************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, January 26

tidur itu indah tapi.....

minggu ni memang minggu memenatkan bagi aku, sebabnya hari minggu ari itu, aku sakan tidur dengan hebatnya...eh serious seyh, tidur dengan hebatnya boleh wat penat badan,,kan? cuba korang buat kalau tak percaya...

hari isnin macam biasa aku punya kelas memang sejam je untuk pagi dan petang, amali subject kitaran memang tak akan ada, so memang sedap aku sambung tidur..

semalam pun kelas banyak tak ada, bila ari isnin tidur tanpa henti, maka malam aku jadi vampire, korang tau kan penyakit aku nie, mudah kene serangan insomnia.. so aku bantai layan movie,sedar2 dah subuh..damn...

tak pasal-pasal semalam aku tuang kelas perekat, mengantuk gila babeng..sekarang dengan keadaan yang kurang selesa, aku rasa macam nak demam pula, layan buat account.

zaman sekolah dulu, memang aku budak account, and memang aku suka, tapi itu cerita 6 tahun lepas yang SPM aku daoat 8E untuk account..clap clap clap untuk diri sendiri....wakakka..dodol...mana tak dapat 8E, kalau semua account aku buka langsung aku balance...

dan 6 tahun kemudian, aku kena ambil subject ni, tapi in BI, totally out, aku lagi prefer yang aku tak ada basic, dari ada basic tapi lain language. hah apsal? sebabnya korang akan keliru, berbeza kot kalau dah tukar bahasa walaupun benda tetap sama....ini bagi aku lah....bagi meke meke yang cepat pickup, no hal...

dengan keadaan demam + account yang memeningkan = tidur...so jom tidur...ahahahah..

oh by the way, siapa pernah kene magrain? aku search kat encik google, memang lah dia respond tapi aku tak boleh bayangkan macamana perasaan migrain tue sebenarnya..

sebab aku ni dah lama rasa sakit kat belakang kepala belah kanan, dia berdenyut-denyut dalam 5 minit dan kerap juga lah...sakit tak sakit sangat tapi kekadang dia menarik2 urat mata sekali. dan wat aku terganggu..

perasaan migrain macam gitukah?


* maaf mana yang tag aku, dan datang singgah tapi aku tak balas, ada masa aku buat itu semua ok...thanx
*********************************
FULL STOP 

missblurry

Sunday, January 23

rambut bau besi karat


aku ni ada masalah pasal rambut, aku problem dengan kelimumur, geram seyh, gatal tak hengat dunia, nak syampoo ari-ari kang tak pasal-pasal aku kene tempah rambut palsu pulak kan, so solution nya aku guna selsun blue,

memang mantap, harga pun tak terkata mantap.mahal gila...memula pakai, memang puas hati, lama-lama pakai benda alah nie punya treatment keluar benda entah apa ntah....

warna coklat, memang aku tau benda tu treatment dia, tapi bau dia macam kak limah seyh, busuk...bau besi karat.....siapa pakai benda nie???korang ade tak bau macam aku bau bila benda ni dah lama korang pakai??

cakap tang bau, memang tak boleh blah, gaya macam baik amik je air yang dah direndak dengan besi karat..tapi kalau tang keberkesanan dia, memang superb..hilang segala salji atas kepala ni...arggg

dua soalan je aku nak tanye lagi..

1. siapa alami benda sama macam aku untuk yang pakai selsun blue nie?

2. ada tak solution lain? aku pakai head and shoulder jugak, dulu clean and clear, tapi tak jugak clear-clear... 

tolong bantu aku...

****************************
FULL STOP


missblurry

aku rindu dadah aku !!


gempak tak tajuk entri aku kali nie?

yup memang betul, aku dulu penagih dadah, argg...memula aku dapat kawal diri aku untuk tak ambil benda hampas nie, tapi entah lah, bila time sunyi memang rindu, sampai buatkan aku tak tentu arah jadi nya...

last-last aku kantoi, terpaksa juga ambil balik dadah aku tue, sedih aku kali nie bukan sikit, tapi berganda-ganda, macamana lah perasaan parents aku bila dapat tahu yang aku ambil balik benda hampas ni? mesti sedih kan...

diorang fikir aku duduk kolej, pergi belajar, masuk kelas..tapi rupanya tidak...argg!!! bersalahnya, maafkan blurry wahai mama, abah...

dadah yang aku ambil adalah jenis heavy jugak lah, iaitu jenis COUNTER STRIKE, wakakak, LU KENE BABE,,,,,,,you got PRANK !!eh betul ke english aku nie?ah pendulik... hahah...gempak tak? real tak? biasa lah...tengok nama la bro...tom cruise kot atau lebih dikenali sebagai brad pitt....gaya macho masa belakon....ahahah


yes!! aku dah stop layan counter strike nie since abis study diploma dulu, tahun lepas memang aku cari juga, tapi aku kuat semangat supaya tak rembat Cd nie kat mines, tapi tadi aku terpedaya juga, last-last tak dapat main..VAVI betul!!

aku pun tak paham lah kenapa, download2 then dia kata memory available less than 15 MB, lanca* lah, memory aku 100GB lagi...kurang pejadahnya, dekat 3 jam aku godek....apsal huh? aku guna window vista, siapa tau? tolong selesaikan masalah aku nie....

lepas nie aku nak rembat Cd the sims dari kawan aku, harap-harap dapat layan, tak dapat counter strike, layan the sims pun jadi lah...ahahah aku tau CS nie game lapuk, tapi penduli, aku suka game-game macam nie...ahaha

tadi pun benda lapuk lagi aku layan, aku bantai tengok hantu kak limah balik rumah, benda paling langsi aku tak leh terima, tix harga rm 12, VAVI 2x ganda...gila kau, film nie dekat sebulan pun still nak harga macam semalam baru keluar ker? ngoi..no wonder lah kau leh kutip rm 8 juta kan....nasib baik memang best dari cerita khurafat yang aku lesapkan rm 8, ahahah....tengok dah terungkit, maaf yer...saya terjujur....

rupa kunyanyang tengah makan super star

dan tadi juga layan carl's junior, perg..burger nie memang mabeles siot, aku promote kat korang yang tak pernah layan lagi, burger dia 2x ganda besar dari mcdonald's, serious aku tak tipu, harga sah-sah mahal sikit, tapi berbaloi, dengan fries dia sebesar hari kelinking korang nya, memang macam ular sawa bila makan, kenyang yang amat, alhamdulillah....erkkkk!!!

ye ye, saya tahu saya kuat makan, eh no maksud aku aku suka makan, ahaha...aku akan cuba segala makanan yang aku rasa rare, korang ada makanan yang best untuk aku cuba?? jangan korang suggest makanan exotic dah lar...pengsan aku...eheheh.....

eh sudah lah, aku nak melayan lagi dadah aku nie, nak pastikan aku boleh main walaupun tak boleh main...aku tak akan give up...ahahaha..chau!!


********************************************

aku hanya mampu makan jumbo chilli dog

rupa setelah tranform menjadi ular


*******************************
FULL STOP

missblurry

Saturday, January 22

lawak gila


masa tadi lepas update entri pasal "papa" aku tue, aku pun ringan kan beban jari aku untuk tengok encik nuffnang, memang tak memberansangkan tapi aku tak berapa kisah pun hal itu, sebabnya aku berblog dengan ikhlas di hati, bukan mengejar side income itu sangat.

so nak jadikan cerita aku suka tengok keyword, sebab aku nak tahu apa yang selalu orang search, sekali aku ternampak benda pelik,banyak sebenarnya, tapi aku tak terfikir nak print screen, 

tapi kali nie, memang aku terus terfikir sebab sangat pelik, sat no, aku tepek bagi korang tengok,


ahahah, aku gelak sampai nak terkencing, bukan nak tapi memang dah terkencing, hawau betul siapa yang search macam gini, korang faham tak maksud gambar tue...

sumpah aku tak boleh nak bayangkan lah macam mana kopek atau lebih popular dengan tetek, eh, seriouslah, macam mana eh? rupa kambing punya tetek yang bengkok???

eh sudah lah, aku tak mampu nak bayangkan, kang pelik-pelik pula yang keluar, tapi serious aku nak sambung lagi gelak, gila sengal lah rakyat malaysia or  bukan malaysia tapi duduk kat malaysia yang dok search benda alah nie, ( masa aku tengok nie review dari malaysia saja )



********************************
FULL STOP

missblurry

Friday, January 21

dia lah orang nya,....



entri kali nie simple jerk,ahahah eh serious tak tipu....tapi sebelum tue, aku nak keluar bilik jap, lepaskan angin beracun dulu, perggg!!!

ok,aku cuma nak ungkai beberapa benda saja,

1stly, perut aku sangat buncit...layan tomyam cendawan kaw dan minum air choc blend, niat di hati nak makan roti impit, tapi makcik roti impit balik awal plak, argggg...makcik!!! kamu buat saya kecewa.....




2ndly, inilah dia orang yang meng F kan killer paper aku, ciss...oh lupa, i call him "papa", sem nie sangat menerujakan dia sebab ktorg request sendiri untuk dia buka kelas, ngajar quantitative..

" papa, i promise that never play around anymore, please give me A for your subject ", kata blurry

" but i saw you just focus on your facebook, not me..so how could i give  you A if you like that? " dR. victor neto

tettt, hahah yup, memang aku mengaku dalam kelas dia aku layan facebook sebab sangat bosan, sorry doc...oh lupa pula, nama betul dia adalah doctor ..jap aku pun tak ingat nama betul dia, hah, Dr. victor manuel rosado neto, nah hamik kau, dia orang portugal kot, ahah cute kan??

3rd, aku postpone lagi kisah "party" aku ok, menunggu picture yang sengal dari kawan aku...




4rd, eh betul ker apa aku nampak nie? before nie 50 H jerp..kali nie naik jadi 77 H? wow...kalau betul, alhamdulillah, tapi ingat USPOT, kau jangan nak gurau-gurau manja dengan aku, tengah gumbira tahap unta nie....


5th, ..sudah-sudah.....short entry je maaaaa..


***********************
FULL STOP


missblurry

Thursday, January 20

kopi adabi


kalau asam jawa cap adabi, aku selalu jumpa, tak pun rempah ratus ribu puluh ribu jenis cap adabi pun selalu je muncul kat rak-rak dalam giant, kedai mamak, atau kedai ah peng....

tapi kalau kopi? korang pernah nampak? aku baru first time nampak kopi cap adabi, apa rasa eh? rasa sikit-sikit asam jawa ke? atau ade rasa rempah? ahahah..dunno lah...

aku jumpa kopi nie kat kiosk kolej serumpun kat campus aku ni, memang kaget 10 saat juga lah masa mula-mula terbaca, rasa nak gelak pon ada, bukan apa, hodoh gila bunyi nye...kopi adabi.....adoi....tolong lah...



wahai penggemar kopi, sila try kopi adabi nie, kot-kot sedap, nanti respond kat aku, apa rasa ok?almaklum lah, aku layan kopi starbucks, Francisco, coffee bean satu je....

******************************
* neslo sangat sedap

FULL STOP

missblurry

happy thaipusam day


hari cuti public holiday equal to hari tidur sedunia, siapa setuju?sila joget ala-ala sinchan seketul...ngeh!!

tipu kalau korang tak setuju, asal dapat cuti jer, mesti korang cakap macam gini kan...

" ah, esok aku nak bangun lambat, malas fikir benda lain " 

atau...

" yes, cuti.....tidur sampai lebam .." 

atau begini?

" dapat tidur sehari suntuk ni, memang best giler lah, gua cakap sama lu "


see, betul tak aku cakap?sebabnya aku pun macam gini...wawawawa....species panda bear, asal cuti..asal ada masa sikit, mesti otak set tidur tak hengat dunia...

pagi tadi aku bangun memang awal, celik-celik mata, tengok handphone ade beratus-ratus sms wish hari raya, erm..bangga sekejap, memang aku mengamal kan semua perayaan adalah perayaan aku....hohohoho.ok aku tipu!!



sikit punya celik IT aku nie, bukak mata terus on lappy, nie baru betul-betul kena pada nama, celik IT...kan?merapu meraban kat facebook, then terus mandi,dah wangi-wangi..sikat rambut belah tepi dengan macho nye, pakai baju smart-smart....

then angkat baldi pergi basuh baju, ngeh!! gila smart aku hanya sekadar nak basuh baju, gaya ala-ala nak ngorat bibik...ekekek...

assignment untuk minggu ini sahaja, terima kasih!!

now kerja dah siap except assignment, blog dah update, maka...

aku nak sambung TIDUR balik......ZZzzZZzzzz

*************************
FULL STOP

missblurry

Wednesday, January 19

busy

sorry guys, aku tak dapat nak update blog macam orang normal, sebab sekarang nie im quite busy sikit, ahahah...

now aku tengah "bersiap-siap" nak pergi "party" yang geng aku sendiri organized.

nanti aku story mory dengan korang semua yeah, just a small party je pon...tak ada dafi, tak ada faizal tahir mahu pun sharifah aini, ngah ngah ngah

hanya kami budak kecil yang attend this party...

adios....

********************
FULL STOP

missblurry

Monday, January 17

khurafat....betul lah !!!


seperti yang aku dah jangkakan, kelas untuk hari ini memang 5 minit, perg, tapi nasib baik dia mengajar, so ok sikit. sebabkan lecturer aku yang special ni sangat tak suka buat amali, maka amali aku digantikan dengan melepakkan diri di mines, ahaks!!

pagi-pagi lagi dah munculkan diri, aku rasa aku pelanggan yang ke 13 masuk dalam mines tu kot...( bajet japs ), hah!! nasib aku tak lupa, masa turun dari bus dan nak masuk dalam mines, aku ternampak, yes ternampak dari jauh lagi benda yang aku kenal sangat tapi dah pelik jadi nyer,

benda itu ialah.......

cotton candy....apa yang pelik? peliknya benda ni dah naik pangkat.dia sekarang tak dicucuk dengan batang lidi dan kena bungkus dengan plastik, tapi dia duduk dalam bekas plastik yang cantik ala-ala sama taraf dengan nata de coco....ah tak apa, aku tepek gambar sikit lagi....so, aku agak kagum!!!


disebabkan aku adalah pelanggan yang ke 13, maka aku rasa sangat lah senang hati, tak payah berebut-rebut naik escalator, beli tix wayang, bahagia gila,...owh tadi aku layan khurafat, sikit lagi aku bagi tahu pandangan aku hal filem nie...

tix aku pukul 1.30 pm, maka pergi mentedarah dulu, bab makanan memamg geng aku ada masalah mental, masing-masing tak boleh decide nak makan apa, last-last layan pizza huts, dan ktorang pelanggan pertama diorang...wakakka...

dia serve pun cepat dan dapat sup yang pelik, banyak betul mushroom dia, menakutkan aku pulak nak makan plus sangat cair, tapi lantak lah, aku jenis makan tak kira apa pun, bantai sental jer....



now aku nak bagi pendapat aku hal filem khurafat la sesangat ....

1. BOSAN GILA !!!!!

2. watak liyana jasmay so-so jerk , dia pun dah nampak macam hantu, err..

3. langsung tak seram macamana yang digembur2kan, baik aku pergi gemburkan tanah dalam pasu bunga mak aku lagi baik...

4. part syamsul angkut maya si anna, dah macam night walk kat dalam hutan yang biasa aku buat je bila aku kene masuk hutan....

5. hantu dia dah macam ju on..merangkak-rangkak...yang best siap boleh panjat tingkap lagi...tak payah terbang-terbang dah..

6. apsal syamsul nie asal belakon nak gaya macho jer?sampai menangis pun bajet macho lagi? ke mata aku yg kero nie?

7.  paling best, iring jenazah sendiri, ahaks....roh syamsul iring mayat dia sampai masuk kubur, fuh....so sweet !!!

8. sudah...sampai sini jerk,yang penting...AKU NAK BALIK DUIT AKU!!! ahahha ( dia janjikan kalau filem dia tak best boleh call dia,tuntut duit tix, sesiapa ada no. phone dia tak? )

*********************************

fakulti perhutanan yang sememangnya dalam hutan..

bukti pembelian


**********************************
FULL STOP

missblurry